Adab…

Alhamdulillah, kuliah di Masjid Layangan akan diteruskan. InsyaAllah bermula pada hari ini. Update kuliah terkini ada disebelah kanan blog ini.

Masjid Hasan Thani, Casablanca, Morocco

Kuliah di IOFC baru-baru ini menyeronokkan kerana ada soal dan jawab berkenaan masalah tahiyyatul masjid. Alhamdulillah, walaupun masih sedikit jemaah yang menghadiri kuliah, tetapi adanya soal jawab menghidupkan lagi kuliah tersebut.

Kuliah Tauhid…

Minhajul Muslim

Minhajul Muslim

Alhamdulillah, kuliah Tauhid baru bermula seperti berikut :

 

Tempat : Masjid UMS, WP Labuan

Hari       : Setiap Sabtu, selepas Solat Maghrib

Kitab     : Minhajul Muslim (Bahagian Akidah)

Kuliah juga boleh dilayari dalam blog yang sudah disediakan disini.

Wallahua’lam

Tazkirah Ramadhan…

Ada beberapa tazkirah lagi sebelum menjelang Eidul fitri..

Syeikh Abdul Majid AzZindani

25 Sept 2008

9.00 malam – Kolej Matrikulasi Labuan (selepas Tarawih)

27 Sept 2008

5.30 pagi – Kuliah Subuh di Masjid Bukit Kalam

5.00 petang – Taman Pertanian, Kilan (khusus untuk wanita)

Tazkirah Ramadhan…

Alhamdulillah, hidup terasa sangat tenang dengan kedatangan Ramadhan. Tetapi, objektif yang hendak dicapai di dalam Ramadhan seperti diuji rasa beratnya. Hanya meletakkan satu objektif khusus dalam perkara ibadat. Mudah-mudahan berjaya dicapai.

Masjid di Bukit Kalam pula menyerahkan jadual kuliah :

13 September 2008 – Kuliah Subuh (Hadith 1)

19 September 2008 – Kuliah Subuh (Hadith 2)

27 September 2008 – Kuliah Subuh (Hadith 3)

Manakala, lanjutan hadith seterusnya dijalankan selepas bulan Ramadhan. Buku kuliah yang digunakan masih ”ALWAFI” iaitu salah sebuah karangan huraian oleh Mustafa Bugho dan Mahyuddin Misto kepada 42 hadith karangan Imam Nawawi Rahimahullah.

Kuliah Ramadhan…

Bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya tersendiri...

Bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya tersendiri...

Jadual kuliah sempena Ramadhan sudah ku terima seperti berikut :

5 September 2008 – Ciri-ciri anak soleh

12 September 2008 – Siapakah ahli Sunnah?

19 September 2008 – Banyakkanlah berdoa

26 September 2008 – Ikhlas dalam ibadah

Tempat : MASJID IOFC, KERUPANG, WP LABUAN

Masa : Selepas 4 rakaat Sunat Tarawikh.

Tempoh : 15-20 minit

Syukran atas kepercayaan Ahli Jawatankuasa Masjid untuk memberikan tazkirah di dalam bulan Ramadhan. Usaha kalian sangat besar ganjarannya di sisi Allah demi memeriahkan lagi suasana ibadah di bulan tersebut.

Previous Older Entries