Anugerah Kecemerlangan…

Murid sudah habiskan silibus pembelajaran. Ada yang cemerlang mendapat anugerah. Ada yang sifar ponteng pun mendapat hadiah. Yang cemerlang harap dapat menjadi insan gemilang pada masa akan dating. Bagi yang kurang cemerlang, kebanyakan dari mereka juga akan menjadi orang yang penting selagimana mereka tahu kelebihan mereka. Ada yang akan jadi doktor, usahawan Islam yang berjaya, peguam, guru dan sebagainya.

Insyirah dan Hamizah yang cemerlang. Tahniah!

Insyirah dan Hamizah. Adik beradik yang cemerlang. Tahniah!

Nazrin, 100% subjekku, Bahasa Arab

Nazrin, 100% subjekku, Bahasa Arab

Hamizah, pembaca sejati. Buku aturcara pun jadilah!

Hamizah, pembaca sejati. Buku aturcara pun jadilah!

Saya doakan murid-murid yang mendapat anugerah hari ini mendapat anugerah yang paling besar pada mata masyarakat akan datang. Bukan sekadar cemerlang tetapi berguna dan menjadi aset yang paling bernilai di bumi ini. Selain cemerlang, ketaqwaan kepada Allah menjadi aset paling hebat perlu dimiliki bagi seorang yang bernama Muslim dan ianya tidak dinilai melalui warna kulit, bangsa tetapi sesiapa yang berusaha mendapatkannya, ia pasti memiliki sifat taqwa tersebut.

KBS 4

Hari ini KBS (Kem Bestari Solat) yang keempat dilaksanakan di sekolah. Alhamdulillah, murid-murid memang berminat mengenai solat. Faktor utama ialah perlakuan solat itu sendiri. Murid-murid suka melakukan pergerakan.

hafawati seronok bernasyid

hafawati seronok bernasyid

Ada juga yang masih terlalu lemah kerana tiada pendedahan seperti ketiadaan pendidikan agama di sekolah rendah agama mahupun ibubapa mereka tidak melakukannya.

hero kanak-kanak tahun satu SKPD

GANANG, hero kanak-kanak tahun satu SKPD

ummi, najwa dan masyitah berposing sakan

ummi, najwa dan masyitah berposing sakan

Alhamdulillah, makanan yang disediakan pun makin baik setelah lama ditegur dan dikomen.

Guruku..

Aku bersua dengan guru lamaku ketika di SK dulu. Dia duduk di hadapan meja aku kerana mengganti guru Bahasa Inggeris yang bersalin.

“Teacher kenal tak saya? Saya dulu sempat bersama teacher di sini..”

“Yakah, siapa kamu?”

“Saya dulu memakai songkok masa di SK, wakil hafazan 3 tahun berturut-turut”

“Ooo.. ya ya saya ingat, kamu wakil hafazan dulu. Wah, ada harapan la sekolah kita johan kalau kamu latih budak hafazan”

Terkejut aku seorang guru berbangsa cina yang beragama Buddha memberi harapan untuk membawa kegemilangan sekolah ini di dalam bidang hafazan AlQuran.

Sekolah aku makin maju dengan pelancaran web..