Awal Muharram

Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa di bulan Allah Muharram

Esok nak berkongsi ilmu mengenai awal Muharram di Bank Rakyat.

“Bagus Bank Rakyat” adalah cebisan  iklan Bank Rakyat yang dipaparkan di TV. Bagus kerana setiap jumaat, mereka mengisi masa lebih kurang setengah jam untuk mendengarkan kuliah ilmu di bank tersebut. Itu kan usaha yang murni. Mudah-mudahan semua kakitangan bank tersebut mengambil faedah.

Untuk esok, tajuk yang dipertanggungjawabkan adalah tajuk awal muharram. Sebenarnya, kalau kita sendiri buat semakan di web pun ataupun ‘pakcik google’ pun, kita akan dapat beratus-ratus ribu artikel, ataupun 56800 bagi web halaman di Malaysia. Yang bagusnya, kita akan baca yang seronok dan tinggalkan yang tak berapa menarik. Yang tak bagusnya, tak minat nak membaca langsung!

Perkara yang menarik di dalam bulan Muharram untuk disampaikan esok adalah :

1. Anjuran berpuasa di dalam bulan Muharram. Hadith riwayat Muslim menyebut “seutama-utama (afdal) puasa selepas ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharram..”. Para ulama dengan panjang lebar menceritakan tentang anjuran berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram.

Rumusnya : {MUHARRAM tiba = SUNAT puasa}.

2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram kerana ISLAM mengajar kita melakukan amalan soleh dan meninggalkan dosa setiap hari.

3. Tidak boleh ada unsur kesialan seperti  menganggap sial jika melangsungkan pernikahan di dalam bulan ini. Ini pun adalah bentuk SYIRIK kerana menganggap ada kuasa yang lebih hebat dari Allah! Na’uzubillah. (Rujukan Fatwa ‘Atiah Saqar 1997).

Rumusnya = TIADA BULAN SIAL dalam Islam.

Ini kerana tiada kaitan kesialan dengan bulan yang Allah ciptakan!

4. Kenapa namanya “Syahrullah = Bulan ALlah” sedangkan nama bulan lain tidak pula disebut bulan Allah? (Rujukan Fatwa Azhariy : Mac 1997). Dinukilkan bahawa Imam AsSuyuti bahawa nama Muharram disebut BULAN ALLAH kerana namanya bercirikan islamik berbeza dengan bulan-bulan lain kerana bulan-bulan lain itu mempunyai nama yang khusus sejak dari zaman Jahiliyah lagi. Dan apabila kedatangan Islam, ianya ditukar menjadi Muharram (sebelumnya disebut SAFAR AWWAL).

Ibn ‘Allan menukilkan jua bahawa Ibnul Jauzi ada menyebutkan nama-nama bulan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahiliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana di dalam bulan Muharram ada hari yang disebut HARI ‘ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Muharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.

5. Apa yang dilakukan oleh Syi’ah pada 10 Muharram? Seksa diri sendiri? Cuba anda cari sendiri bahan sebagai bacaan lanjutan. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk lebih tahu.

6. Wajibkah baca doa awal dan akhir tahun? Soalan yang sama setiap tahun (kadang-kadang orang yang sama pula yang bertanya!). Cuba buat pembacaan dan kajian anda. (macam soalan tesis).

Selamat kita beramal bersama-sama!

1 Muharram 1431H

Muharram

Detik 1 Muharram sangat sinonim bagi rakyat Malaysia. Mungkin kerana sibuk mencari doa akhir dan awal tahun. Yang peliknya, bersungguh-sungguh benar kita mencarinya sehingga kita lupa doa yang patut dihafal seperti doa anak soleh dan doa agar ditetapkan hati terus kepada Islam.

Benarkah kita serius melaksanakannya? Atau hanya kerana budaya yang mencengkam masyarakat kita? Atau hanya sekadar melaksanakan arahan dari atasan?

Kita perlu mengetahui kewajipan utama umat Islam  yakni yang manakah yang perlu lebih kita utamakan. Seperti contoh :

1- Solat Sunat Eidulfitri dan Solat Fardhu

2- Bersedekah dan Zakat

3- Nafkah dan Sedekah

dan sebagainya. Kalau belum mampu membezakannya, eloklah pergi berjumpa orang yang tahu tentang perkara berikut.

Ada orang yang sanggup bergegas menunaikan solat EidulFitri tetapi tidak pernah mengambil berat solat fardhu. Bila ditanya tentang solat fardhu, dengan selamba menidakkan dan menganggapnya remeh!

Ada orang yang sanggup bersedekah dengan nilai yang sangat besar di khalayak ramai tetapi tidak pula berzakat fitrah dengan hanya kadar yang sedikit! Apabila ditanya, dia hanya mengatakan tiada ‘class’ zakat fitrah dan kurang popular!

Ada juga orang yang sibuk bersedekah diluar sana tetapi membiarkan nafkah kepada isterinya. Bila ditanya katanya isterinya sudah kaya dan tidak memerlukan nafkah! Ajaran mana pula dipelajarinya?

Memang besar ganjaran setiap bulan di dalam bulan-bulan Islam. Masing-masing ada kelebihan. Antara kelebihan bulan Muharram ialah :

1- Permulaan kalendar Islam.

Ceritanya yang panjang ketika perbincangan pada zaman Saidina Umar. Antaranya ialah ada para sahabat yang mencadangkan bulan Rabiul Awwal, tetapi jika diteliti bahawa bulan Rabiul Awwal juga merupakan bulan ketika Nabi Muhammad SAW wafat (ini ada kaitan tentang beberapa pendapat yang tidak setuju diraikan maulid nabi). Oleh itu, bulan Muharram yang paling sesuai apatah lagi ia merupakan antara bulan-bulan haram dan suci (disebut di dalam Surah atTaubah ayat 36.)

2- Dianjurkan berpuasa.

Ketika Nabi SAW datang ke Madinah, baginda menyaksikan bahawa Bani Israil berpuasa pada 10 Muharram (‘Asyura) . Lalu, apabila ditanya maka mereka menjawab hari 10 Muharram merupakan hari diselamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya dari rancangan pembunuhan oleh Fir’aun. Lalu baginda juga menyatakan pada para sahabatnya, bahawa jika baginda diizinkan oleh Allah untuk hidup lagi bulan Muharram pada tahun seterusnya, maka baginda ingin berpuasa 9 dan 10 Muharram. Tetapi baginda telah wafat. Dan diteruskan puasa tersebut oleh para sahabatnya sehinggalah sekarang.

Ini adalah merupakan cara baginda mengajar umatnya agar menyalahi dan tidak menyerupai Bani Israil (dari segi puasa Bani Israil hanya puasa 10 Muharram, tetapi kita umat Nabi Muhammad berpuasa 9 dan 10 Muharram).

3- Muhasabah kepada umat Islam bahawa kita sedang menggunakan kalendar Masehi.

Kita sudah terbiasa dan menjadi kelaziman menggunakan kalendar Masehi dan melupakan seketika kalendar hijri. Jika ingat sekalipun, hanyalah  beberapa perkara yang sangat penting seperti Muharram, Ramadhan, Syawal dan sebagainya. Ini merupakan kelemahan kita bersama dan terus berusaha untuk memartabatkan kalendar hijri sebagai kalendar utama umat Islam di seluruh dunia.

Paling tidak pun, menyelitkan kalendar islam pada blog masing-masing demi menegakkan syiar agama. Jika ada niat yang sedemikian, maka ia juga merupakan salah satu kebajikan yang kita mampu lakukan.


4- Mengingati perjuangan Nabi Musa AS melawan dakyah Fir’aun

Kita semua telah biasa mendengar dan membaca cerita Nabi Allah Musa AS. Tatkala pengikut Nabi Musa AS gentar kepadaFir’aun yang hampir mendapatkan mereka di tepi lautan, Nabi Musa AS hanya menjawab KALLA iaitu sekali-kali tidak! (bahawa Fir’aun tidak akan mampu membunuh mereka).

Sifat keyakinannya kepada ALlah inilah yang menjadi pengajaran kepada umat Islam semua agar meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah Ta’ala dan tidak bersangka buruk kepadaNya.

Wallahua’lam

Mari berpuasa ‘Asyura

Oleh : mesrarakyat

  

PENDAHULUAN

 

 

Puasa Asyura..

Puasa 'Asyura..

 

 

Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalender Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

More