Bersama Kanak-Kanak..

Mengajar kanak-kanak membuatkan kita tergelak sendirian, sedih secara tiba-tiba, senyum berpanjangan, merasa puas dan sebagainya. Ragam kanak-kanak juga akan mengingatkan diri kita sendiri, malah betapa sukar melakukan secara ikhlas ataupun anda berlakon di hadapan mereka..

Kem Bestari Solat antara kegemaran budak sekolah. Ini pengalaman yang memuaskan dan menyeronokkan hati seorang guru.

“ustaz, bila lagi kita nak belajar solat” ujar salah seorang pelajar 2 Amanah.

“kita akan mulakan sesi kedua selepas cuti penggal pertama”. Kelas tersebut gamat seketika kerana bersorak setelah diberitakan mengenai perkara tersebut.

Aku pula seronok melihat telatah kanak-kanak tersebut.

Aiman yang bijak..

Menjadi fasi di sekolah yang berbeza adalah pengalaman berharga bagi anda membezakan kemampuan murid. Aiman (gambar di atas) adalah antara murid yang sangat cekap, bijak dan pantas mengungkapkan kata-kata setelah disebut oleh ustaz. Pendek kata, murid cemerlang di dalam kumpulan 8.

Jurinah yang tangkas

Ini pula Jurinah. Dia baru sahaja mengenali solat pada hari tersebut. Walaupun demikian, prestasinya hampir mencecah kebijaksanaan si aiman. Kekuatannya ialah pada memori. Cukup pantas. Berbeza dari murid lain.

Kelebihan seorang murid ialah mereka cukup pandai meniru apa yang mereka nampak, dengar dan rasa. Bagi yang mempunyai anak, ibu bapa hendaklah berhati-hati mengeluarkan kata-kata di hadapan anak anda.

Advertisements

Kesan Boikot ke atas Barangan Denmark..

Daripada Us. Kamin al-ahkam, beliau menulis, saya menaqal (menukilkan) iaitu :

Mesej dari sahabat kita mengenai kesan boikot keatas Denmark.



Great news

Hope you all know about the Denmark Newspaper who made fun upon our loving Prophet and till now they never regret… let us make them regret for all time…

The Denmark ambassador, prime minister and Denmark channel they all try to do something just to stop the boycott made by Muslims last month, by which their losses has reached to 2 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products after 7 months it could reach around 40 billion Euro’s destruction.

Dear brothers, please spread the news to all your friends you know in order to rise up our spirit and warning Denmark and other hostile nations towards Islam, we Muslim are united and not easy to break against any one who think to harm or insult Almighty’s message peace be upon him.

Believers do not let this message stop in your PC.

سفير الدنمارك ورئيس الوزراء والقناة الدنماركية يسعون إلى ايقاف المقاطعة
والتي وصلت الخسائر ولله الحمد إلى 2 مليار يورو وإذا استمرت المقاطعة فتصل بعد 7 اشهر إلى 40 مليار ! يورو •

إنشر لرفع المعنويات وليعلموا قدر غيرتنا على ديننا. •

إنشرها ولاتبخل على الرسول صلى الله علية وسلم.!

—————

Teruskan memboikot barangan Denmark.

Sekian, wassalam

Seronok Si Pejalan Kaki..

Setiap hari aku berjalan kaki ke sekolah..

Anak-anak murid sentiasa memanggil namaku ketika mereka nampak guru mereka menikmati keindahan alam dan mentelaah buku..

Hobi aku ketika belajar ialah membaca buku sambil berdiri. Kelebihannya banyak buku yang dapat di habiskan dengan selesa ketika berjalan kaki.

Gambar di atas ialah tempat jalan kaki aku setiap Isnin hingga Jumaat. Cantik, tenang, selesa apatah lagi jika anda memulakan perjalanan pada pukul 6.30 pagi.

Buku minggu ini dan minggu hadapan : Tarikh Islam (silibus Ting. 4 ketika belajar di bawah YIK)

Mula mengingati dan mengimbas memori lalu…Indahnya..

Kebaikan membaca buku ketika berjalan kaki:

a) Anda dapat menetapkan objektif dengan mudah untuk menghabiskan sesuatu bacaan

b) Anda mengumpul pahala setiap langkah anda, jika anda mati sekalipun mudah-mudahan anda bersama yang anda tuntut ketika berjalan. Mudah-mudahan dipermudahkan jalan ke Syurga.

c) Anda mengalihkan perhatian dari memandang ke arah maksiat dan menumpukan kepada teks di dalam buku.

d) Anda sedang berdakwah kepada masyarakat bahawa ilmu adalah wajib dan di tuntut bila-bila masa tidak kira ketika duduk, berdiri, baring dan sebagainya.

Keburukan membaca ketika berjalan kaki:

a) Riak

b) Jika anda seorang perempuan, risiko anda di ganggu dan di ragut dan sebagainya adalah sangat tinggi.

c) Melambatkan perjalanan

Cara mengatasi :

a) Riak – Beristighfar kepada ALlah agar pembacaan kita bukan menimbulkan riak malah sebagai dakwah kepada masyarakat serta berdoa kepada Allah agar saudara-saudara yang lain dapat meniru hobi yang baik ini.

b) Risiko wanita – Jika anda seorang wanita, anda hendaklah memastikan terlebih dahulu keadaan jalan dan memastikan agar jarak 200 meter kehadapan selamat dari gangguan seperti lelaki-lelaki tidak bermoral dan sebagainya.

c) Melambatkan perjalanan – Anda perlu memulakan perjalanan lebih awal. Pastikan berapa minit dari jarak dari rumah anda ke tempat lokasi.

Alangkah nikmatnya berjalan kaki.. Menikmati pemandangan.. Menikmati ilmu Allah secara selesa , tetapi ramai yang tidak mahu melakukan..

Memberi Nama..

Memberi nama anak merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa. Pemilihan nama yang baik adalah selaras dengan sunnah yang telah di tunjukkan Rasulullah. Nama-nama yang paling baik terdiri dari;

a) nama-nama yang mengaitkan kehambaan kepada Allah seperti ABDULLAH, ABDURRAHMAN, ABDURRAHIM

b) nama Rasulullah iaitu Muhammad, para sahabat, para rasul

c) nama yang mempunyai makna yang sangat baik

“Ustaz, cuba lihat makna nama hareez?

“Haris ada iaitu pengawal. Harith pula nama para sahabat nabi. Dan saya galakkan guna nama Huwairith, salah seorang periwayat hadith..”

“terima kasih ustaz..”

Rupa-rupanya dia suka guna HAREEZ kerana sensasi. Bukan dari segi makna, tapi dari segi ejaannya dan penggunaan huruf H yang sesuai nama ibu bapa.

Sampai di Negara arab, mereka mencebik ..

“Kenapa nama orang Malaysia pelik-pelik? Apa maknanya.”

“Subhanallah, nama Yusuf, Azzam.. bagus-bagus nama pelajar Malaysia…”

“APA?!! Ada nama Zulkarnain di Malaysia? Subhanallah.. nama seorang tokoh yang hebat di ceritakan di dalam AlQuran. Kami di Negara arab tiada nama Zulkarnain..”

Sehingga hari ini, saya sudah melabur pahala dengan memberi nama kepada bayi-bayi yang di minta oleh para sahabat, saudara, jiran dan orang yang memerlukan. Antaranya nama RUQAYYAH.

Salam Pencetus Kasih Sayang..ٍ

لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ

بَيْنَكُمْ

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh : Sabda Rasulullah :

“Demi diriku di dalam kekuasaanNya, kamu tidak dapat masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan di katakana beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Mahukah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukn nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu”

[Riwayat Muslim]

PENGAJARAN HADITH :

a) Beriman kepada Allah adalah syarat utama untuk masuk syurga

b) Sifat kasih sayang sesama manusia menyempurnakan keimanan seseorang

c) Ucapan salam merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam

d) Islam menggalakkan supaya sentiasa mengamalkan ucapan salam bagi mengeratkan silaturraim di antara sesama umat Islam

Ganjaran dan Hadiah..

Hari ini tiba hari ganjaran sesiapa yang berjaya mendapat 100 di dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

HB : Ustaz tak guna duit Panitia untuk beli hadiah murid-murid yang cemerlang?

HLB : Saya lakukan ini dapat juga untuk menambah amalan jariah kepada anak-anak murid

HB : Rugi la ustaz kalau kita tak gunakan duit yang di sediakan

HLB : Tak rugi jika berniat membelanjakan harta di jalan Allah

HB : Jadi, ustaz sediakan hadiah la ya setiap bulan bagi pelajar yang mendapat markah yang tinggi?

HLB : Ya..

HB : Wah, habis duit ustaz la..

HLB : Berapa peratus yang saya habiskan dari gaji yang di terima setiap bulan? Terlalu kecil peratusnya..

HB : Ya.. ( diam )

Kalau anda tak rela korbankan sedikit harta untuk anak-anak maju di dalam pelajaran, apa yang mampu lakukan untuk anak murid menggunakan gaji yang anda terima?

Ganjaran murah yang dapat menaikkan semangat anak kecil di sekolah :

a) Coklat Apollo – RM 1.50

b) Biskut coklat – RM 2.50

c) Pemadam (6 keping) – RM 1.00

d) Lain-lain sekitar harga RM 3.00 ke bawah

Hanya dengan berbekalkan hadiah sebentuk coklat Apollo sudah mampu menaikkan semangat budak kecil untuk terus belajar. Adakah harga sekecil itu pun anda sudah memikirkan kekurangan pada wang poket yang anda terima setiap bulan?

Kalau anda ‘berkira-kira’ sangat perbelanjaan di atas, anda belum mencapai kepuasan menjadi seorang guru yang sejati.

Dah dapat hadiah, kata apa anak murid?

na’am, ahsantum..

AlQuran..

Semalam, berkesempatan lagi mengaji AlQuran di bawah kelolaan ustaz yang memang takhassus di dalam bidang AlQuran. Hari ini, jemaah semakin bertambah. Alhamdulillah..

Adakah anda benar-benar sudah khatam ilmu tajwid AlQuran?

Kalau rasa anda benar-benar tahu, sebutkan contoh izhar mutlaq? bagaimana cara membacanya?

Cuba anda baca perkataan ini :

الدنيا

Anda mesti sudah belajar nun mati bertemu ya adalah idgham. Tetapi ayat di atas di baca dengan izhar.

“Ya tak ya juga, mengapa ya ustaz?”

“Baru nak bertanya, siapa suruh malas belajar ilmu tajwid”

Hehe.. sila anda rujuk sendiri kitab tajwid..

Previous Older Entries