Kuliah Tauhid…

Minhajul Muslim

Minhajul Muslim

Alhamdulillah, kuliah Tauhid baru bermula seperti berikut :

 

Tempat : Masjid UMS, WP Labuan

Hari       : Setiap Sabtu, selepas Solat Maghrib

Kitab     : Minhajul Muslim (Bahagian Akidah)

Kuliah juga boleh dilayari dalam blog yang sudah disediakan disini.

Wallahua’lam

Advertisements

Was-Was

Confuse

Confuse

Allahuakbar..” takbir seorang jemaah. Kemudian dia menurunkan lagi tangannya. Hampir 5 kali takbir yang dilafaznya. Rasanya 4 takbir yang lalu ‘belum masuk niat’.

 

Inilah antara yang selalu kita lihat dimasjid-masjid. Itu was-was di dalam solat yang kita biasa lihat. Malangnya, ada was-wasnya yang lebih merbahaya iaitu was-was kita terhadap akidah yang kita yakini selama ini.

 

Di dalam fatwa Islam Online ada soalan cara-cara untuk mengatasi penyakit was-was yang merbahaya ini. Sempat meringkaskan jawapan dari Dr. Mutawalli Mansur dalam ruangan tersebut seperti berikut :

 

1. Jika ia sedang berada di dalam benak fikiran anda, hentilah terus berfikir demikian. Ini kerana ada hadith Rasulullah “Manusia itu akan sentiasa bertanya itu dan ini sehingga dia berkata “semua makhluk adalah ciptaan Allah, siapa pula yang menjadikan Allah”, maka katakanlah “AAMANTU BILLAH” yakni “Aku beriman kepada Allah” [Riwayat Muslim]

2. Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah agar dihindarkan penyakit ini. Antaranya banyakkan membaca Surah AnNas dan berzikir kerana ia memberi ketenangan kepada jiwa.

3. Menyibukkan diri dengan amalan kebajikan seperti ziarah, membaca, membuat kajian, eksprimen dan lain-lain untuk mengalihkan perhatian daripada berfikir yang bukan-bukan.

4. Sering berada di dalam golongan orang-orang yang soleh. Ada satu hadith “Seseorang itu boleh diketahui (elok) agamanya menerusi temannya, maka kau lihatlah siapa temannya” [Riwayat AtTirmidzi dan Abu Dawud]

 

Wallahua’lam.

Teks penuh di dalam bahasa arab.

Bagaimana mengajar anak berdoa?

terjemahan oleh : mesrarakyat

 

muslim children...

muslim children...

Kanak-kanak yang berusia tiga dan empat tahun hendaklah diperdengarkan doa pagi dan petang seperti doa makan, minum dan sebagainya. Manakala, ianya perlu dilatih agar ikatannya terhadap Allah Ta’ala kukuh dan jiwanya suci dan dan terselamat dari menyimpang ke jalan yang salah.

 

Saya pernah berjumpa dengan keluarga (yang mempunya i seorang anak yang suka berdoa). Ketika itu anaknya tergesa-gesa pulang dari satu tempat pergi mendapatkan keluarganya lalu bertanya dengan gembira “Apakah doanya apabila kita sampai di tempat-tempat yang asing?”

Apa yang dimaksudkan oleh kanak-kanak tersebut sama seperti hadith Rasulullah : Khaulah binti Hakim berkata bahawa “aku mendengar Rasulullah bersabda : Apabila kamu tiba di satu tempat (yang asing), hendaklah kamu membaca doa ini :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Maksudnya : Aku berlindung kepada ALlah dari segala kejahatan.

“Kemudian dia tidak akan mendapat mudharat sehinggalah kejahatan tadi berlalu dari tempat tersebut.”

 

Apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut menunjukkan betapa rapat dan kukuhkan ikatannya terhadap ALlah Ta’ala sehingga dia akan sanggup berulang mendapatkan ibubapanya bagi menanyakan doa-doa di tempat yang tertentu mahupun masa-masa tertentu.

 

Kemudian, terdapat juga seorang anak yang berusia 4tahun dengan pakaian barunya ingin menyarungkan pakaiannya. Maka, emaknya bersedia untuk memberikan pertolongan untuk menyarung pakaiannya. Akan tetapi, anaknya berkata “Biarkan aku sendiri yang memakainya sambil membaca doa memakai pakaian”. Ibunya terkejut kerana tidak menyangka anaknya pandai dan hafal doa memakai pakaian.

 

Sumber : Laman web “ANA MUSLIM”

 

“Ayah, tak baca bismillah pun” seorang anak menegur.

“Ala.. ayah baca dalam hati daaa..” kata ayah elak malu.

Inilah yang kita selalu buat.