Objektif Cerpen Sakinah…

Anak ini diajar untuk mencintai Rasulullah

Anak ini diajar untuk mencintai Rasulullah

Ada yang bertanya apa yang mendorong ustaz mencipta kisah Sakinah. Hari ini, biarlah saya tulis secara ringkas faktor yang mendorong menulis kisah Sakinah. Antaranya ialah;

a) ada murid yang sangat susah, sangat lemah pelajarannya tetapi mencintai gurunya dengan cintanya yang sangat luar biasa. Di sekolah, ada seorang murid yang berada di tahun dua yang dari paras rupanya sangat ceria, gembira dan sering menegurku di sekolah. Setelah diselidik latarbelakangnya, dia amat terseksa hidup sehari-hari malah pernah mengadu kepada seseorang akan laparnya kerana tidak makan nasi beberapa hari. Aku dapat cerita latarbelakangnya dari kawan yang bekerja di Baitulmal. Tetapi, aku sangat takjub wajah dan riak mukanya tidak pernah mencerminkan dia antara murid yang sedang bergelut untuk terus hidup di dunia tidak seperti murid-murid lain. Dan aku yakin, guru lain tidak mengenali murid ini. Pastinya, mereka akan bertanyaku murid mana yang aku maksudkan.

b) Aku jelaskan isu pensel kontot dan kaitan emak pendek umur. Sudah dua tiga orang murid selalu ingin aku mengiyakan isu pensel kontot boleh menyebabkan emak mereka pendek umur. Tetapi, ku jelaskan bahawa ianya tidak membawa apa-apa makna. Malah, semua pensel tiada yang akan panjang, semuanya pasti akan kontot juga. Kadang-kadang murid yang sama bertanya perkara yang sama memandangkan dia memiliki pensel warna yang kontot-kontot!

c) Aku memujuk diriku agar bersabar mendidik murid yang sangat lemah. Lemahnya sangat luar biasa. Jika dianalisa di dalam pelajaran Iqra 1, empat huruf pertama sahaja diingat pada masa tersebut. Dua kali ulang, huruf alif boleh jadi huruf ta.

anak-anak sangat suka diberikan perhatian

anak-anak sangat suka diberikan perhatian

d) Aku pernah merasa sangat nikmat mengajar ketika aku letakkan kasih sayang semasa mengajar. Tetapi, tatkala mengajar dengan cara menghukum anda tidak akan dapat memiliki apa-apa melainkan anda menyesali perbuatan anda sahaja. Kadangkala, anda tidak boleh terkawal menanganinya kerana aku pernah melihat seorang guru yang berpuluh tahun mengajar menumbuk muka muridnya hanya kerana almari di kelas diganggu. Apalah dosanya seorang murid yang hanya kenal bermain-main, nakal dan suka bersosial.

e) Aku ingin mengajar diriku agar tidak ego dengan pendidikan yang anda miliki apatah lagi mengajar murid sekolah rendah yang membuatkan anda perlu merendahkan diri anda seperti taraf kanak-kanak. Ianya amat memudahkan proses pendidikan berjalan dengan lancar dan interaktif.

Ini sahaja antara isi-isi dan objektif yang telah diserapkan didalam sebuah cerpen ringkas yang bernama ”Sakinah dan ketenangan”

Sakinah…

Sakinah dan ketenangan

oleh : mesrarakyat

murid-murid perlukan bimbingan dan kasih sayang kita

"murid perlu diajar dengan penuh kasih sayang"

Hari ini hari guru. Sakinah sangat gembira. Dia pasti menjadi antara murid yang akan menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada seorang guru yang disayanginya. Hari yang ditunggu telah tiba. Perhimpunan pada hari isnin tidak pernah dilupakan oleh seorang murid yang normal. Lumrahnya, murid amat suka kepada perhimpunan di sekolah kerana dapat menyanyi dan melihat guru-gurunya berdiri dihadapan.

More

Bahasa AlQuran..

oleh : mesrarakyat

Ahmad menunggu teksi. Sudah puas. Namun, baginya adalah panas ialah satu kehidupan di Nigeria. Dirinya juga bagai biasa menjamu percikan api neraka jahanam yang paling ‘koman’ diturunkan.. Begitulah yang diriwayatkan di dalam hadith iaitu panas yang mendatang pada waktu Zuhur adalah percikan yang paling kecil api neraka Jahanam. Dan panas tadi boleh disejukkan dengan melakukan solat.

Teksi FIAT yang ditunggu tiba jua. Berkumis nipis, berjambang, wajahnya putih bak seorang alim ulama’ yang sedang menyampaikan kuliahnya.

Ahmad : Sidi (tuan), destinasi saya ke Jami’ Kutubiah.

Kutubiah menjelang malam

Kutubiah menjelang malam

Pemandu : tafaddol ya syabab! (silakan wahai anak muda)

Ahmad : nampaknya pakcik nampak gembira sekali

Pemandu : aku nikmati pekerjaanku yang halal ini, syabab

Ahmad : aku juga nikmati pembelajaranku, aku nak belajar AlQuran di masjid.

Pemandu : dengar kata hebat pembelajaran di masjid tersebut. Huffaz semuanya.

Ahmad : aku baru mencecah 19 juzuk, pakcik. Doakan aku antara huffaz juga.

Pemandu : Allahumma amin..(Ya Allah, perkenankanlah..)

Ahmad : aku ingin benar menjadi seorang penutur bahasa syurga, pakcik

Pemandu : bahasa syurga?

Ahmad : ya. Bahasa arab adalah bahasa syurga. Adakah pakcik tidak tahu?

Pemandu : aku ini memandu teksi. Sekali sekala aku teringin belajar ilmu. Apa buktinya?

Ahmad : Begini, nabi ada bersabda :

أحبوا العرب لثلاث لأني عربي ، والقرآن عربي ، وكلام أهل الجنة عربي

”aku sukakan arab kerana tiga, kerana aku orang arab, kedua AlQuran itu di dalam bahasa arab dan ketiga, pertuturan ahli syurga itu ialah berbahasa arab”

Pemandu : aku pernah dengar ianya riwayat Thabarani didalam kitabnya AlAwsat dan riwayat AlBaihaqi di dalam kitabnya Su’abul Iman

Ahmad : wah, pakcik hebat. Lantas, dengan itu menyatakan demikian

Pemandu : tahukah kamu wahai anak muda bahawa Ibnul Jauzi menyebut bahawa itu bukanlah hadith, tetapi ianya dusta atau istilah hadithnya kita sebut HADITH MAUDU’. Apakah itu hadith maudu’, syabab?

Ahmad : sebuah kata-kata yang didustakan atas nama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam

Pemandu : salallahu’alaihiwasallam.

Ahmad : Tetapi kan bahasa AlQuran juga bahasa arab dan ia disebut kalamullah?

Pemandu : bahasa arab memang bahasa AlQuran. Kalamullah adalah merujuk semua ayat-ayat Allah di dalam AlQuran adalah firmanNya.

Ahmad : Kalau di dalam ALQuran pun berbahasa arab, masakan tidak di syurga?

Pemandu : ianya pendapat dan andaian sahaja. Jika sudah jelas, tentu ada dalil lagi yang bersumber dari AlQuran ataupun Alhadith. Kamu ada lagi hadith menyebut tentangnya?

Ahmad : Tiada. Siapa lagi dikalangan ulama yang berkata hadith tersebut palsu?

Pemandu : Antaranya Imam AzZahabi. Katanya ”aku katakan hadith tersebut palsu”

Ahmad : Lagi?

Pemandu : Imam AtTa’labi berkata tiada guna kata-kata tersebut. Imam Ibn Hibban pula menyatakan di dalam riwayat tersebut ada Yahya bin Yazid yang selalu meriwayatkan dengan ’tunggang langgang ’ dari kata-kata sebenar.

Ahmad : bukankah ini perkara yang sangat masyhur bahawa bahasa arab itu bahasa syurga?

Pemandu : masyhur bukan beerti benar. Manakala, ulama menggalakan kita hanya diam dari bertanya perkara tersebut kerana ianya tidak dijelaskan. Yang paling baik serahkan kepada Allah Ta’ala.

Ahmad : apa kata syeikhul Islam Ibn Taymiyyah?

Pemandu : Dia pernah ditanya mengenai benarkah bahasa ahli syurga bahasa arab, dan bahasa ahli neraka bahasa parsi?

Ahmad : Lalu apa yang dijawabnya, pakcik?

Pemandu : Dijawabnya tiada nas yang jelas mengenai perkara tersebut. Memang ada perselisihan yang mereka katakan bahasa ahli syurga itu syurga, ada yang mengatakan bahasa suryaniah iaitu kononnya ia bahasa nabi Adam dan sebagainya. Bagi Ibn Taimiyyah ianya tidak berfaedah menyibukkan diri mengenai perkara yang kita tidak tahu! Cuma, serahkan perkara tersebut pada Yang Esa.

Ahmad : syukran ya syeikh! (syeikh=panggilan kepada ulama)

Pemandu : maziltu syababan. (aku masih muda). Anta ahaqqu an takuna syeikhuna, ya syabab (kau lebih layak jadi syeikh kamu, wahai orang muda.)

Kutubiah direnung jauh

Kutubiah direnung jauh

Tidak sedar Ahmad sudah tiba di destinasi Jami’ Kutubiah. Tetapi dia lupa menanyakan nama pemandu tersebut. Alangkah ruginya, mungkin kerana seronok mendapat ilmu yang berharga Ahmad keasyikan menghirup ilmu agama.