Bagaimana mengajar anak berdoa?

terjemahan oleh : mesrarakyat

 

muslim children...

muslim children...

Kanak-kanak yang berusia tiga dan empat tahun hendaklah diperdengarkan doa pagi dan petang seperti doa makan, minum dan sebagainya. Manakala, ianya perlu dilatih agar ikatannya terhadap Allah Ta’ala kukuh dan jiwanya suci dan dan terselamat dari menyimpang ke jalan yang salah.

 

Saya pernah berjumpa dengan keluarga (yang mempunya i seorang anak yang suka berdoa). Ketika itu anaknya tergesa-gesa pulang dari satu tempat pergi mendapatkan keluarganya lalu bertanya dengan gembira “Apakah doanya apabila kita sampai di tempat-tempat yang asing?”

Apa yang dimaksudkan oleh kanak-kanak tersebut sama seperti hadith Rasulullah : Khaulah binti Hakim berkata bahawa “aku mendengar Rasulullah bersabda : Apabila kamu tiba di satu tempat (yang asing), hendaklah kamu membaca doa ini :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Maksudnya : Aku berlindung kepada ALlah dari segala kejahatan.

“Kemudian dia tidak akan mendapat mudharat sehinggalah kejahatan tadi berlalu dari tempat tersebut.”

 

Apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut menunjukkan betapa rapat dan kukuhkan ikatannya terhadap ALlah Ta’ala sehingga dia akan sanggup berulang mendapatkan ibubapanya bagi menanyakan doa-doa di tempat yang tertentu mahupun masa-masa tertentu.

 

Kemudian, terdapat juga seorang anak yang berusia 4tahun dengan pakaian barunya ingin menyarungkan pakaiannya. Maka, emaknya bersedia untuk memberikan pertolongan untuk menyarung pakaiannya. Akan tetapi, anaknya berkata “Biarkan aku sendiri yang memakainya sambil membaca doa memakai pakaian”. Ibunya terkejut kerana tidak menyangka anaknya pandai dan hafal doa memakai pakaian.

 

Sumber : Laman web “ANA MUSLIM”

 

“Ayah, tak baca bismillah pun” seorang anak menegur.

“Ala.. ayah baca dalam hati daaa..” kata ayah elak malu.

Inilah yang kita selalu buat.

Advertisements

ADAB-ADAB MAKAN

oleh : mesrarakyat/ibnuhazam

1- Membaca bismillah pada mulanya dan alhamdulilah pada akhirnya

سم الله وكل بيمينك، وكل مما يليك

Dari Umar bin Abu Salamah Radiyallahu’anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah mengajarkan kepadaku “Bacalah BISMILLAH dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makan dari yang dekat denganmu” [Muttafaqun ‘Alaih]

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إذا دخل الرجل بيته، فذكر الله تعالى عند دخوله وعند طعامه، قال الشيطان لأصحابه لا مبيت لكم ولا عشاء، وإذا دخل، فلم يذكر الله تعالى عند دخوله، قال الشيطان: أدركتم المبيت؛ وإذا لم يذكر الله تعالى عند طعامه قال: أدركتم المبيت والعشاء

Dari Jabir Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa aku dengar Rasulullah bersabda “apabila seorang masuk masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah (berdoa) dan berdoa ketika makannya, maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya “Tiada tempat bermalam bagi kamu dan tiada makanan kamu “. Dan apabila seorang itu masuk ke dalam rumahnya tanpa berdoa maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya “kamu ada tempat bermalam” dan apabila seorang itu tidak berdoa ketika hendak makan, syaitan berkata “kamu dapat bermalam dan makan malam” [Riwayat Muslim]

More