Refleksi 1 Ikhlas..

Hari Jumaat yang lalu, aku merakamkan proses pengajaran dan pembelajaran :

Tajuk : Tanda Kenabian Nabi Muhammad

Objektif : Mengetahui tanda-tanda kenabian Muhammad Sallahu’alahiwasallam

Sebenarnya bagaimana nak tarik minat 1 Ikhlas mendengar tajuk sirah? Mati akal.

“Assalamualaikum..” guru masuk. “Waalaikumussalam ustaz..” rutin murid menjawab.

Selepas membaca doa, murid mula buat bising. Maklumlah, belum tahu apa aktiviti yang dirancang. Di dalam buku, rancangan ingin menggunakan LCD, tetapi terbantut kerana Bilik Tayangan digunakan oleh kelas lain. Ehem..

“Kamu nak dengar cerita?” cuba meneka minat murid. “Nak..” murid yang ambil perhatian menjawab.

“Nak dengar cerita tak?” mencuba lagi. “Nak!!!” murid mula menjawab sama kerana ditegur oleh rakan-rakan yang lain.

Makah

Kesimpulan P&P / Refleksi :

Berjaya mendiamkan murid serta membawa murid menumpukan perhatian kerana menggunakan taktik cerita dan melukis gambar-gambar yang digemari murid di papan putih. Antara gambar yang dilukis ialah gajah (tentera bergajah), orang lidi (tentera, nabi), bentuk segi empat (kaabah), burung (ababil), gajah berlubang-lubang (setelah dilempar batu oleh ababil), api segi tiga (orang majusi sembah api, terpadam ketika lahirnya Baginda).

Menggunakan Fikri (murid contoh dalam mengingat fakta dan cerita) untuk bercerita semula dengan bantuan guru.

Kekuatan :

Pandai melukis dengan cara lukisan yang humor untuk menarik minat murid.

Hari Isnin… “ustaz, saya nak jadi guru..” kata seorang murid ketika aku menyandar di pintu 1 Ikhlas menunggu giliran mengajar di 1 Amanah.

Jus Avocado..

Hari ini aku nak mengajar cara membuat jus buah avocado.

”Jus Avocado? Biar betul ustaz” seorang guru perempuan menyindirku. Mungkin benar dia belum pernah rasa ’penangan’ jus ini.

avocado..

Mula-mula cari buah avocado yang sudah masak. Cara mengenali keranuman avocado terlalu mudah iaitu warna kecoklatan. Ataupun dipicit secara perlahan menggunakan ibu jari, jika lembik sedikit maka ia sudah masak walaupun warnanya belum menunjukkan kecoklatan. Jika keras, ia masih muda.

Mudah kan?

More

ICT..

Minggu ini aku optimumkan pengetahuan ICT kepada murid-murid untuk belajar subjek Bahasa Arab. Rasanya seperti indahnya kehidupan ini. Maksudnya, seronok apabila murid-murid memberi perhatian penuh kepada skrin LCD di Bilik Tayangan.

1 Cekap beres.

1 Amanah belum berkesempatan hadir di Bilik Tayangan.

1 Ikhlas sudah 2 kali.

Aku perlu tambah lagi bahan seperti nasyid mudah-mudah dalam topik-topik tertentu. Topik atau sibilus minggu lalu, USRATI..

USRATI = Keluargaku

Tetapi, hampir semua murid ingat ibu (ummi) sahaja. Padahal, bapa, adik, abang dan kakak pun ada dalam silibus tersebut. Kemanakah perginya mereka?

Betapa besar pengorbanan seorang ibu..

Futuristik..

Saya sempat upload klip persembahan kumpulan yang diedit dengan sederhana. Persembahan ini ketika berada di dalam Bina Insan Guru yang diadakan di Dantai, Kota Belud, Sabah.

Sila lihat persembahan tersebut di Futuristik

Gambar penuh BIG2008 di sini.

Teknologi..

OPTIMUMKAN PERALATAN CANGGIH

Oleh : ibnuhazam

Dahulu, kita belajar ilmu secara tradisional seperti pondok-pondok, cara bertalaqqi dan musyafahah (berhadapan dengan guru) dan sebagainya dari jenis interaksi secara langsung.

Kini, kita sudah dikejutkan dengan keluaran pelbagai gajet di pasaran. Ertinya, kita sepatutnya sudah tiada alasan seperti kesempitan masa, tidak dapat hadir ke kelas, jadual yang padat dengan aktiviti dan sebagainya yang tidak membolehkan kita mempelajari sesuatu ilmu khususnya ilmu agama Islam.

Gajet yang canggih memang menggiurkan para penggemar teknologi. Jangan biarkan ia terbit begitu sahaja tanpa kita peduli kegunaan teknologi tersebut yang baik khususnya kepada orang Islam dan para pendakwah. Antaranya gajet dan manfaatnya seperti berikut:

More

Previous Older Entries