Nama..

Asmaul Husna

Asmaul Husna

 

Nama anak mencerminkan peribadi ibu bapa secara tidak langsung. Pemberian nama seperti:

Abdurrahman, Abdurrahim, Muhammad

boleh menggambar seseorang itu insan yang biasa tetapi menitikberatkan saranan Rasulullah untuk meletakkan nama anak yang makna sangat baik dan digalakkan.

 

Manakala, nama seperti :

Nor Qistina, Daniel, Masbudi dan sebagainya

boleh juga menggambarkan seseorang itu cerewet tetapi tidak kena pada caranya.

 

Tetapi ada ramai lagi yang meletakkan nama anaknya tanpa tahu apakah maknanya??!!

Memberi Nama..

Memberi nama anak merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa. Pemilihan nama yang baik adalah selaras dengan sunnah yang telah di tunjukkan Rasulullah. Nama-nama yang paling baik terdiri dari;

a) nama-nama yang mengaitkan kehambaan kepada Allah seperti ABDULLAH, ABDURRAHMAN, ABDURRAHIM

b) nama Rasulullah iaitu Muhammad, para sahabat, para rasul

c) nama yang mempunyai makna yang sangat baik

“Ustaz, cuba lihat makna nama hareez?

“Haris ada iaitu pengawal. Harith pula nama para sahabat nabi. Dan saya galakkan guna nama Huwairith, salah seorang periwayat hadith..”

“terima kasih ustaz..”

Rupa-rupanya dia suka guna HAREEZ kerana sensasi. Bukan dari segi makna, tapi dari segi ejaannya dan penggunaan huruf H yang sesuai nama ibu bapa.

Sampai di Negara arab, mereka mencebik ..

“Kenapa nama orang Malaysia pelik-pelik? Apa maknanya.”

“Subhanallah, nama Yusuf, Azzam.. bagus-bagus nama pelajar Malaysia…”

“APA?!! Ada nama Zulkarnain di Malaysia? Subhanallah.. nama seorang tokoh yang hebat di ceritakan di dalam AlQuran. Kami di Negara arab tiada nama Zulkarnain..”

Sehingga hari ini, saya sudah melabur pahala dengan memberi nama kepada bayi-bayi yang di minta oleh para sahabat, saudara, jiran dan orang yang memerlukan. Antaranya nama RUQAYYAH.