Keganasan…

Sudah ramai orang tahu Islam itu tidak menganjurkan keganasan. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir orang yang berpendapat Islam itu perlu ditegakkan secara kekerasan.

pc games

pc games

Malah, ada orang yang menafsirkan hadith yang terdapat di dalam hadith 40 seperti berikut “aku diarahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap dua kalimah shahadah” sebagai hadith dan bukti menghalalkan keganasan. Benarkah begitu? Adakah ini yang difahami oleh sebahagian pendakwah yang menyeru untuk melakukan keganasan??!!

Manakala, mereka bertambah bersemangat apabila Nabi menyebut di dalam hadith tersebut “sesiapa yang melakukan demikian, maka terpelihara darah dan harta-harta mereka”. Mereka, yang merasakan diri mereka di pihak yang benar sangat percaya Islam perlu di tegakkan dengan kekerasan.

Inilah beza orang-orang yang belajar dan orang-orang yang tidak pernah mahu belajar..

joke

joke

irhabiyyun = golongan pengganas

Advertisements

Masteri…


17 November 2008 hingga 6 Disember 2008 adalah tarikh bagi menandakan usangkan blog ini sementara penulisnya menimba ilmu di IPGM Kampus Kent.

More

Hidayah…

Adakah anda rasa gembira apabila melihat kawan anda berubah menjadi orang yang ber’jurus’ atau baik hatinya. Semenjak dia berubah, dia tidak ‘lekang’ di masjid setiap 5 kali waktu solat. Manakala, dia sudah mudah menerima pendapat orang lain. Sedangkan, dari sejak kecil hingga besar, lari dari orang-orang masjid dan agamawan sudah biasa dilakukannya.

Itulah yang berlaku pada seorang saudara yang sangat ku kenali. Perubahannya bukan sahaja menggembirakanku malah satu kampung kami tersenyum melihat perubahannya. Sempat ku menepuk bahunya ketika Solat Subuh berjemaah, beliau berkata :

Pintu taubat masih terbuka luas...

Pintu taubat masih terbuka luas...

“Rasa sudah bosan keliling Bandar, mengambil orang tapi sia-sia. Tiada banyak faedah pun aku dapat. Oleh itu, aku pun suka ke masjid. Sekurang-kurangnya sambil menunggu orang, aku dapat ke masjid bersolat bersama-sama orang ramai. Lagi seronok” katanya jujur.

More

Anugerah Kecemerlangan…

Murid sudah habiskan silibus pembelajaran. Ada yang cemerlang mendapat anugerah. Ada yang sifar ponteng pun mendapat hadiah. Yang cemerlang harap dapat menjadi insan gemilang pada masa akan dating. Bagi yang kurang cemerlang, kebanyakan dari mereka juga akan menjadi orang yang penting selagimana mereka tahu kelebihan mereka. Ada yang akan jadi doktor, usahawan Islam yang berjaya, peguam, guru dan sebagainya.

Insyirah dan Hamizah yang cemerlang. Tahniah!

Insyirah dan Hamizah. Adik beradik yang cemerlang. Tahniah!

Nazrin, 100% subjekku, Bahasa Arab

Nazrin, 100% subjekku, Bahasa Arab

Hamizah, pembaca sejati. Buku aturcara pun jadilah!

Hamizah, pembaca sejati. Buku aturcara pun jadilah!

Saya doakan murid-murid yang mendapat anugerah hari ini mendapat anugerah yang paling besar pada mata masyarakat akan datang. Bukan sekadar cemerlang tetapi berguna dan menjadi aset yang paling bernilai di bumi ini. Selain cemerlang, ketaqwaan kepada Allah menjadi aset paling hebat perlu dimiliki bagi seorang yang bernama Muslim dan ianya tidak dinilai melalui warna kulit, bangsa tetapi sesiapa yang berusaha mendapatkannya, ia pasti memiliki sifat taqwa tersebut.

AT – Azan…

oleh : Habibul Izzah

Ummi…Ummi, tolong ajarkan abang azan. Abang kena masuk pertandingan azan di sekolah, kata Faiz. Ok, cuba abang azan sekali Ummi nak dengar? Faiz pun mula mengalunkan azan,

Inilah antara syiar agama Islam...

Inilah antara syi'ar agama Islam...

More