Anakku hebat…

Masih terus mencari bahan bacaan yang boleh menjadi bekal kepada seorang bakal si ayah dan si ibu. Mari memborong buku-buku berkaitan. Kali ini, buku yang dicari-cari dijumpai jua, karangan Us. Zahazan.

anakku hebat

Mungkin karya ini lebih berharga kerana ia merupakan antara karya beliau untuk bakal ayah dan ibu yang terkini. Yakin Us. Zahazan mesti membawa idea baru dan menggabungkan idea lama agar buku ini menjadi yang terbaik. Masih lagi membaca di lembaran awal tetapi sudah terasa ‘kehebatan’nya. Kalau nak tahu, belilah!

Ya, takkan satu buku sahaja. Ada pasangannya. Karya Us. Abdul Rahman Mohamed. Buku yang dikarangnya dahulu “Pelik tapi benar” pun sudah ku miliki cuma tertinggal di Semenanjung dahulu. Kali ini, karyanya semakin menarik minatku untuk membeli. Apalagi, belilah!

mari membaca para bakal ayah!

 Kepada bakal ayah dan ibu, ayuh tambah ilmu di dada dan laksanakan amanah yang dikurniakan oleh Allah sebaik-baiknya! Jangan anggap mudah amanah yang Allah beri kepada kita.

Hamizah Si Cilik..

Assalamualaikum adik Hamizah,

Semoga kamu membaca apa yang ustaz tuliskan buat kamu. Ini bacaan ringkas kamu. Jangan pula kamu menulisnya di dalam rekod Buku Nilam walaupun ustaz adalah guru Penyelaras Nilam kamu. Hehe..

Tadi, ustaz sanggup melihat penyertaan kamu di dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Walaupun ustaz mengajar Bahasa Arab, ustaz suka menyibukkan diri melihat penyertaan yang ilmiah seperti bercerita di dalam apa jua bahasa. Ustaz boleh simpulkan persembahan kamu seperti berikut :

Kekuatan :

1. Lancar

2. Ada intonasi bercerita

3. Penutup yang baik, dihargai semua penonton

4. Suara yang jelas

Kelemahan :

1. Gaya kurang

2. Kostum – menghidupkan cerita

Kamu hanya tahun 2. Itu pun kamu sudah menunjukkan bakat. Menang atau kalah jadikan panduan untuk masa akan datang. Masa begitu gemilang di hadapan kamu.

Sebagai hadiahnya, ustaz buat lakaran buat kamu. Hasil adaptasi gambar dari handphone usang ustaz versi Sony Ericson K600i + Adobe Photoshop. Jangan terkejut ustaz mu ini juga ada bakatnya di dalam ilmu perkomputeran. Saksikan!

Sila klik imej untuk besarkannya. Kalau nak save dalam komputer kamu, klik mouse sebelah kanan (pastikan gambar itu telah diklik besar), kemudian pilih Save Image As, dan pilih di mana kamu hendak simpan. Semoga berjaya!

Gambar tersebut adalah gabungan :

a) gambar kamu

b) gambar 2 pemandangan Sg. Pagar yang indah yang sempat ustaz ’tangkap’ tadi.