Demam Panas…

Sakitnya.. Nikmatnya..

Hai adik-adik,

Hari ini ustaz nak menceritakan bahawa semenjak hari Jumaat (25 Julai 2008), ustaz ditimpa sakit iaitu demam panas. Di dalam bahasa arab kita sebut AL-HUMMA. Kalau kamu susah nak ingat, ingat sahaja padi huma, insyaAllah itulah demam panas di dalam bahasa arab.

Sebenarnya, kali terakhir ustaz mengalami demam panas ialah tahun 1988 iaitu ketika ustaz berada pada tahun satu. Demam panas merupakan perkara yang jarang berlaku pada diri ustaz. Mak pun kata “Kau ni tak pernah demam panas. Dulu ja”. Ya, ketika tahun 1988, ustaz terbaring lesu kerana demam panas. Kemudian, mak siapkan nasi putih, kicap dan telur mata. ALhamdulillah, tidak semena-mena ustaz jadi sihat dengan izin Allah. Sihat sehingga tahun ini sehingga pada bulan Julai 2008, ustaz merasa badan terlalu berat, panas memuncak sehingga tidak mampu menyentuh air ke badan. Inilah demam panas yang biasa di alami oleh kebanyakan orang. Kebiasaannya, ustaz hanya pening dan kepeningan tersebut boleh membuatkan ustaz mengambil cuti.

Adik-adik,

Dulu, Nabi Muhammad juga sakit. Maka, sahabat pun bertanya :

Sahabat : Adakah engkau sakit wahai Rasulullah?

Rasulullah : Ya, aku sakit

Sahabat : Kau kelihatan sangat berat menanggung kesakitan tersebut

Rasulullah : Ya, sakitnya aku adalah seperti sakitnya 2 orang kamu

Sahabat : Oleh itu, kau akan mendapat 2 pahala

Rasulullah : Benar, begitulah orang muslim. Sakitnya mereka menyebabkan Allah mengugurkan dosa umpama daun-daun berguguran dari sebatang pokok!

[Rujukan : Sahih Bukhari]

Ujian yang ustaz terima ini bukanlah satu ujian yang berat jika dibandingkan dengan ujian yang ditimpa kepada para nabi-nabi. Ujian mereka adalah paling dahsyat berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi Muhammad Sallahua’lahiwasallam seperti di atas. Imam Bukhari pun menulis tajuk cerita di atas dengan tajuk ”Seberat-berat ujian adalah ujian yang ditimpakan kepada para nabi-nabi, kemudian seterusnya”.

Hebat kan? Wah, sudah tentu sakit yang ustaz alami ini kecil sangat. Jadi, tak perlulah kita nak ’mengamuk’ kerana diri kita sakit. Buruk benarlah orang yang sakit kemudian berperangai buruk pula. Eeee.. tak ensemnya!

Antara hikmah yang Allah berikan kepada orang yang sakit :

a) dosa-dosa kecil digugurkan

b) insaf bahawa lemahnya diri seorang manusia

c) mengingati bahawa badan ini milik Allah. Bila-bila boleh Allah ambil.

d) mengingati nasib muslim di negara-negara lain yang sakit sepanjang masa. Oh, deritanya mereka berbanding kita seperti yang menimpa penduduk muslim di Palestin, Iraq, selatan Thailand dan bumi muslim yang sedang mengalami peperangan.

Mohammed Omer - Rafah Today 2007-10-22.

Palestinian children are seen through holes made by Israeli rockets and bullets during an Israeli attack on Khan Yunis. Image Credit: Mohammed Omer - Rafah Today 2007-10-22.

Mohammed Omer - Rafah Today 2008-02-01.

Medical Crisis in Gaza. Image Credit: Mohammed Omer - Rafah Today 2008-02-01.

Tak tahulah samada ustaz sihat atau tidak pada keesokan hari! Esok hari kantin SK Pekan 2. Harap-harap dapat jumpa kamu semua. Sekadar jadi tukang gambar kamu. Hehehe

Jumpa lagi.

Kamus :

الحُمى : ( ALHUMMA) demam panas

الوعك : (ALWA’KU) sakit

Advertisements

Ganjaran dan Hadiah..

Hari ini tiba hari ganjaran sesiapa yang berjaya mendapat 100 di dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

HB : Ustaz tak guna duit Panitia untuk beli hadiah murid-murid yang cemerlang?

HLB : Saya lakukan ini dapat juga untuk menambah amalan jariah kepada anak-anak murid

HB : Rugi la ustaz kalau kita tak gunakan duit yang di sediakan

HLB : Tak rugi jika berniat membelanjakan harta di jalan Allah

HB : Jadi, ustaz sediakan hadiah la ya setiap bulan bagi pelajar yang mendapat markah yang tinggi?

HLB : Ya..

HB : Wah, habis duit ustaz la..

HLB : Berapa peratus yang saya habiskan dari gaji yang di terima setiap bulan? Terlalu kecil peratusnya..

HB : Ya.. ( diam )

Kalau anda tak rela korbankan sedikit harta untuk anak-anak maju di dalam pelajaran, apa yang mampu lakukan untuk anak murid menggunakan gaji yang anda terima?

Ganjaran murah yang dapat menaikkan semangat anak kecil di sekolah :

a) Coklat Apollo – RM 1.50

b) Biskut coklat – RM 2.50

c) Pemadam (6 keping) – RM 1.00

d) Lain-lain sekitar harga RM 3.00 ke bawah

Hanya dengan berbekalkan hadiah sebentuk coklat Apollo sudah mampu menaikkan semangat budak kecil untuk terus belajar. Adakah harga sekecil itu pun anda sudah memikirkan kekurangan pada wang poket yang anda terima setiap bulan?

Kalau anda ‘berkira-kira’ sangat perbelanjaan di atas, anda belum mencapai kepuasan menjadi seorang guru yang sejati.

Dah dapat hadiah, kata apa anak murid?

na’am, ahsantum..