Kutuk…

senyum seindah suria...

“siapa la tu yang hodoh sangat tu” soal abu

“oh, budak baru  tu, alah ok juga tu, ada modal nak kutuk, ha ha ha” jawab leman

“apa korang cakap tu haa, kutuk aku laa tu” jawab mas’ud.

“ala, kami kata ko hodoh sangat, kau dari planet mane haa..” selamba si abu mengutuk

“hodoh hodoh aku pun, Allah yang cipta!” jawab mas’ud.

Hehe.. putus hujah.

Mas’ud tersenyum mengingatkan dia pada seorang sahabat Nabi, Abdullah Ibn Mas’ud.

Kadang-kadang seronok kita mengutuk ciptaan Allah. Hodoh atau cantik penciptanya ialah Allah. Allah menguji hamba-hambaNya dengan pelbagai kejadian dan rupa bentuk. Jika hodoh kerana selekeh atau kurang pengurusan diri masih boleh diubah, tetapi jika hodoh tersebut berdasarkan rupa bentuk, kurang sempurna fizikal, itu memerlukan keredhaan dan kerelaan hati menerima segala nikmat Allah.

***

Dahulu, Abdullah ibn Mas’ud pun ditertawakan oleh sahabat Baginda yang lain ketika memanjat pokok. Ibn Mas’ud fizikalnya berbentuk pelik dari orang lain kerana tangan dan kakinya kurus manakala perut sedikit besar sepertimana yang diriwayatkan di dalam biodatanya. Tetapi, Rasulullah cepat-cepat mengatakan bahawa betisnya yang kecil itu lebih berat (pahalanya) dari gunung Uhud.

Terdiam para sahabat yang lain mengakui kesilapan mereka memandang rendah ke atas fizikal Abdullah Ibn Mas’ud.

Ya, siapa yang tidak kenal dengan Abdullah Ibn Mas’ud. Seorang ahli feqah terhandal dan pembaca AlQuran yang diiktiraf Nabi. Manakala, kepala Abu Jahal pun dipenggalnya untuk dibawa kepada Baginda.

Meninggal dunia di Baqi’, Madinah pada 32H.

***

Moral of the story : Jangan  kita mengutuk ciptaan-ciptaan Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: