Cita-Cita…

Children of heaven...

Children of heaven...

Cuba kamu pilih cita-cita yang tertera pada papan putih.

1.tentera 2.guru 3.polis

Maka, ramailah yang memilih polis dan tentera. 5 orang memilih profesion keguruan. Ada harapan untuk melihat anak bangsa ingin bangunkan generasi yang seterusnya. Terus menyapa Nazatul :

More

AT – Allah Sayangkan Kita 2…

“Ibu…kenapa Allah sayangkan kita?”

“Sebab Allah yang jadikan kita”

“Kenapa Allah jadikan kita bu?”

Allah Maha Pencipta

Allah Maha Pencipta

More

AT – Allah Sayangkan Kita…

“Kenapa adik demam ibu?”

“Allah yang beri adik demam.”

“Kenapa Allah bagi adik demam?”

“Sebab Allah sayangkan adik.”

“Sebab apa Allah sayangkan adik, kemudian Allah bagi adik demam?”

“Bila adik demam, adik akan ingat Allah.”

“Bila adik ingat Allah, Allah juga akan ingatkan adik.”

demam...

demam...

“Tunggu sekejap ya adik, ibu suapkan ubat.”

Kenapa adik kena makan ubat bu?”

“Sebab Allah suruh kita usaha untuk sihat, makan ubat adalah satu usaha untuk sihat. Bila badan adik sihat barulah adik kuat nak bekerja, nak belajar,nak bermain dan nak buat semua perkara.”

“Oooo kalau adik makan ubat adik akan sihat.”

“Insya Allah dengan izin Allah adik akan sihat, tapi kadang-kadang kalau makan ubat pun badan tak sihat juga.”

“Habis tu ibu bagaimana badan kita boleh sihat?”

“Berdoalah kepada Allah disamping berusaha dengan makan ubat”

“Betulkah dengan berdoa dan makan ubat adik boleh sihat?”

“Insya Allah kalau kita yakin Allah sayangkan kita!”

oleh : Izzah Ahmad

AT – Adilkah?

Si kecil kini

Meniti lorong suram

Mencari setitik cahaya panduan

Moga terbit neon pedoman

Seharian lalui pilu,

Meratap syahdu dalam bait tangis

Teriak batin bergejolak jiwa

Lara merobek sukma….

indahnya ciptaan Tuhan..

indahnya ciptaan Tuhan..

Si kecil terus meniti gelap malam

Berlari kecil di awan nan kelabu

Namun tak sekali berputus harap

Moga pelangi muncul di akhirnya

Diraih gerimis

di sambut bagaikan pelangi

bahagia seketika walau…

di sedari dunia seakan mendengus…

adilkah dunia?

Mengejek perih..

Si kecil yang mencari kebenaran

Secebis sinar harapan…

Dek sebuah kehancuran

Pembinasaan sepasang tangan bergelar insan

Kau yang menghapuskan

Kau jua yang merosakkan

Erm…patutkah dia ditertawakan?

Sedangkan dia mencari haluan

Sebuah kebenaran

Adilkah?

kau merosakkan

Namun!

org lain mencari pemulihan.

Adilkah?

Qurratul ‘Ain, Kenitra, Morocco…

Syurga dan Neraka…

Tambah maklumat anda dengan Syurga dan Neraka...

Tambah maklumat anda dengan Syurga dan Neraka...

Ketika membahaskan pengertian ringkas Surah Al-Fatihah dari ayat 1 hingga ayat 4, saya mendapat pengalaman yang menyeronokkan. Ianya hanya faktor sumbang saran yang positif dari murid-murid. Setelah puas mengulang-ulang bacaan Surah Al-Fatihah, pengertiannya tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Apatah lagi ia merupakan silibus tetap. Hehe..

“Tuhan yang memiliki Hari Pembalasan” jelasku..

“Kamu tahu Hari Pembalasan?” lantang ku bersuara.

Semua terdiam.

“Kamu tahu Hari Kiamat?” soalan ku tukar sedikit walaupun sama.

”Tahu..!!” jerit murid 1 Ikhlas.

”Orang yang baik masuk..”

”Syurga!!” balas murid spontan.

”Orang yang jahat..??

”Masuk Neraka..!!” mereka masih boleh menjawab.

Kemudian, saya terus menceritakan seronoknya orang yang menjadi ahli syurga. Dan betapa deritanya menjadi ahli neraka. Tidak lupa ku sajikan mereka bahawa ahli syurga bakal menjamu selera dengan makanan idaman dan permintaan mereka. Akan tetapi, malang bagi ahli neraka yang bakal menjamu makanan mereka dengan buah yang berduri, minuman air yang mendidih, air berupa nanah yang busuk dan sebagainya.

Tiba-tiba seorang murid mencelah. Kelas menjadi diam.

Masri bertanya ”Ustaz sudah sampai Syurga kan?”

Terkejut aku soalan budak cilik ini walaupun kedudukan tahun 1 Ikhlas ini paling belakang dalam status cekapnya.

”Ustaz pun belum pergi. Ustaz tau sebab ustaz pandai baca AlQuran!” jawabku sejujurnya.

”Kalau kamu pandai baca Al-Quran. Baru kamu tahu cerita best-best!. Mahu??” soalku secara bermotivasi agar murid-murid yang baca ’reti’ membaca Al-Fatihah dapat menambah minat terhadap Al-Quran.

”Mahu!!” jerit Fikri. Salah seorang murid yang paling nyaring suaranya.

Sebagai penutup, ku soal lagi murid-muridku;

”Kamu mahu jadi orang yang baik atau jadi orang jahat?”

”Orang baik!!” jerit mereka spontan.

”Kalau orang baik, ustaz bercakap kamu kena deeee…??

”..ngar!!!” sambung murid pantas.

Tiada hari yang terindah bagiku melainkan setelah dapat memberikan pengajaran atau pendidikan agama kepada anak kecil secara tidak langsung. Masih dengan cara yang sama;

  1. Bercerita – cerita mestilah kita hayati dan menyelami kisah tersebut. Bercerita dengan anak kecil memerlukan anda seperti budak-budak bercerita. Rasanya anda tahu cuma malu dengan gaya begitu apatah lagi jika anda seorang yang ego!

  1. Melukis – sudah menjadi resam ku bercerita sambil melukis kerana budak kecil suka melihat gurunya hebat. Terutama di dalam bidang lukisan kerana anak kecil memang nalurinya suka melukis.

  1. Aktiviti bergerak – selalu juga kelas ku seperti kelas senaman. 5 minit terakhir kadangkala ku buat gerakan atau lagu nasyid yang memerlukan gaya sehingga melompat. Itu semata-mata untuk pendidikan.

Nikmatilah memberi pendidikan kepada anak kecil..

Persoalan Puasa Enam…

Berikut adalah soalan yang biasa dikemukakan ;

nikmat berbuka puasa..

nikmat berbuka puasa..

1. Yang mana afdol (utama) puasa sunat 6 hari dilakukan secara berturut-turut atau secara terputus?

2. Adakah dilaksanakan sebelum qadha puasa Ramadhan?

3. Menggabungkan puasa enam dan puasa Qadha..?

Semua persoalan di atas terjawab apabila anda membaca karangan Dr. Abd Basit. Klik di sini.

Puasa 6 Hari di Bulan Syawal..

Ada perkara yang penting dapat ana salinkan di sini dari salah satu web sunnah :

Hadith puasa 6 hari di bulan Syawal

Hadith puasa 6 hari di bulan Syawal

Apakah Puasa Syawal Harus Berurutan dan Dilakukan di Awal Ramadhan ?

Imam Nawawi dalam Syarh Muslim, 8/56 mengatakan,

“Para ulama madzhab Syafi’i mengatakan bahwa paling afdhol (utama) melakukan puasa syawal secara berturut-turut (sehari) setelah shalat ‘Idul Fithri. Namun jika tidak berurutan atau diakhirkan hingga akhir Syawal maka seseorang tetap mendapatkan keutamaan puasa syawal setelah sebelumnya melakukan puasa Ramadhan.”

Oleh karena itu, boleh saja seseorang berpuasa syawal tiga hari setelah Idul Fithri misalnya, baik secara berturut-turut ataupun tidak, karena dalam hal ini ada kelonggaran. Namun, apabila seseorang berpuasa syawal hingga keluar waktu (bulan Syawal) karena bermalas-malasan maka dia tidak akan mendapatkan ganjaran puasa syawal.

Catatan: Apabila seseorang memiliki udzur (halangan) seperti sakit, dalam keadaan nifas, sebagai musafir, sehingga tidak berpuasa enam hari di bulan syawal, maka boleh orang seperti ini meng-qodho’ (mengganti) puasa syawal tersebut di bulan Dzulqo’dah. Hal ini tidaklah mengapa. (Lihat Syarh Riyadhus Sholihin, 3/466)

Sumber asal di sini.