Berjaya

الحمدلله

Kata itu kota. Ya! ebook percuma buat kali pertama sudah berjaya dihasilkan.

Ebook percuma yang bertajuk “Diari Mesrarakyat 2007” iaitu hasil tulisan saya semenjak menulis blog pada tahun 2004. Cuma, baru berjaya mengumpulkan entri sepanjang tahun 2007.

Alhamdulillah! Boleh download dibawah. Tidak berbayar dan tiada iklan. Teruskan membaca!

Diari Mesrarakyat 2007

Inovasi…

kitabah = penulisan

Blog dikemaskini lagi. Ada page baru di atas. Ku beri nama CERITERA. Ia berkaitan kisah yang ku karang berdasarkan kuliah-kuliah yang lalu.

Ia usaha untuk melahirkan karya original dari blog mesrarakyat.

Masih lagi ‘degil’ untuk membuat/mencipta/membeli hosting sendiri, walaupun sudah hampir-hampir ‘terbeli’. Ini mungkin memandangkan saya masih lagi memperbaiki kekerapan menulis entri di dalam blog.

Nasyid lagi…

Bagaimana memasukkan klip YouTube di dalam blog? (wordpress & blogger)

WORPRESS :

1- Klik ikon Add Video (dalam Add New Post)

2- Klik From URL, dan Copy alamat web klip youtube (contohnya : http://www.youtube.com/watch?v=KP9p02RzuNc ) yang anda pilih.

3- Klik Insert into Post.

Bagi BLOGGER pula, lihat klip ini :

Ada apa dengan ikan

funny...

Baru-baru ini sempat memancing. Bukanlah mahir seperti pengail yang lain.
Cuma suka belajar perkara-perkara yang baru dan bermanfaat.

“Buang masa la memancing!”
“Hobi yang tak menarik!”

Itulah antara kata-kata manusia yang kontra kepada aktiviti ini.Sedangkan ada beberapa manfaat untuk kita sebagai hamba Allah memerhatikan beberapa faedah tentang ikan.

Cuba kita lihat sejenak kekerapan perkataan ikan yang disebut di dalam kitab AlQuran. Ada tiga tempat disebut berkenaan tentang ikan. Di dalam Surah AlKahfi ayat 63, AsSoffat 142 dan AlQalam 48.

Mari kita buka terjemahan AlQuran ketiga-tiga ayat agar kita faham maksud dan cerita firman Allah.

1. Surah Alkahfi ayat 63 :

“Temannya berkata: “Tahukah apa Yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? sebenarnya Aku lupakan hal IKAN itu; dan tiadalah Yang menyebabkan Aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, Dengan cara yang menakjubkan”.

Ianya tentang kisah Nabi Musa AS yang ingin menjejaki Nabi Khidir. Iaitu Nabi Musa AS diwahyukan dapat menjejaki Nabi Khidir AS apabila mendapati ikan yang dibawanya masuk ke dalam lautan.

2. Surah AsSoffat ayat 142

“Setelah itu ia ditelan oleh IKAN besar, sedang ia dalam keadaan tercela (kerana meninggalkan kaumnya)”.

3. Surah AlQalam ayat 48

“Maka Bersabarlah (Wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah Engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh IKAN. (ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut IKAN”.

Dua ayat di atas menceritakan tentang Nabi Yunus AS yang ditelan oleh Ikan Nun (ikan paus).

Dengan glosari perkataan ikan ini sahaja kita sudah dapat menimba ilmu yang luas samada dari segi adab, akhlak, sejarah dan pelbagai ilmu. Betapa luasnya ilmu Allah Ta’ala.

“Bagaimana ustaz boleh cari perkataan ikan dalam bahasa arab sedangkan kami tak jumpa?”

“dalam bahasa arab, ada beberapa perkataan yang bermakna ikan. Orang Malaysia popular dengan kalimah SAMAKUN = سمك , manakala, kalimah yang kedua ialah HUUTUN = حوت , kalimah inilah yang yang ditemui di dalam AlQuran”.

Di dalam kamus AlMu’jam Al’Arabil Muyassar, kalimah ‘huutun’ ada dua makna :
1- ikan kecil atau ikan besar.
2- ikan paus

* Orang Maghribi biasanya menggunakan kalimah ‘huut‘ dan bukannya ‘samak‘ dalam dialek mereka seharian.

Wallahua’lam

Masalah wordpress

1-
Sedang berusaha menyiapkan sebuah ebook. Cuma, terpaksa membatalkan hasrat ingin menterjemah sebuah karya Syeikh ‘Atiah Salim dalam tajuk tanggungjawab berjiran. Ini kerana kesukaran memahami bahasanya, apatah lagi ingin isi kandungannya terlalu tebal.

Cuba mencari buku yang nipis untuk diterjemahkan menjadi ebook. Sekadar untuk percubaan diedarkan secara percuma di dalam blog ini.

2-
Masalah di wordpress pula tulisannya tidak ‘justify’ iaitu sekata dihujungnya. Sedang mengubahsuai CSS editor untuk mengubah kepada ‘justify’ agar cantik dan menarik.

Biasanya menggunakan fungsi ‘justify’ di word. Cuma, kadangkala boleh berubah saiz tulisannya menjadi tidak sekata dengan entri yang lain.

Lagipun, yang paling mengharukan ialah apabila ingin mengubah CSS editornya, ia meminta bayaran. Masih tidak berbaloi untuk membayar hanya untuk mengubah ‘justify’semata-mata. Lagipun ini bukanlah blog yang hebat seperti blog Zaharudin, SaifulIslam, Zahazan dan sebagainya. Hanya sekadar matlamat asalnya INGIN BELAJAR MENULIS.

apo nak dikato!

3-
Celcom broadband tidak dapat mencapai kelajuan 3.6mbp/s. Itulah hakikatnya. Walaupun alatnya boleh mencecah 7.2mbps kononnya, tetapi Celcom boleh mencecah 3.6mbp/s.

Mungkin ia lebih baik dari broadband yang lain kerana ada plan yang tidak memerlukan kontrak dan kita boleh tamatkan bila-bila masa. Itulah kelebihannya.

Kelajuan? Paling laju selama digunakan mencecah 200 kbp/s bukan mbp/s!

Sedang memikirkan untuk merubah broadband samada WiMax (potong!) atau digi dalam masa terdekat. P1W1max tiada lagi coverage di WP Labuan.

Previous Older Entries