Tahun Baru 2011

Sempat membaca sebuah buku lama iaitu;

Judul : Sukatan Pelajaran Baru Syariah 1 STPM Fekah

Pengarang : Hj. Abdurrazak Hj. Muhammad

Terbitan : Pustaka Haji Abdul Majid

Cetakan Pertama : 1997

Membaca buku fekah bertulisan jawi dan berbahasa melayu memberikan kefahaman yang lebih  kepada aku. Ya, dulu memang belajar di Maghribi menggunakan bahasa arab khususnya ketika menjawab peperiksaan di sana. Tetapi, banyak istilah fekah yang  dipelajari dan dihafal di dalam kelas dulu ‘missing‘ ketika pulang ke Malaysia. Pendek kata, main hafal tapi tak faham sangat. Lulus memang lulus tetapi tak menunjukkan lulus dan lurusnya pemahaman. Itu pentingnya membaca berulang-ulang dan membaca  dari sumber-sumber yang senang difahami oleh lidah kita sendiri.

Dalam bab mualamat, banyak istilah arab yang tidak dapat kami terjemahkan ketika sedang membuat perbincangan di sana. Lagipun ketika itu, syeikh melayu di sana masih lagi terhad dan sibuk dengan matapelajaran masing-masing. Oleh itu, istilah seperti bai’ najash, bai’ fudhuli, bai’ mu’atot tidak lah difahami dengan baik ketika belajar disana. Cuma, syok sendiri dengan fahaman sendiri. Kalau tak baiki fahaman ini, banyak sangat yang tersalah faham.

Buat kawan-kawan yang banyak sangat menghafal, jangan lupa ulangkaji agar lebih faham. Ya, memang setuju hafal quran tanpa faham pun boleh, tetapi namanya pun ilmu fekah yang memerlukan kita faham, baru mudah urusan muamalat di dunia kalau kita benar-benar faham kehendaknya.

Saya menulis entri ini kerana pentingnya kefahaman di dalam bab fekah khususnya bidang mualamat.

Contohnya kuliah di Masjid IOFC selepas maghrib tadi memerlukan kefahaman yang baik dalam menerangkan bab bai’ najash.

Ada entri yang telah ditulis oleh Us. Zaharuddin yang bagus untuk dirujuk dan dikongsikan dalam masalah ini, antaranya;

Penipuan

Lariskan buku dengan zalim!

Ebay dan Swoopo

“Dalam arab pendek saja namanya (najash), tetapi bila diterjemahkan, panjang woo”

Sengaja menyibukkan diri menulis di malam Tahun Baru 2011 yang kononnya hebat. Lebih elok anda berdamping dengan buku-buku agama dari menyibukkan diri hadir ke sambutan sebegitu rupa.

"Sesiapa yang ingin Allah berikan kebaikan kepadanya, Allah pasti akan memberikan kefahaman agama kepadanya"

Mahalnya nikmat kefahaman dalam ilmu agama berbanding berhibur dengan penuh gila di malam tahun baru!

Masjid Kristal…

Masjid Kristal

“Lama tak Nampak muka, bercuti ka?”soal tuan imam.

“ada disini..” jujur menjawab.

Ada makna soalan si imam bertanyakan perihal jemaahnya.

Jemaah kian surut, saf tak lebih dari dua baris, jemaahnya berusia dan sebagainya dari berita masjid yang biasa kita dengar dan baca. Itu juga tanda akhir zaman.

“rumah saya jauh la tuan imam”

Rumah jauh bukanlah alasan tetapi menjadikan pahala bertambah besar.

Ya, di dalam hadith, pernah diceritakan bahawa Banu Salamah ingin berpindah kediaman berhampiran masjid tetapi ditegur oleh nabi agar mereka kekal tinggal berjauhan dari masjid.

“Eh, kan bagus kalau tinggal berdekatan masjid”

Benar, itu mungkin bagi si ‘pemalas’ ke masjid, tetapi maksud Rasulullah tadi, agar Banu Salamah tahu bahawa jauhnya mereka berjalan ke masjid itu disaksikan oleh Allah, malah pahala pun berganda-ganda. Hadith tadi juga diantara cerita sebab turunnya ayat 12 di dalam Surah Yasin yang menceritakan Allah tidak pernah terlepas dan lalai dari menyaksikan setiap kesan-kesan melakukan ibadah. Ibn Kathir mentafsirkan kesan itu ialah kesan tapak kaki ke rumah Allah seperti hadith mengenai Banu Salamah tadi.

“Bagaimana pula dekat dengan masjid?”

Bagus, kalau selalu ke masjid tetapi jika sudah tinggal berhampiran masjid dan tidak pernah pula menjejakkan kaki ke rumah Allah malah lebih lalai dan leka, nampaknya bukan semakin dekat dengan Allah, tetapi semakin jauh. Na’uzubillahhimin zaalik..

Tinggal dekat dengan masjid bukan bukti keimanan tetapi datang dan memakmurkan rumah Allah jelas itulah diantara bukti keimanan seorang muslim.

Ya Allah, kuatkan hati kami untuk sentiasa hadir dan memakmurkan rumahMu…

Wallahua’lam

9.59 mlm

-idea penulisan dari isi ceramah Riyadussolihin di Masjid AnNur, WP Labuan tentang tajuk BANYAKKAN CABANG-CABANG MELAKUKAN KEBAIKAN.

Hobi…

Dalam bahasa arab, hobi disebut hiwayah, kalau hiwayati ertinya hobiku.

"apa hobi kamu anak muda"

Cuti sekolah 2010 semakin melabuhkan tirainya. Apa pengisian yang kita lakukan? Samada seorang diri (membujang) ataupun aktiviti berfaedah bersama keluarga dan anak-anak?

Mungkin bagi sesiapa yang masih bujang, perkara berikut dilakukan;

–          Sertai program pengurusan diri

–          Melancong ke tempat-tempat yang mendamaikan

–          Melatih kemahiran dengan mengikuti kursus-kursus jangka pendek

–          Mengubah ketrampilan diri

–          Memikirkan menamatkan zaman bujang

–          Mengkaji bakal calon pasangan suami/isteri

–          Memenuhkan masa dengan membuat tuisyen

–          Melibatkan diri ke aktiviti sukarelawan

–          Menadah kitab melebatkan ilmu di dada

–          Menghafal ayat alQuran/hadith/doa-doa

–          Ikhtiar mencari penawar penyakit samada dalaman atau luaran

–          Membuat perancangan tahunan

–          Dan sebagainya dari aktiviti berfaedah

Mungkin bagi yang sudah berkeluarga dan anak-anak, program berikut sudah dilakukan;

–          Menghadiri kursus kekeluargaan

–          Membuat pengubahsuaian rumah

–          Melakukan ziarah di perkampungan mentua

–          Melakukan ziarah ke tempat yang sesuai bagi keluarga

–          Meluangkan masa yang banyak dirumah

–          Menghabiskan buku-buku kajian melahirkan anak-anak soleh/solehah

–          Melakukan perubahan pada pasangan masing-masing – Muhasabah

–          Membuat perancangan tahunan bersama keluarga

–          Mengatur persiapan menyambut zuriat yang akan datang

–          Membuat jadual membaca alQuran secara berjemaah

–          Membuat kuliah pendek selepas berjemaah bersama keluarga

–          Menumpukan perhatian yang wajar kepada pasangan/anak yang sakit

–          Dan sebagainya

Semuanya diatas perkara-perkara yang mendamaikan jiwa. Mudah-mudahan kita bertambah baik dari tahun ke tahun, bukannya makin celaru, keliru dan sangsi dengan diri masing-masing.

Bagi kita yang beragama Islam, jagalah akidah kita sehingga akhir hayat!

**

Sedang cuba belajar-belajar berjinak dengan tanah dengan menanam sayur-sayuran di belakang rumah! Sekurang-kurangnya itu menambahkan ilmu baru, mengajar diri agar lebih peka terhadap persekitaran dan mengajar anak secara tidak langsung akan kepentingan menguruskan tanah  untuk manfaat bersama.

**

Sebenarnya cuti ini peluang untuk kita rapatkan persaudaraan. Samada mempunyai pertalian darah ataupun tidak. Jadi, bagaimana merapatkan ukhuwwah dikalangan kita?

Teringat ketika berada mula sampai di Maghribi, saya diingatkan agar sentiasa sertai jemaah (ketika itu kurang dari 10 orang yang berada di Kenitra, perkampungan pelajar Malaysia, sekarang mungkin hampir 200 pelajar Malaysia di sana). Bermula dengan bermain bola bersama setiap petang di padang pasir membuatkan saya dapat mengenal setiap seorang dan hubungan persaudaraan sangat mudah terjalin secara mesra.

Orang arab pun suka mencabar pasukan Malaysia kerana kami jarang menolak pelawaan mereka untuk menjayakan perlawanan persahabatan. Malah, kawan arab kami yang rapat juga pasti akan membela kami jika kami diejek dengan ‘chinnuwa’ yang bermaksud anak cina!. He he he

Kalau adik beradik pula, kami (anak-anak lelaki) gemar melakukan aktiviti riadhah selepas Subuh dengan bermain raket. Bukan sahaja ketika zaman bujang, tetapi hingga ke saat ini itulah diantara aktiviti kami merapatkan ukhuwwah masing-masing.

Kuncinya BERSUKAN dengan menjaga adab-adabnya.

Nabi pun ada aktiviti SUKANnya tetapi biarlah belajar cara bersukan yang dapat merapatkan diri kita kepada Allah bukan semakin jauh kita denganNya…

Cuma yang masalahnya, yang selalu ‘ponteng’ untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.

 

Wallahua’lam

9.09 am

-sementara demi menunggu tukang paip membaiki saluran air!

Bacalah!

“Saya lihat iddah ini menyusahkan wanita kerana dalam tempoh iddah, wanita tersebut tidak boleh keluar rumah. Bagaimana kedudukan wanita yang bekerja atau ada keperluan untuk keluar rumah?” -petikan dari buku Salah Faham Tentang ISLAM ms 78.

Jawapannya, belilah buku tersebut.

Buku yang sedang saya baca ialah :

1. Salah faham tentang Islam – Ustazah Nik Salida & Ustaz Nidzam

Sedang dibaca

2. Benarkah Alexander bukan Zulkarnain? – Afareez

Akan dibaca

Buku yang pertama dibeli oleh isteri saya. Cuma, saya pula yang minat membacanya. Kelebihan buku ini ialah;

-bab yang lengkap dengan salah faham dan jawapan. Ada mengenai AlQuran, Hadith, Wanita, Ibadat, Hiburan dan macam-macam lagi.

-soal jawab dari masyarakat umum untuk lebih mudah difahami

-jawapan yang santai, tidak terlalu berat

-sesuai untuk orang awam apatah lagi pendakwah

-sesuai dijadikan hadiah kepada orang yang baru mengenali Islam

Pembacaan setakat ini : 30%

Buku yang kedua dibeli oleh saya sendiri kerana ingin mendalami nama yang diberi oleh ayah. Lagipun, nama kita adalah yang paling bernilai. Nama Zulkarnain ini adalah pelik ketika saya berada di Maghribi kerana masyarakat arab tidak memberi nama demikian pada anak-anak mereka. Pelik tetapi nama ini tidak dilupa ketika berada dengan masyarakat arab. Syukran jazilan kepada ayah!

Buku kedua ini belum dibaca. InsyaAllah, masa yang paling sesuai untuk dibaca ialah ketika di dalam feri. Tetapi, ada lagi satu buku mengenai Zulkarnain dan Alexander;

Akan dibeli!

Ya, itulah kembarnya. InsyaAllah, buku ini akan menjadi milikku…

Scammer!

Wachaa.. ada scammer?

are you scammer?

Ya, oleh kerana kita sudah maju kehadapan, kita pun jadi moden dan canggih. Kononnya, kalau tak ikut, ketinggalan zaman. Bukan sahaja pendidikan boleh dipelajari menerusi online malah penipuan pun mudah berlaku secara tidak sedar dek kerana canggihnya teknologi. Oleh itu, pencuri dan pelaku jenayah pun semakin canggih dan moden.

Ada pengalaman ditipu? atau lebih mudah disebut sekarang dengan istilah SCAM.

Ya, saya pun pernah di scam melalui pembelian barang kamera secara online. Antara kesilapan ialah:

– terlalu seronok dengan pembelian barang dengan harga murah

– pembelian secara online seutama-utamanya melalui C.O.D iaitu Cash On Delivery. Dengan kata mudah, anda lihat barang secara ‘ain (benda maujud) dengan mata kepala sendiri.

Akhirnya, saya kerugian RM480.00. Ya, siapa yang menipu? Ini biodatanya :

Emel : tranceyus@gmail.com

Nama :  MOHD YUSOF OTHMAN

No akaun CIMB : 01220010510523

Jika dia dari kalangan kawan anda, jauhilah dari berkawan dengan manusia sebegini. Menyusahkan sahaja!

Apakah hikmah anda ditipu?

1. Belajar dari kesilapan

2. Semakin arif teknik dan stail penipuan

3. Kifarat DOSA – Ini paling penting!

Kenapa saya beritahu anda?

1. Kongsi pengalaman

2. Nak ajar kawan-kawan berhati-hati membeli menerusi online.

Ada juga seseorang yang masih belum membayar sejumlah wang kepada saya hasil jualan Nikon D60 yang amat disayangi. Saya akan letak alamatnya di sini agar kawan-kawannya dapat memaklumkan hutang tersebut :

SITI AZURA BT ABDUL HALIM, NO 8’B, RUMAH PKNS, KG. DATO HARUN SERENDAH.48200 SELANGOR

Apakah akibatnya kepada si penipu?

1. Hidup tak berkat

2. Rezeki sangat sempit

3. Dosa dikira selagi tidak mengembalikan hak orang lain

4. Hidup tak akan bahagia.

Sharing is caring!

Awal Muharram

Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa di bulan Allah Muharram

Esok nak berkongsi ilmu mengenai awal Muharram di Bank Rakyat.

“Bagus Bank Rakyat” adalah cebisan  iklan Bank Rakyat yang dipaparkan di TV. Bagus kerana setiap jumaat, mereka mengisi masa lebih kurang setengah jam untuk mendengarkan kuliah ilmu di bank tersebut. Itu kan usaha yang murni. Mudah-mudahan semua kakitangan bank tersebut mengambil faedah.

Untuk esok, tajuk yang dipertanggungjawabkan adalah tajuk awal muharram. Sebenarnya, kalau kita sendiri buat semakan di web pun ataupun ‘pakcik google’ pun, kita akan dapat beratus-ratus ribu artikel, ataupun 56800 bagi web halaman di Malaysia. Yang bagusnya, kita akan baca yang seronok dan tinggalkan yang tak berapa menarik. Yang tak bagusnya, tak minat nak membaca langsung!

Perkara yang menarik di dalam bulan Muharram untuk disampaikan esok adalah :

1. Anjuran berpuasa di dalam bulan Muharram. Hadith riwayat Muslim menyebut “seutama-utama (afdal) puasa selepas ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharram..”. Para ulama dengan panjang lebar menceritakan tentang anjuran berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram.

Rumusnya : {MUHARRAM tiba = SUNAT puasa}.

2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram kerana ISLAM mengajar kita melakukan amalan soleh dan meninggalkan dosa setiap hari.

3. Tidak boleh ada unsur kesialan seperti  menganggap sial jika melangsungkan pernikahan di dalam bulan ini. Ini pun adalah bentuk SYIRIK kerana menganggap ada kuasa yang lebih hebat dari Allah! Na’uzubillah. (Rujukan Fatwa ‘Atiah Saqar 1997).

Rumusnya = TIADA BULAN SIAL dalam Islam.

Ini kerana tiada kaitan kesialan dengan bulan yang Allah ciptakan!

4. Kenapa namanya “Syahrullah = Bulan ALlah” sedangkan nama bulan lain tidak pula disebut bulan Allah? (Rujukan Fatwa Azhariy : Mac 1997). Dinukilkan bahawa Imam AsSuyuti bahawa nama Muharram disebut BULAN ALLAH kerana namanya bercirikan islamik berbeza dengan bulan-bulan lain kerana bulan-bulan lain itu mempunyai nama yang khusus sejak dari zaman Jahiliyah lagi. Dan apabila kedatangan Islam, ianya ditukar menjadi Muharram (sebelumnya disebut SAFAR AWWAL).

Ibn ‘Allan menukilkan jua bahawa Ibnul Jauzi ada menyebutkan nama-nama bulan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahiliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana di dalam bulan Muharram ada hari yang disebut HARI ‘ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Muharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.

5. Apa yang dilakukan oleh Syi’ah pada 10 Muharram? Seksa diri sendiri? Cuba anda cari sendiri bahan sebagai bacaan lanjutan. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk lebih tahu.

6. Wajibkah baca doa awal dan akhir tahun? Soalan yang sama setiap tahun (kadang-kadang orang yang sama pula yang bertanya!). Cuba buat pembacaan dan kajian anda. (macam soalan tesis).

Selamat kita beramal bersama-sama!