Gelang lagi…

Gelang

Setiap murid menampilkan cara hidup yang berbeza. Pengaruh terbesar ialah dari ibubapanya sendiri. Saya pula lebih suka mencatat peribadi murid yang lemah untuk analisis dan kajian sendiri. Ada yang lemah bacaan Iqrak hanya kerana ibu bapa tidak membelikan anak tersebut buku tersebut. Alasan kedua ialah emak bapa sibuk. Kedua-dua alasan saya catatkan dan hampir semua murid yang mempunyai alasan ini dalam Iqra 1. Manakala, murid yang maju dengan bacaan Iqrak 2 ke atas masing-masing mempunyai guru yang tersendiri.

Suka juga melihat peribadi murid-murid dari kehidupan mereka masing-masing. Satu masa dahulu, sudah ditegur pensel pendek tiada kaitan dengan nyawa ibu kita pendek. Tetapi, lain murid lain lagi caranya mempercayai perkara yang dianggap benar pada benaknya. Sebagai guru, kita perlu cepat menangani agar tidak sebati dalam fikirannya.

2 Ikhlas. Ya, seorang murid, Hafiz namanya. Saya sangat suka melihat wajahnya kerana dia sentiasa senyum dan bicaranya petah. Hilang tekanan apabila kita tersenyum. Itu psikologinya. Kemudian, terlihat gelang di pergelangan tangannya. Satu debat ringkas akan bermula. Seronok bercerita dengan budak;

“Hafiz, nda malu la lelaki pakai gelang” ujarku

“Emakku yang suruh, ustaz” jawabnya laju.

“Untuk apa tu?” soalan bertalu lagi.

“Usir setan!” sambil tersenyum.

“Kalau kamu baca 3 qul selalu, setan akan lari tercirit-cirit. Kamu pakai gelang ni bikin setan ketawa ja” jawab ku ringkas.

“Hahaha, tercirit-cirit. Betul ka? 3 Qul tu hapa? balas Hafiz

Qul huwallah, Qul a’uzubirrabbil falaq, Qul a’uzubirabbinnas!” jawabku

“Hooho, saya tahu tu” jawabnya.

“Baguslah, nda perlu la gelang tu ha, beritahu mak kamu” dakwah perlu disampaikan walaupun pedas dan pahit.

“Saya buka la ni ya ustaz” Hafiz terus praktik dan tanggalkan gelangnya.

Pada anggapan kita, adakah isu ini kecil? Ada sebahagiannya menganggap remeh dan kecil. Sebahagian pula anggap ini isu tauhid murid. Sebahagian pula anggap ini privasi ibu bapa masing-masing. Bagi saya ini berkait dalam bab akidah. Pada usia awal sebeginilah, murid sangat mudah menerima ilmu dan penjelasan berbanding usia sudah lanjut. Benarlah pepatah arab :

Belajar ilmu di waktu muda seperti mengukir di atas batu

“BELAJAR ILMU DI WAKTU MUDA SEPERTI MENGUKIR DI ATAS BATU, BELAJAR ILMU DI WAKTU TUA SEPERTI MENGUKIR DI ATAS AIR”

Siapa yang rasa hebat mengukir di atas air, silakan!

KBS

Kem Bestari Solat. Ya, bagi pelajar tahun 4 sudah tidak menjadi masalah pergerakan untuk melakukan solat kecuali murid-murid yang tidak solat. Tumpuan kepada bacaan pula. Dan hampir semua bacaan dapat dibaca dengan baik tinggal lagi bacaan qunut. InsyaAllah sedikit demi sedikit bacaan tersebut dapatlah dibaca dengan baik. Murid-murid sekarang semakin bijak dan cepat belajar berbanding sebahagian dari kita dahulu kala.

asSolat

Soalan mesti ada dari murid-murid terutama murid perempuan sebab mereka cepat dewasa.

“Ustaz, makan batal ka?”

“Tak!”

“Aik, ada ustaz kata batal!”

“Siapalah ustaz tu? Ustaz sekolah ni ka?”

“Bukan, tapi ntah la”

“Nanti, bagitahu nama ustaz tu ya”

“OK”

Dengan soalan mengingatkan mereka hukum hakam solat dengan cepat. Tetapi jika berdiam diri main ikut orang sahaja, mungkin akan dapat melakukan bersama-sama tetapi apabila bersendirian menghadapi masalah-masalah. Ataupun boleh keluar fatwa nafsi-nafsi (individu).

“Berapa kali kita wajib solat?”

“5 kali, ustaz”

“Berapa kali pula kamu solat?”

“2 kali, kadang-kadang 3 kali”

“Tak boleh begitu, darjah 4 kalau tak solat boleh kena pukul dah”

“Bapa saya pun tak solat!”

“Kena beritahu, sekarang ni kamu dah lebih pandai dan belajar di sekolah perkara yang betul. Kena lah buat 5 kali ya?”

“Tapi kami belum ‘datang’ lagi, ustaz?”

“Kita kena belajar, nanti sudah tua, sudah datang baru terhegeh-hegeh minta ajar solat. Malu nanti. Jadi, kamu sekarang muda, cantik-cantik lagi kena lah belajar solat, nanti mudah!”

“OK”

Bijak budak bermain kata-kata. Sebagai guru atau ibubapa kita perlu melayan soalan mereka dengan baik. Biar mereka dibantu dan dipandu dengan betul.

“Ustaz, kawan saya bawa… .. “

“Orang yang uzur, berdosa melakukan solat”

Masing-masing berpandangan di antara satu sama lain. Mungkin memikirkan seorang guru lebih cepat mengesan apa yang dirahsiakan.

Nama budak bijak kali ini ialah MASRIYANTI.

Wallahua’lam…

Nadhratunnaim

Nadhratunnaim penyeri rumah tangga kami. Tidak terungkap dengan kata-kata tetapi terungkap dengan tulisan semata. 🙂

Fakta :

Nama : Nadhratunnaim

Sumber Nama : AlQuranul Karim (Surah AlMutaffifin ayat 24)

Cara Bersalin : Normal

Berat : 3.2 Kilogram

Tarikh Lahir : 26/2/2010 bersamaan 12 RabiulAwwal 1431

Peristiwa : Maulid Nabi (sebahagian riwayat)

Gambar :

anakku

 

Anugerah Allah yang merupakan amanah kepada setiap ibu dan bapa. Ayuh kita perkemaskan diri dengan ilmu ibu bapa agar dapat menjadikan amanah Allah sebagai jalan yang mudah untuk kita menuju ke Syurga Allah…

2010

Karenah dan telatah murid menjadi perhatian guru di awal tahun. Apatah lagi murid yang baru memasuki darjah Satu. Ada juga beberapa perkara yang perlu diberitahu kepada ibubapa, khususnya berkenaan pemakaian perkara yang terlarang seperti rantai dan tangkal bagi murid lelaki dan sebagainya.

Tangkal...

Ertinya masih ramai ada ibu bapa yang percayakan ‘benda pelik’ untuk menyelamatkan anak mereka. Mungkin kerana kurang pendedahan ataupun terlalu terpengaruh ajaran dari ahli keluarga, jiran atau sahabat akan mujarabnya benda-benda pelik tersebut.

Karenah 2010 :

Murid : Ustaz, nak berak!

Ustaz : OK

Tiba-tiba murid tersebut masuk semula ke dalam kelas. Beberapa minit, dia meminta izin pula.

Murid : Ustaz, nak berak!

Ustaz : Kan tadi dah minta izin, kenapa kamu masuk kelas semula?

Murid : Tadi belum ada ‘rasa’.

Ustaz : Lorrr…Ha, pergi cepat

Peristiwa ini berlaku pada 6 Jan 2010, lebih kurang jam 11.35 pagi.

Inovasi…

kitabah = penulisan

Blog dikemaskini lagi. Ada page baru di atas. Ku beri nama CERITERA. Ia berkaitan kisah yang ku karang berdasarkan kuliah-kuliah yang lalu.

Ia usaha untuk melahirkan karya original dari blog mesrarakyat.

Masih lagi ‘degil’ untuk membuat/mencipta/membeli hosting sendiri, walaupun sudah hampir-hampir ‘terbeli’. Ini mungkin memandangkan saya masih lagi memperbaiki kekerapan menulis entri di dalam blog.

Previous Older Entries