A’zab…ِ

Teringat kata-kata sahabatku, Halim kelahiran Mekah yang berkata:

”faatat sunnah!” (berlalu sudah sunnah nabi!)

”limaza?” (kenapa?)

”umuruka 27 wa anta mazilta a’zab!” (umurmu 27 tetapi engkau masih bujang!)

”sauhawil insya Allah!” (aku cuba insyaAllah!)

Khatamun ( خاتم ) = Cincin

Khatamun ( خاتم ) = Cincin

Aku faham. Dia berkata demkian kerana umurku sudah melebihi umur nabi yang berkahwin pada usia 25 tahun.

More

AT – Persoalan Kehidupan..

Oleh : Qurratul Aini

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;’’kami telah beriman“ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta (Al-Ankabut: 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU NAK?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya

(Al-Baqarah:286)

KENAPA RASA KECEWA?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman

(Al-Imran:139)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir (Yusuf:12)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (At-Taubah:111)

BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI SEGALANYA?

Wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yg berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan, dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Al-Imran:200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk ( Al-Baqarah:45)

KEPADA SIAPA DAPATKU BERGANTUNG HARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal. ( At-Taubah:129)