Mentadak Mentadu

oleh : Habibul Izzah Ahmad

Im hero

"I'm hero"

“Mentadak mentadu, macam mana kakak tidur.” Ha macam nie, kata abang, sambil menelentangkan seekor mentadak yang berada di tangannya.

Ha! Ha! Ha! Ketawa abang dan adik melihat mentadak yang ditangkap mereka terlentang sambil kakinya terangkat ke atas.

Oooo abang dan adik ketawa ya. Sekarang mari kita nyanyi lagu mentadak mentadu dan tengok bagaimana abang tidur pulak, kata kakak pula.

“Mentadak mentadu, macam mana abang tidur”, nyanyi kakak lagi, sambil menelentangkan mentadak yang diambil daripada tangan abangnya.

Ha! Ha! Ha! Lagi teruk abang tidur daripada kakak, ketawa kakak dan adik pula menyaksikan aksi mentadak yang kelihatan terkangkang kakinya apabila dibalikkan badannya dalam keadaan terlentang serta mulut yang ternganga.

Abang…kakak….adik….panggil ummi. Oooo di sini rupanya anak-anak ummi. Buat apa nie, ummi dengar bunyi ketawa bukan main lagi. Apa yang suka sangat nie.

Ni ha ummi kelakarlah mentadak nie, bila kakak dan abang nyanyi lagu “Mentadak mentadu, macam mana abang tidur,” mentadak tu terkangkang dan mulutnya ternganga luas macam abang tidur.

Ohhh main mentadak mentadu rupanya. Bila abang tangkap mentadak nie, soal ummi.

Alah tadi masa abang di padang, mentadak nie duduk di batang pokok mempelam. Abang pun ambil dan bawa balik.

Boleh ummi pinjam sekejap tak mentadak tu? Pinta ummi.

Mmm, tahu tak anak-anak ummi, mentadak nie adalah antara golongan serangga yang lemah, tidak menyerang balas ketika diusik dan tidak mempunyai senjata yang kuat untuk melawan musuhnya. Tidak seperti lebah dan tebuan yang mampu menakutkan manusia dengan sengatan berbisanya.

Oleh sebab itulah, untuk mempertahankan dirinya mentadak bertindak mendiamkan diri sambil membuka kaki dan kepaknya seluas-luasnya serta mengangakan mulutnya, supaya kelihatan lebih besar saiznya sehingga boleh menakutkan musuh-musuh yang cuba menganggunya.

gambar ini di ambil oleh Lawra

gambar ini di ambil oleh Lawra

Cuba anak-anak tengok mentadak nie, kasihan kan dari tadi tak bergerak-gerak kerana takut diketawakan oleh anak-anak ummi. Tahu tak anak-anak bahawa sejak dari tadi lagi mentadak nie asyik berdoa “Ya Allah selamatkanlah aku daripada diapa-apakan oleh anak-anak ini, selamatkanlah aku.” Tengok nie mulut mentadak nie asyik bergerak-gerak berdoa.

Ahalah ummi, kesian pulak kakak tengok mentadak nie, balas Nadiah.

Mmmm kalau kesian suruh abang lepaskan semula mentadak ini ke tempat di mana abang ambil tadi. Mudah-mudahan Allah SWT berikan anak-anak ummi pahala sebab berlaku ihsan kepada makhluk yang lemah seperti mentadak ini.

2 Comments (+add yours?)

  1. Ariffsyah
    Dec 26, 2010 @ 19:31:04

    teringat masa kecik2 pantang nampak mendatadak mesti duk tnya mentadak tu je..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: