Ozil Muslim?

Soalan teka teki pertama :

Siapakah nama pemain bola yang membaca AlQuran sebelum perlawanan?

Jawapan : Mesut Ozil.

Mesut Ozil

Kenyataannya di sini

No, Özil will be reciting the Koran to himself. “It gives me strength,” he has explained. “If I don’t do it before a game it gives me a bad feeling.”

Kita selalu mengaku kita adalah muslim yang sebenar, marah apabila dikatakan kita muslim yang hanya pada nama. Antara rutin harian muslim sejati ialah membaca AlQuran.

Mari membaca AlQuran

Berapa muka surat kita membacanya setiap hari?

Adakah kita bosan membaca AlQuran?

Apa yang kita faham dari AlQuran?

Mengapa kita perlu membaca AlQuran?

Siapa yang sepatutnya membaca AlQuran?

Semua soalan ini adalah soalan muhasabah kepada diri sendiri untuk menjadikan diri kita muslim yang sejati. Segala masalah akan terungkai apabila kita memahami benar-benar isi kandungan AlQuran. Masalah akan selesai jika kita benar-benar kita beramal dengan isi kandungan AlQuran.

“Tok, dalam AlQuran ada tak ilmu matematik?” ujar Ahmad

“Ada, tengok cerita tentang harta pusaka ada Allah sebut tentang 1/4, 1/8, 1/2 dan sebagainya” jawab Tok semangat.

“Tok, ada tak ilmu Sains dalam AlQuran? sambung Ahmad

“Ada! Cerita pasal hujan yang turun dengan lebat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, cerita tentang langit yang boleh ditembusi dengan kemampuan di dalam Surah arRahman, cerita tentang lapisan dalam perut ibu lapisan yang mantap, cerita tentang asal usul manusia dari tanah, kejadian petir, gunung ganang yang fungsinya mengukuhkan kedudukan bumi dan sebagainya. Banyak sangat!” jawab Tok.

“Wah, banyaknya. Soal akhir, kalau dah tahu AlQuran semua ada ilmu segalanya, kenapa ramai yang tak baca?” duga Ahmad.

“Senang sahaja soalan tu. Sebabnya RAMAI ORANG MACAM KAMU ASYIK TANYA JA CARI PUBLISITI BUAT LIPUTAN TENTANG ALQURAN, TAPI BELUM TENTU KAMU AKAN MEMBACA JUGA?!” kias Tok dalam-dalam.

Hehe.. Ahmad tersengih.

Advertisements

Balik kampung tapi…

Tahniah kepada anda yang bertolak ansur untuk pulang ke kampung, sesungguhnya Allah pasti akan memudahkan perjalanan permusafiran anda pulang ke kampung hasil keberkatan anda bertolak ansur kepada pasangan di ambang Syawal.

Tidak kurang yang tidak segan untuk berdampingan dengan keluarga mertua di kampung halaman untuk memperbaiki hubungan dan menggembirakan pasangannya, Allah pasti memberkati sifat-sifat yang mahmudah ini kerana mereka arif dan faham tentang silaturrahim yang disebutkan samada di dalam AlQuran dan AlHadith.

Beberapa hari sebelum Syawal…

Sudah ramai orang pulang ke kampung, sudah ramai orang yang berpusu-pusu keluar dari kota menuju ke kampung halaman dengan harapan yang pelbagai. Tetapi tahukah kamu, berapa ramai yang musafir tetapi SOLATnya telah tergadai???

pray to Allah...

Kita semua maklum kesesakan  itu sesuatu benda yang pasti, tetapi apabila berhadapan dengan waktu untuk bersolat, adakah kita berhenti sekejap untuk bersolat? Adakah kita berehat di tempat yang disediakan untuk solat? Adakah kita seorang yang hebat mampu bersolat di mana-mana pun ketika bermusafir? Adakah kita sanggup melakukan solat menghormati waktu dalam keadaan orang ramai yang menyaksikan perlakuan kita? Adakah kita sanggup lakukan solat sewaktu di dalam keadaan atau dalam keadaan duduk?

Soalan-soalan itu ada yang ‘kena’ pada kita. Sepatutnya kita jujur tentang soalan muhasabah seperti yang disebutkan di atas.

Kita selalu sebut solat tiang agama tetapi kita pula yang meninggalkannya ketika musafir ke kampung halaman dengan pelbagai alasan. Antara alasan-alasan yang biasa disebutkan :

– “alah, sekali aje tinggalkan solat” (solat yang dulu confirm ALlah terima ka?)

– “baju kotor la ustaz” (padahal tiada kesan kekotoran).

– “ala terlupa pula (bagi yang buat-buat lupa).

– “takpa nanti sampai rumah qadhak lah..” (stail qadhak)

– “orang ramai la ustaz, malu la” (malu tak bertempat)

– “sampai rumah jamak la! ” (kena jelas tentang soal jawab jamak solat)

dan pelbagai alasan yang kita reka demi melepaskan diri melakukan solat.

Sewaktu tiba di Maghribi, benda yang menarik minat saya ialah muslimat mendirikan solat di padang rumput ketika peperiksaan dijalankan. Sebenarnya sebahagian kita pelik, dimana telekungnya? Sedangkan kita lupa syarat sah solat adalah menutup aurat walaupun muslimat tersebut solat tanpa bertelekung tetapi sempurna syarat sahnya.  

Itupun perkara yang selalu sama-sama kita ingatkan agar bersolatlah dimana-mana anda berada. Yang penting tempat solat anda bersih dan suci dari najis,bukan solat di laluan orang lalu lalang dan sebagainya. (kena beli buku soal remeh temeh tentang solat 1 & 2 sebagai pembacaan tambahan)

jangan malu untuk bersolat...

Akhir kata, janganlah kerana musafir ke kampung halaman kita sanggup MENGGADAIKAN SOLAT. Patutlah Nabi sebut seperti yang diriwayatkan dalam hadith Muslim “Beza antara mukmin dan kafir ialah MENINGGALKAN SOLAT”.

Mudah-mudahan ALlah pilih kita antara orang-orang yang benar-benar sensitif dan berwaspada dengan ancaman Allah dan Baginda tentang solat di dalam AlQuran dan AlHadith.

Wallahu’alam

29 Ramadhan 1431H

Tuduhan si murtad 2

Sebenarnya aku nak tutup jawapan tuduhan-tuduhan tersebut kerana baru perasan klip tersebut sudah terjawab semenjak tahun 2007 lagi! Oleh itu, anda lihatlah sendiri jawapan dari Hj Ayub :

Anda tontonlah siri seterusnya di youtube 🙂

Tuduhan si murtad 1

Lailatul Qadar menjadi penyeri bulan Ramadhan. Beruntunglah kepada orang yang berjaya menghidupkan malam apatah lagi bertepatan dengan malam lailatul qadar. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan bakal bersih dan suci dari segala dosa selepas Ramadhan, insyaAllah…

Macam-macam juga godaan yang datang kepada orang yang berpuasa. Antara yang paling popular ialah resepi 1001 di bazar-bazar, mata yang terdedah dengan aurat yang dipamerkan secara sengaja, hawa nafsu yang jahat yang masih berbaki, perjalanan yang meletihkan, cuaca yang terlalu panas mengundang kehausan yang amat sangat dan sebagainya.

Ada juga yang tidak segan silu memanjangkan (forward) klip-klip video yang meragukan, menggelikan hati, meng’hitam’kan kalbu, menyedihkan jiwa, menggembirakan hati dan sebagainya. Tidak kurang yang mempengaruhi iman dengan bisikan syaitan yang dahsyat seperti klip seorang murtad tentang agama Islam.

Sempat membuat penilaian ringkas serta jawapan kepada tuduhan tersebut di Majid Layangan. Tetapi masa suntuk dan hanya boleh membuat komentar ringkas sahaja. Antara tuduhan si murtad ini ialah:

1. Nabi pun tidak tahu tafsir “ihdinnassirotol mustaqim” sejak dulu

2. Nabi berzina

3. Hajarul Aswad menyerupai kemaluan wanita

4. Licinnya batu-batu lontaran jamrah tanda diterima Tuhan?

5. Dan banyak lagi.

Bagi sesiapa yang mempunyai ilmu yang mantap, sedikitpun tidak terusik jiwanya dengan fitnah begini. Ini kerana lontaran dan fitnah begini hanya boleh mengusik dan mempengaruhi iman-iman yang lemah. Tetapi paling membahayakan apabila klip murtad ini ditonton oleh anak-anak kecil malah turut melayan gelak ketawa si murtad ini tadi. Adakah anda sudah periksa anak-anak anda tentang penyebaran klip ini?

tuduhan semata-mata

Jawapan ringkas akan kita sebutkan satu persatu di blog ini agar jelas dan bersih dari segala syubhat. Mari kita lihat tuduhan yang pertama yang mengatakan bahawa Nabi tidak tahu tafsir ayat dari Surah AlFatihah sejak dari dahulu.

Si murtad mendakwa dari dahulu Nabi hanya membaca “tunjukkan kami jalan yang lurus”, ini membawa maksud nabi pun tidak tahu, jalan yang lurus itu bagaimana bentuknya? apa yang lurusnya?

JAWAPAN : Apabila kita merujuk kepada AlQuran, kita kena bawa sekali sumber perundangan kembarnya iaitu AlHadith. Manakala, kitab-kitab tafsir pun telah mengumpul pendapat-pendapat para sahabat melalui riwayat hadith-hadith yang sahih tentang permasalahan di dalam AlQuran.

Adakah Nabi jahil tentang apa jalan yang lurus. Mari kita rujuk tafsir sejenak :

– Tafsir Ibn Kathir = jalan yang telah jelas lurusnya

– Tafsir AlQurtubi = agama Islam

– Ibn Abbas = jalan yang lurus tidak bengkok iaitu agama Allah (Islam)

– Tafsir AtTobari = jalan ke Syurga (tiada jalan lain melainkan dengan agama Islam)

– Tafsir Zamakhsyari = millatul islam yakni agama Islam

Kesimpulannya, tafsir صراط المستقيم di dalam ayat tersebut merujuk kepada agama Islam. Oleh kerana, si murtad tadi malas mengkaji, maka dia hanya membuat tuduhan melulu sahaja. Tetapi, tuduhan-tuduhan yang diajukan sebenarnya hanya memantapkan lagi iman orang-orang beriman kerana orang-orang mukmin akan terus mendalami AlQuran dengan fahaman yang betul dan benar.

InsyaAllah, kita akan sambung kepada tuduhan dan jawapannya di siri 2.