Travel…

whats time

whats time

Sudah lama tidak mengembara. Mungkin kerana kekangan masa dan kesibukan kerja? Mungkin juga.

Perjalanan jauh selama 7 jam memang memenatkan. Rekod paling lama ialah 2 hari di dalam bas Euroline ketika pengembaraan dari Morocco ke Perancis. Ketika itu, tulang punggung seolah-olah sudah patah dek terlalu lama duduk dan tidur di dalam bas tersebut.

Jika anda mampu, mengembaralah. Tetapi pastikan lokasinya mengikut kronologi ;

Mekah / Madinah

Lokasi lain

Mekah / Madinah adalah untuk anda mengerjakan umrah dan haji. Jika anda mampu, lakukannya terlebih dahulu kerana ia sudah satu kewajipan. Kemudian, pergilah lokasi yang lain.

Anda tidak setuju? Itu hanya pandangan saya setelah belajar sedikit sebanyak tentang Fiqh Awlawiyyat.

Wallahua’lam

Kursus Haji..

Kelmarin, Kursus Haji Bersiri bermula. Kursus Haji memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Apatah lagi jika penceramah atau pengkursus haji dapat menarik minat para bakal jemaah di dalam menyampaikan bab atau perkara-perkara yang berkaitan fardhu haji.

Walaubagaimanapun, hari ini sekadar berkenalan dengan para pengkursus haji dan meneliti jadual yang telah di rancang agar kursus ini akan berlangsung dengan jayanya.

Sempat menarik minat para bakal jemaah dengan menceritakan pengalaman bertemu dengan 2 perkara :

a) Salah seorang isteri tidak tahu setiap perjalanan ibadat haji ketika berada di Makkah hanya berpunca di halang oleh suaminya dari menghadiri kursus haji di Malaysia.

b) Mengetahui akan adab di Tanah Suci. Walaubagaimanapun, ada yang kurang cerdik dan tidak peka iaitu ada di kalangan jemaah haji yang menarik ibunya dengan menggunakan tali yang diikat pada lehernya ketika tawaf. Akhirnya, ibunya hanya mengikut anaknya bertawaf dengan penuh seksa!

Kesimpulan, para bakal jemaah haji di ingatkan agar sentiasa berkobar-kobar menghadiri kursus haji dan mengaut sebanyak-banyaknya mutiara ilmu di dalam kursus yang telah di rancang.

Sempat memberi tips kepada para bakal jemaah :

a) Kurangkan mengambil tahu cerita-cerita aneh dan pelik ketika di Tanah Suci. Beri tumpuan kursus dan mempelajari semua ilmu ibadat haji bersama pengkursus haji yang di pertanggungjawabkan

b) Buang rasa ego, angkuh, bongkak dan segala sifat mazmumah yang terdapat di dalam diri masing-masing.