Oumar Kanoute..

BIO : Kanoute, 09-02-1977, Lyon, France

Berita dah keluar pada 13 Disember 2007 di akhbar al-Arabiya tetapi saya baru terbaca baru-baru ini di dalam akhbar yang lain. Ini juga antara berita yang tersembunyi dari akhbar-akhbar yang tidak suka dengan berita dakwah para selebriti muslim.

Kanoute dilaporkan telah melaburkan $0.7 juta (lebih kurang RM 2.5 juta) untuk menyelamatkan salah sebuah masjid dari di tutup di Sevilla. Di dalam sumber berita lain melaporkan masjid tersebut ialah Masjid atTawheed, Sevilla.

Kanoute, salah seorang pemain utama Sevilla FC juga merupakan antara penyumbang dana kepada anak-anak yatim Mali.

Siapa boleh baca latin, boleh rujuk berita di el-pais.

Advertisements

Renungkanlah..

Tiba-tiba teringat pada sahabat di Arab Saudi. Ketika itu, saya bersama sahabat di bawa oleh Fahd ke Nafura (salah sebuah tempat air pancut) , Jeddah. Alhamdulillah, Fahd seorang sahabat yang baik, malah baru sahaja berkahwin dengan orang Indonesia berketurunan Jawa. Dia amat memuji adab dan kesopanan budaya ketimuran kita.

 

 

Saya sempat mengambil gambar beliau (berbaju batik Jawa) menggunakan K600i brand Sony Ericsson. Walaupun kurang jelas, tetapi ini sahaja kenangan yang sempat saya rakamkan. Jika beliau datang ke Malaysia, saya pasti akan memuliakannya seperti budaya orang Arab memuliakan tetamu yang telah lama bersemi di dalam diri mereka dan ia juga merupakan anjuran Rasulullah Sallahu’alahiwasallam berbuat demikian.

 

 

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَه
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, berkata baiklah atau diam, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah memuliakan jirannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, muliakanlah tetamunya [Riwayat Muslim no 67]

ُ

 

 

fahd.jpg

Sempat beliau memutarkan lagu kaset yang diberi oleh isteri beliau sebagai kenangan di Arab Saudi (isteri beliau masih di Indonesia). Berikut saya salin senikatanya pada laman blog Mukhtar Suhaili. Syukran Ya Akhi..

 

Renungkanlah

 

Rasa cinta pasti ada

Pada makhluk yang bernyawa

Sejak lama sampai kini

Tetap suci dan abadi

Takkan hilang selamanya

Sampai datang akhir masa

Renungkanlah

 

Perasaan insan sama

Ingin mencinta dan dicinta

Bukan ciptaan manusia

Tapi takdir yang kuasa

Janganlah kita mungkiri

Segala yang Tuhan beri

Tudung..

Rekaan Tudung di Kanada

26 Januari 2008, Web Islam Online.

rekaan tudung khas buat wanita yang bersukan

Seorang jurutera di Ottawa (24 tahun) menyatakan bahawa golongan muslimat yang berada di Kanada (atau negara Barat lain) memerlukannya agar mereka juga dapat menyertai pelbagai aktiviti yang disertai oleh masyarakat tempatan tanpa ada sebarang halangan.

Berita asal di dalam Bahasa Arab boleh di baca di sini.

Azam 1429

Bagaimana menghadapi tahun baru hijriah 1429?

Saya cuba manfaatkan web islam online untuk menterjemahkan secara ringkas rancangan dan azam kita sempena kedatangan tahun baru hijriah 1429.

  1. Tambah nilai diri anda. Ini lebih bermakna dari anda mengorek segala rahsia rakan yang lain yang sepatutnya kita serahkan sahaja kepada Allah. Luangkan masa menampung segala kekurangan diri
  2. Tanyalah diri “apakah matlamat hidupku”?
  3. Hidupkan harimu setiap hari. Katakanlah “apa yang aku lakukan pada hari ini?”
  4. Hari yang lalu berfaedah untuk dijadikan pengajaran. Hidup ini adalah sejenis dari eksperimen. Kesalahan yang lalu tidak akan berulang jika kita memperbaikinya lagi.
  5. Jangan lupa bekalan anda. 4 bekalan yang penting ialah kerohanian ditingkatkan dengan ibadat dan istiqomah, diri dengan pembersihan diri (tazkiyah), akal digunakan untuk berfikir dan mengkaji dan badan dimanfaatkan dengan senaman dan latihan-latihan.
  6. Utamakan perkara yang penting dan tidak menghiraukan perkara yang remeh
  7. Berikan makanan minda kepada akal anda dengan cara membaca dan mengkaji. Sibukkan diri dengan mengingati Allah dan jangan jadikan akal anda seperti rumah yang usang (tidak mengingati Allah).
  8. Murahkan diri anda dengan senyuman tanda anda selalu yakin
  9. Jagalah matlamat akhirat, insyaAllah matlamat dunia anda terjaga.
  10. Fikirlah selalu untuk menjadi yang terbaik.
  11. Biasakan diri dengan melakukan pengorbanan.
  12. Jika anda sedang berada di dalam jalan menuju kejayaan nescaya Allah sering memudahkan jalan untuk anda.

Web asal di sini.

Luruskan Saf..

“Luruskan saufff…” Kedengaran imam ingin memulakan solat.

Pelik. Sepanjang pengajian di dalam ilmu agama dan arab, barisan ialah saf. Saf pula berasal dari bahasa arab, kata jamaknya ialah sufuf. Bagaimanakah lahir perkataan “sauf?”

Yang mudahnya, LURUSKAN SAF. Perkara ini nampak kecil tetapi kesilapan dari segi bahasa arab membawa makna tidak seperti yang diharapkan.

Saf = Barisan

Suf = Kain bulu

Suffah = Ahli Suffah

Saya berpendapat sebahagian imam tersilap dengar berdasarkan hadith yang sahih iaitu :

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ , فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

“Luruskan saf/barisan, sesungguhnya lurusnya saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat”

Perkataan yang digunakan ialah SAWWU.. tetapi oleh kerana tersilap dengar, maka sebahagian imam mengatakan SAWWUFFF…

Cadangan saya, eloklah gunakan bahasa melayu kerana anda yakin anda faham apa yang anda tuturkan. Jika anda ingin juga menuturkan bahasa arab, sila semak dengan orang yang berilmu di dalam bahasa arab.

Wallahua’lam..

Hijrah..

FATWA HIJRAH

Terjemahan : laman web islam online.

Soalan:

Kami ingin tahu segala fatwa yang boleh di jadikan sumber pada tahun hijrah dari segi hukum hakamnya, hukum hijrah ke negara Barat atau berhijrah ke negara yang sedang berjihad

Jawapan:

Mufti: (Dr. Muhammad Abdul Latif AlBanna)

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya pelbagai fatwa yang terdapat di dalam Bank Fatwa (web islam online) berdasarkan hijrah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Walau bagaimanapun, saya ingin memberi panduan kepada pembaca segala fatwa yang berkaitan untuk di jadikan glosari pembacaan hijrah yang berfaedah. Iaitu:

1- Tarikh Hijrah dan Jenis

a) Tarikh Hijrah

b) Jenis Hijrah

2- Fatwa Hijrah dan Hukum Hakam

a) Hijrah Nabi dan Hijrah Rasul

b) Hukum Mengucap Tahniah

c) Puasa Pada Akhir Tahun Hijrah

d) Tahniah Sempena Tahun Baru

e) Meraikan Tahun Baru Hijrah

f) Penggunaan Tahun Baru Hijrah

g) Bai’ah ke atas Islam dan Hijrah

h) Sirah Nabi dan Sumber Perundangan

3- Mukjizat Hijrah

a) Mukjizat Hissiah pada Hijrah Rasul

4- Hijrah Mengharapkan Rezeki

a) Hukum Hijrah Mencari Rezeki

b) Hijrah dari Negeri Bukan Islam

c) Panduan Melancong ke Negara Barat

d) Tatacara Musafir di Negara Barat

e) Hijrah ke tempat Muslim atau tempat Aman?

f) Pengangguran

h) Syarat Bermukim di Negara Barat

i) Kebaikan dan Keburukan Hijrah Pada Pendidikan Anak-Anak

5- Hijrah Demi Berjihad

a) Makna ‘Dar Islam’ dan ‘Dar AlHarb’

b) Hijrah ke Iraq Melawan Musuh

6- Hijrah Dari Tempat Jihad

a) Hijrah Penduduk Palestin Mencari Kehidupan

b) Melarikan Diri dari Iraq Takut Penganiyaan Amerika

4- Muhasabah Tahunan

a) Muhasabah Tahun Lalu

b) Tahun Baru, Perjanjian Baru Terhadap Allah.

Semoga dengan kedatangan tahun yang baru semoga lembaran amalan kebaikan kita menjadi saksi, dan semoga diterima oleh Allah.

Wallahua’lam

(sila rujuk sumber arab di sini)

 

Sayangnya, saya belum mampu terjemah setiap isi di atas. Walaupun begitu, ianya amat bermanfaat sesiapa yang berminat untuk membuat tesis tajuk hijrah.

Homework Awal Dan Akhir..

Sempat ana copy dari laman web Ahkam oleh Syeikh Kamin (panel alAhkam):

Do’a awal dan akhir tahun.


Apabila dilihat mengenai do’a awal dan akhir tahun ini :-


a. Ia menggambarkan seolah-olah do’a ini datang dari hadith Nabi. Contohnya ungkapan seperti do’a Akhir tahun :- Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan,


“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.”


Dan ungkapan do’a Awal tahun – Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan,


“Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”


Jika itu tujuannya; hadith ini tidak ada asalnya. Secara logik pun, penetapan kalendar Islam bahawa Muharram merupakan permulaan tahun hijrah adalah pada zaman Umar ra. Maka dalam matan do’a ini, Syaitan berbicara dengan siapa?


b. Do’a ini juga menetapkan kaifiat.


– Selepas Solat Asar di baca do’a akhir tahun dan bacaan sebanyak 3X

– Selepas Solat Maghrib di baca do’a Awal tahun dan bacaan sebanyak 3X

Didalam Islam, apabila wujudnya elemen ‘cara’ atau kaifiat seperti bila dikehendaki membaca, dan terdapat pula bilangannya, ia menggambarkan sebuah ibadat yang datang bersamanya Nas. Maka jika tidak ada nas sahih, ‘cara’nya tidak perlu rigid. Tidak semestinya kita baca selepas Maghrib. Mungkin kita akan baca selepas Isya’. Bagi mereka yang tidak sempat membacanya pada tanggal 1 Muharram, bolehlah membacanya pada keesokkan harinya. Apakah TIDAK VALID membaca do’a Awal tahun bila-bila masa dalam tahun tersebut?


Bolehkah kita membaca do’a tersebut?

Hukum : BOLEH membaca do’a dengan syarat2 dibawah :-


1. Dengan syarat kita yakini bahawa do’a ini merupakan do’a katergori (e), ia itu do’a buatan manusia, dan ia bukan datang dari Nabi. Statement dari do’a itu bukan hadith. Janji-janji bahawa syaitan tidak akan menggangu manusia tidak pernah wujud, cuma kita sebagai seorang Muslim memohon agar Allah sentiasa melindungi kita dari hasutan Syaitan.

2. Tidak perlu terhad dengan kaifiat baca selepas solat Asar atau Maghrib. Bila-bila sahaja boleh membacanya.

3. Tidak menetapkan berapa jumlah ulangan bacaannya

4. Anggaplah ia sebagai sebuah do’a untuk kita memohon kepada Allah agar ia merupakan satu permulaan tahun yang baik.

Previous Older Entries