Jemputan..

ALhamdulillah telah berlalu ceramah di SK Patau-Patau, WP Labuan.

Tajuk berkaitan Israk dan Mi’raj. Sasaran dari Tahun 1 hingga 6. Cukup berpuas hati.

Murid SK Patau-Patau

Ramai juga yang mendengar ceramah

Ramai juga yang mendengar ceramah

Aku berpuas hati kerana :

a) dapat sampaikan dengan baik Israk dan Mi’raj

b) mengamalkan teknik bercerita berpusatkan murid. Soal dan jawab.

c) mengulang-ulang fakta sejarah

d) menjelaskan bahawa malaikat bukan seperti pari-pari cerita Bawang Putih dan Merah

e) sampaikan kepentingan solat dan membantu rakan yang memerlukan.

f) murid khusyu’ kerana penganjur ada sediakan kuiz. Bagus!

Akhirnya, syukran atas cenderahati dari penganjur!

syukran 3ala hadiayyatikum

syukran 3ala hadiayyatikum

Advertisements

Israk Mi’raj

Disatu ketika yang damai;

“Ustaz, esok malam buat ceramah ye”

“Sempena apa?”

“Buat-buat tak tahu pula! Israk Mi’raj la ustaz.”

“Ooooooooooooooooooo”

“Ustaz ceramah sket orang kampung biar ‘reti’ pasal Israk Mi’raj, diorang tu bukan faham sangat, maklumlah nak ke masjid pun malas!”

“Jadi, awak dah faham ler yer banyak pasal Israk Mi’raj? Awak aje la”

“Rasa-rasanya diorang boleh berubah hati ker dengar ceramah saya?”

“Saya gerenti ustaz orang ilmuan, setakat orang kampung, kacang jer bagi ustaz”

“Ooo gitu, kalau saya kata Israk Mi’raj berlaku pada Rabiul Awwal, awak percaya?

“Haa!!, ustaz ni bawa ajaran mana!? Sudah la ustaz!

Dia berlalu pergi dengan merah padam. Belum habis lagi bincang dah tak boleh terima pendapat.

Baru beritahu info sahih, dah buat-buat terkejut dan anggap dia sahaja yang betul. Macammana nak berubah kalau tak sedia menerima pendapat yang sahih?

Bahan bacaan tambahan di sini.

Inilah Masjid Aqsa, kubahnya biru.

Inilah Masjid Aqsa, kubahnya biru.

Jambatan yang dibina oleh Yahudi untuk ke Masjidil Aqsa

Jambatan yang dibina oleh Yahudi untuk ke Masjidil Aqsa

Gambar penuh Masjidil Aqsa

Gambar penuh Masjidil Aqsa

Untuk lihat peta sebenar melalui satelit terus ke Masjidil Aqsa, cuba klik sini.