Teka-teki…

Di dalam kelas, kadangkala teka teki menceriakan kelas. Tidak disangka-sangka budak yang orang anggap ‘lembab’ sebenarnya mempunyai minda yang cerdas belaka. Dari kelas 2 Ikhlas saya mula iklankan :

“Mari jual teka teki pada ustaz, semua ustaz boleh jawab” ujarku tanda menarik minat murid yang kebosanan menulis dan menjawab soalan bahasa arab di buku kerja.

Hampir semua murid merebut tempat dekat denganku untuk ‘menjual’ teka teki mereka. Mereka yang menjual teka teki ini adalah segolongan murid yang pintar kerana suka berfikir dan minda yang kreatif.

“Sebelum tu, ustaz akan jual teka teki terlebih dahulu” perangkapku.

Semua murid terdiam.

“Soalan paling senang, singa apa yang paling besar!” soalku

“SINGAPURA” jawab Hana.

“Betul, pandai!” puji kepada Hana, salah seorang murid yang sentiasa pertama menyiapkan kerja Bahasa Arab.

“Ok, sila jual kepada ustaz pula” tarik minat murid.

“Teka teki teka tekuk (stail teka teki budak2), kita dapat dengar tapi kita tak dapat sentuh” soal Farish.

(Gulp… alamak, tak pernah dengar pula..)

“Jantung!” jawabku

“Salah!” yakin si Farish (seorang budak yang suka aku datang, baru terbuka buku arabnya) menyalahkan aku.

Akun (mengaku kalah) la ustaz…” pujuknya

“Mana boleh, ustaz mesti fikir..” bodekku.

“Ya kan, Allah tidak suka orang yang putus asa” jawabnya

Tergamam aku si Farish boleh berkata sedemikian rupa. Rupa-rupanya, dia ada minda yang bagus-bagus, dan aku baru tahu muridku bagus dari segi mindanya, walaupun sedikit masalah dalam pembelajaran.

“Oklah..” biarkan tidak terjawab ataupun memang aku bukan tahu!

“Jawapannya SUARA, kita dengar suara kita, tapi tidak dapat dipegang jua, ustaz” jawabnya disambut hilai ketawa di kelas 2 Ikhlas. Sememangnya kelas aku adalah antara paling bising kalau P&P sedang berlangsung.

“Ok, ustaz soal satu soalan sebelum ustaz keluar kelas..” balas semula.

Semua diam.

“Binatang apa yang matanya di kepala, tangannya di kepala, kakinya di kepala, pusatnya di kepala, dan semua la dikepalanya..” soalku.

Ternganga budak 2 Ikhlas.

Qiyaamannn!! (Berdiri) tanda aku keluar kelas.

Aku meninggalkan murid 2 Ikhlas dengan mulut yang ternganga.

Keesokan harinya (Sabtu 21 Ogos 2010), Hana datang dengan gagahnya. Aku tahu jawapannya “KUTU!”

“Ya, kau memang pandai!” pujian lagi untuk galakan kepada murid.

My Hero!

Sebenarnya aku mau mencari kelainan dalam pengajaran agar aku sendiri tidak bosan mengajar. Minggu ini aku buat stail teka teki di akhir kelas 3 Ikhlas, 3 Cekap, 1 Ikhlas dan 2 Ikhlas. Dan banyak juga membaca buku bagaimanakah nak menarik murid untuk minat belajar subjek yang kita ajar, apatah lagi subjek aku ini adalah ELEKTIF. Ertinya, tidak semua orang ambil peduli pelajaran yang aku ajar, tetapi sampai MATI PUN AKU MINAT BAHASA ARAB. Dan aku sering ingat kata orang cerdik pandai motivasi, sebelum masuk kelas YAKIN KAMU ADALAH GURU YANG PALING HEBAT disisi murid-murid..

Alhamdulillah..

Minggu depan apa pula versi ‘tarik minat murid’??

Teka-teki murid 3 Ikhlas, Mohd Iqwan:

Benda apa yang turunnya lambat, naiknya cepat!

Jawapan : (cari sendiri la)

Belajar Bahasa Arab 6

ADAB ARRIFQU BIL HAYAWAN

Adab berdamping/berkasih sayang dengan haiwan-haiwan

 

AT’IMIL HAYAWAN WA ASQIHI IZA JA’A AW ATOSH

Berilah makan dan minum kepada haiwan-haiwan jika ia lapar dan dahaga

 

ARRAHMAH WA SYAFAQATU BIHI WA ‘ADAMU TAHMILIHI MA LA YUTIQ

Bersifat penyayang kepada haiwan dan tidak membawa sewenang-wenangnya jika ia tidak mampu/berdaya

 

LA U’AZZIBAL HAYAWAN BIAYYI NAU’IN MIN ANWA’IL ‘AZAB

Aku tidak sekali-kali menyeksa haiwan-haiwan dengan menggunakan apa jua jenis seksaan.

 

KAHASBIHI BIDUNA TO’AM AW DORBIHI AW QOTLIHI

seperti mengurungnya tanpa makan atau memukulnya atau membunuhnya

AW HARRIQUHU BINNAR AW ITTIHAZIHI HADAFAN LIRRAMYI

atau membakarnya menggunakan api atau menjadikan haiwan sebagai sasaran balingan (target)

AW ATTAFRIQATI BAINA ASSIGHAR WA UMMUHUM

atau memisahkan diantara si kecil dengan emaknya

 

Wallahua’alam.

Bahasa AlQuran..

oleh : mesrarakyat

Ahmad menunggu teksi. Sudah puas. Namun, baginya adalah panas ialah satu kehidupan di Nigeria. Dirinya juga bagai biasa menjamu percikan api neraka jahanam yang paling ‘koman’ diturunkan.. Begitulah yang diriwayatkan di dalam hadith iaitu panas yang mendatang pada waktu Zuhur adalah percikan yang paling kecil api neraka Jahanam. Dan panas tadi boleh disejukkan dengan melakukan solat.

Teksi FIAT yang ditunggu tiba jua. Berkumis nipis, berjambang, wajahnya putih bak seorang alim ulama’ yang sedang menyampaikan kuliahnya.

Ahmad : Sidi (tuan), destinasi saya ke Jami’ Kutubiah.

Kutubiah menjelang malam

Kutubiah menjelang malam

Pemandu : tafaddol ya syabab! (silakan wahai anak muda)

Ahmad : nampaknya pakcik nampak gembira sekali

Pemandu : aku nikmati pekerjaanku yang halal ini, syabab

Ahmad : aku juga nikmati pembelajaranku, aku nak belajar AlQuran di masjid.

Pemandu : dengar kata hebat pembelajaran di masjid tersebut. Huffaz semuanya.

Ahmad : aku baru mencecah 19 juzuk, pakcik. Doakan aku antara huffaz juga.

Pemandu : Allahumma amin..(Ya Allah, perkenankanlah..)

Ahmad : aku ingin benar menjadi seorang penutur bahasa syurga, pakcik

Pemandu : bahasa syurga?

Ahmad : ya. Bahasa arab adalah bahasa syurga. Adakah pakcik tidak tahu?

Pemandu : aku ini memandu teksi. Sekali sekala aku teringin belajar ilmu. Apa buktinya?

Ahmad : Begini, nabi ada bersabda :

أحبوا العرب لثلاث لأني عربي ، والقرآن عربي ، وكلام أهل الجنة عربي

”aku sukakan arab kerana tiga, kerana aku orang arab, kedua AlQuran itu di dalam bahasa arab dan ketiga, pertuturan ahli syurga itu ialah berbahasa arab”

Pemandu : aku pernah dengar ianya riwayat Thabarani didalam kitabnya AlAwsat dan riwayat AlBaihaqi di dalam kitabnya Su’abul Iman

Ahmad : wah, pakcik hebat. Lantas, dengan itu menyatakan demikian

Pemandu : tahukah kamu wahai anak muda bahawa Ibnul Jauzi menyebut bahawa itu bukanlah hadith, tetapi ianya dusta atau istilah hadithnya kita sebut HADITH MAUDU’. Apakah itu hadith maudu’, syabab?

Ahmad : sebuah kata-kata yang didustakan atas nama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam

Pemandu : salallahu’alaihiwasallam.

Ahmad : Tetapi kan bahasa AlQuran juga bahasa arab dan ia disebut kalamullah?

Pemandu : bahasa arab memang bahasa AlQuran. Kalamullah adalah merujuk semua ayat-ayat Allah di dalam AlQuran adalah firmanNya.

Ahmad : Kalau di dalam ALQuran pun berbahasa arab, masakan tidak di syurga?

Pemandu : ianya pendapat dan andaian sahaja. Jika sudah jelas, tentu ada dalil lagi yang bersumber dari AlQuran ataupun Alhadith. Kamu ada lagi hadith menyebut tentangnya?

Ahmad : Tiada. Siapa lagi dikalangan ulama yang berkata hadith tersebut palsu?

Pemandu : Antaranya Imam AzZahabi. Katanya ”aku katakan hadith tersebut palsu”

Ahmad : Lagi?

Pemandu : Imam AtTa’labi berkata tiada guna kata-kata tersebut. Imam Ibn Hibban pula menyatakan di dalam riwayat tersebut ada Yahya bin Yazid yang selalu meriwayatkan dengan ’tunggang langgang ’ dari kata-kata sebenar.

Ahmad : bukankah ini perkara yang sangat masyhur bahawa bahasa arab itu bahasa syurga?

Pemandu : masyhur bukan beerti benar. Manakala, ulama menggalakan kita hanya diam dari bertanya perkara tersebut kerana ianya tidak dijelaskan. Yang paling baik serahkan kepada Allah Ta’ala.

Ahmad : apa kata syeikhul Islam Ibn Taymiyyah?

Pemandu : Dia pernah ditanya mengenai benarkah bahasa ahli syurga bahasa arab, dan bahasa ahli neraka bahasa parsi?

Ahmad : Lalu apa yang dijawabnya, pakcik?

Pemandu : Dijawabnya tiada nas yang jelas mengenai perkara tersebut. Memang ada perselisihan yang mereka katakan bahasa ahli syurga itu syurga, ada yang mengatakan bahasa suryaniah iaitu kononnya ia bahasa nabi Adam dan sebagainya. Bagi Ibn Taimiyyah ianya tidak berfaedah menyibukkan diri mengenai perkara yang kita tidak tahu! Cuma, serahkan perkara tersebut pada Yang Esa.

Ahmad : syukran ya syeikh! (syeikh=panggilan kepada ulama)

Pemandu : maziltu syababan. (aku masih muda). Anta ahaqqu an takuna syeikhuna, ya syabab (kau lebih layak jadi syeikh kamu, wahai orang muda.)

Kutubiah direnung jauh

Kutubiah direnung jauh

Tidak sedar Ahmad sudah tiba di destinasi Jami’ Kutubiah. Tetapi dia lupa menanyakan nama pemandu tersebut. Alangkah ruginya, mungkin kerana seronok mendapat ilmu yang berharga Ahmad keasyikan menghirup ilmu agama.

Belajar Bahasa Arab 3

APA YANG KAMU KATA JIKA KAMU BERSIN ATAU KAMU MENDENGAR ORANG BERSIN?

Penterjemah : mesrarakyat

Petikan 1:

Achoooo!!

Alhamdulillah

الحمد لله

(Bersin)

Segala puji bagi Allah

Petikan 2:

Yarhamkallah

يرحمك الله

Semoga Allah merahmatimu

Petikan 3:

Yahdikumullahu wa yuslihu baalakum

يهديكم الله ويصلح بالكم

“Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu, dan memberi kebaikan kepada dirimu”

Belajar Bahasa Arab 2

APA YANG KAMU KATAKAN JIKA MELIHAT SESEORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK

Penterjemah : mesrarakyat

Petikan 1:

Unzur Ya Ahmad! Hazar rojulu 3allal kursiyyin mutaharrik..

Lihat, Ahmad! Lelaki ini (duduk) di atas kursi roda…

Petikan 2:

La tukzihi binazorotika ya Abdullah wa qul :

Alhamdulillahillazi 3aafani mimma ibtalaahu bihi, wa faddolani 3ala kathirim mimman kholaqo tafdiila

الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاه به، وفضلني على كثير ممن خلق تفضيلا

Jangan kamu sakitinya dengan pandangan sedemikian rupa dan katakanlah :

الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاه به، وفضلني على كثير ممن خلق تفضيلا

“Maha suci Allah yang memberi nikmat kesihatan kepadaku daripada ujian yang telah Engkau diberikan kepadanya, dan berikanlah kelebihan kepadaku sama seperti orang-orang yang diciptakan dengan pelbagai kelebihan”

Belajar Bahasa Arab..

Hayya Nata3allam 3Arabiyyah*

APA YANG KAMU KATAKAN JIKA MELIHAT BENDA YANG MENAKJUBKAN!

Penterjemah : mesrarakyat

Petikan 1:

Unzur, Unzur Ya Ahmad! Ma ajmala hazihis sayyarah! Jamilatun! Yaah..

Lihat, lihat wahai Ahmad! Alangkah cantiknya kereta ini! Cantiknya! Wah!

Petikan 2:

Iza raaita ma yu3jibuka Ya Abdullah.. Faqul :

Masya Allah, La quwwata illa billah

ما شاء الله، لا قوة إلا بالله

Apabila kamu lihat sebarang perkara yang menakjubkan, maka katakanlah :

ما شاء الله، لا قوة إلا بالله

“Hebatnya! (Jika dikehendaki Allah). Tiada kekuatan melainkan Allah”

Petikan 3:

Masya Allah, La quwwata illa billah

*Biasanya, orang arab akan menaip nombor 3 menandakan ianya huruf ‘ain seperti 3ajaba, 3ali di dalam sms mereka.

JAGOAN BAHASA ARAB

Di sini ditampilkan beberapa jagoan di dalam subjek Bahasa Arab. Calon-calonnya ialah;

Dari kiri : Hidayatul, Alya dan Hafiz (rosakkan gambar ustaz je..)

NURUL ALYA

Alya seorang murid yang sudah pun mampu membaca Al-Quran. Oleh itu, subjek Bahasa Arab hanya merupakan kesinambungan pertambahan ilmu Al-Quran. Oleh itu, tidak hairan Alya sering ‘mencuri’ hadiah-hadiahku.

Dari kiri : Azwa, Syamil dan Athirah (‘Geng’ Hebat B. Arab 1 Cekap)

NURUL AZWA

Azwa sudah pun mencuri perhatianku di dalam Bulan Februari kerana mendapat 100 dalam subjek pengajaranku. Tetapi, aku ‘potong’ markahnya kerana membawa kertas ujian pulang ke rumah. Denda..

Lelaki 1 Cekap (Nazmi yang memasukkan jari ke dalam mulut)

NAZMI

Ini merupakan seorang penyajak yang hebat. Ketika aku menjadi hakim sajak Minggu Bahasa Melayu, Nazmi lagi hebat dari Tahap Dua. Dia hanya seorang murid darjah Satu! Hebat!

Lupa nak ’snap’ gambar dia..

NURLIFFA DAN NUREEN

Nurliffa murid bijak. Dia seorang penolong Ketua Darjah. Paling bersemangat belajar. Nama ini juga ‘mencuri’ hadiahku. Nureen, murid yang bijak. Tetapi, masih perlu dibimbing kerana mudah dipengaruhi kawan-kawan. Prestasi Yo-Yo tetapi masih menjadi calon ‘finalist’ jagoan.

Murid perempuan 1 Cekap bersama Guru Kelas, Cikgu Haslina