Sama tapi tidak serupa…

Kg Gersik yang sama tapi di tempat lain. Ada di Sarawak ada di Labuan, di tempat lain?

“Banyak benda yang sama tapi tak serupa” orang tua memulakan kata-kata.

“Aik, camna tu pakcik?”

“Muka kamu sama ja, tapi kamu tak serupa!” jawab orang tua.

“Memang la, takkan la kami serupa..” jawab budak.

“Itu kembar, lebih-lebih lagi tak kembar lagi la tak serupa kan?” ujarnya

“Emmm…” tak faham gayanya.

Dalam Islam pun ada yang hampir sama tetapi tidak serupa. Ada orang sembelih dengan cara yang SAMA tetapi TIDAK SERUPA dengan si A membaca bismillah si B tidak pernah membacanya.

Ada orang merawat orang sakit dengan cara yang SAMA tetapi kandungan ayat-ayatnya TIDAK SERUPA. Si A membaca dengan jelas, si B menyembunyikan bacaannya.

Ada perawat melakukan kerja yang SAMA tetapi perlakuannya TIDAK SERUPA. Si A rajin beribadat, datang menghadiri solat jemaah, menyampaikan kuliah, selalu tersenyum, rajin membantu tetapi si B suka mengharap agar ada orang yang selalu sakit, selalu menyembunyikan diri di rumah, mengamalkan mentera ‘entah apa-apa’. Untung kepada orang yang kenal siapa dirinya sebenarnya.

Ada orang ceraikan isterinya SAMA tetapi TIDAK SERUPA. Si A ceraikan isterinya dalam keadaan haid, namanya TALAK BID’I, si B ceraikan dalam keadaan rumahtangga tidak dapat diselamatkan lagi, malah dia masih lagi melawat anak-anaknya, ada memberikan hadiah, tidak memutuskan hubungan dengan keluarga mertuanya…

Ada orang yang mengambil gambar yang SAMA  tetapi TIDAK SERUPA. Si A ambil gambar melalui ‘Rule Of Third’ si B pula main ‘hentam kromo’.

Pilihlah mengikut pilihan yang tepat. Caranya sangat mudah apabila ANDA KENAL SUMBER ATAU PUNCA PENGETAHUAN yang benar.

“Ustaz, bagaimana nak kenal benda itu benar atau salah” soal seorang lelaki

“Rujuk kepada orang yang TEPAT” jawapan sudah diberi.

“Buktinya?” masih tak puas hati

“Dalam ayat AlQuran, baca dan hayati ayat dalam Surah AnNahl ayat 43 :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (43)

(cuba lihat sendiri maknanya, buat kerja rumah sedikit)

Kelihatan pemuda tersebut sedang membeleknya, lalu berfikir…

“Kalau rosak basikal, nak servis di mana?” soal orang tua

“kedai basikal laaa..” jawab pemuda

“Kalau hati sakit, nak servis mana?” soalnya lagi

“hospital laaa…” jawabnya pantas

“jangan lupa, orang-orang yang beragama dan berilmu pengetahuan agamanya tinggi pun adalah RUJUKANNYA…” jawab orang tua itu menamatkan perbualan penuh makna.

Advertisements

NABI SAYANGKAN ANAK KECIL

 

nadhratunnaim

Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam bersabda :

( أحب الأسماء إلى الله تعالى، عبد الله وعبد الــرحــمـن ) ( مسلم )

“Sebaik-baik nama disisi Allah ialah ABDULLAH dan ABDURRAHMAN” (Riwayat Muslim)

Ia membawa maksud bahawa pemilihan nama-nama yang baik bagi anak itu memang satu kewajipan kepada si bapa. Ini juga adalah dakwah yang pertama kepada si anak kecil.  Seiring dengan pemilihan nama tersebut, aqiqah juga dianjurkan sesuai dengan sabda baginda :

( مع الغلام عقيقة، فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى ) ( البخاري ).

“setiap anak kecil itu dilakukan aqiqah, tumpahkan darah (haiwan aqiqah) dan peliharanya daripada perkara yang menyakitkan” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah seorang yang kaya dengan nasihat dan hikmahnya, pada satu hari baginda pernah menasihatkan kepada Ibn Abbas dengan katanya :

( يا غلام، احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، ولو اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف )( أحمد ).

 “Wahai anakku, jagalah Allah (dari melakukan perkara yang dilarang) dan Allah pasti menjagamu dan Allah sentiasa berada disisimu, jika kamu minta sesuatu Allah akan perkenankan, jika kamu minta bantuan Allah akan hulurkan bantuan, dan ketahuilah bahawa jika satu umat ingin memberikan manfaat kepada kamu, tidak akan berfungsi kemanfaatan tersebut kecuali dengan izin Allah, begitulah juga jika satu kumpulan yang ingin memberikan mudharat kepada kita, mudharat itu tidak terkena kepada kita kecuali jika diizinkan oleh Allah, perkara itu sudah tertulis” (Riwayat Ahmad)

Baginda juga berpesan juga kepa Amru bin ‘As :

(مروا أولادكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع ) : ( أحمد ).

“suruh anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka (apabila mereka tidak bersolat) apabila usia mereka mencecah sepuluh tahun, dan asingkan bilik tidur mereka (yang berlainan jantina)” (Riwayat Ahmad)

Anak-anak kita sudah bersedia untuk bersolat? Beberapa tahun dahulu, saya pernah diamanahkan untuk mengajar seorang anak kecil mengaji AlQuran, fardhu ain dan Bahasa Arab secara individu dirumahnya, ibunya lebih dahulu mengatakan “ustaz, jangan ajar banyak-banyak sangat, maklumlah anak kecil, tak dapat serap ilmu banyak-banyak tu” ujar ibu tersebut. Ketika itu, saya sedang mengajarkan kepada anaknya ilmu fekah iaitu jenis air yang suci dan cara berwudhuk. Sebenarnya, anak-anak kecil inilah yang dapat menyerap ilmu lebih banyak berbanding dengan orang dewasa seperti kita yang sinonim dengan peribahasa ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’.

Baginda juga menyuruh kita adilkan kasih sayang kepada semua anak kita. Dalam satu riwayat alBaihaqi, ada seorang lelaki didatangi anak lelakinya, lalu dicium dan diletakkan di pangkuannya. Kemudian, datang pula anak perempuannya dan diletakkan terus ke pangkuan (tanpa dicium seperti dilakukannya tadi), lalu Baginda menegur “kamu tidak adil kepada kedua anak kamu” (Riwayat alBaihaqi)

“ha, tengok abang kau! Dia rajin, kau malas! Nanti ummi belikan abang kau hadiah, kau duduk la dirumah” bentak ibunya yang sudah geram dengan karenah anak bongsunya.

Adakah itu sebahagian dari dialog kita dirumah?

Begitulah kasihnya Baginda kepada golongan yang comel lagi kecil ini dan dinasihatkan kepada umatnya agar memberikan kasih sayang yang seadil-adilnya kepada anak-anak kita. Bagaimana dengan kita? Adakah kita lakukan sama seperti Baginda sabdakan? Ataupun kita menganggap itu remeh dan tak penting sedangkan itulah juga wasiat nabi kepada kita sebagai umatnya.

Kasihnya nabi terhadap anak kecil tergambar dalam sebuah hadith lagi :

( إني لأدخل في الصلاة وأنا أريد إطالتها، فأسمع بكاء الصبي، فأتجوز في صلاتي(أي أسرع) مما أعلم من وجد أمه من بكائه )( البخاري )

“aku mendirikan solat dan aku ingin memanjangkan solat ku (berjemaah), tiba-tiba aku dengar tangisan budak kecil, lalu aku terus ringkaskan solatku kerana aku tahu bahawa siibu akan terganggu (khusyuknya solat) dengan tangisan anaknya” (Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadith lagi, Rasulullah tidak berpura-pura menyatakan kasihnya terhadap anak kecil. Pada satu ketika, apabila berjumpa dengan Abu Umair, lalu Baginda berkata “Abu Umair,apa yang sedang dilakukan oleh si Naghir (burung pipit) (kiasan kepada anak kecil)?

Baginda seorang pemerintah, panglima perang, ketua tentera, ketua polis,  ketua segala ketua, tetapi baginda sanggup menyapa sahabat-sahabatnya dengan gurauan yang penuh dengan kasih sayang. Bukan sahaja terhadap mereka tetapi kepada anak-anak kecil mereka. Dahsyatnya cinta Baginda kepada umatnya…

Baginda memang contoh teladan. Umar bin Abu Salamah menceritakan :

( كنت غلاماً في حجر النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ : يا غلام، سم الله، وكل بيمينك، وكل مما يليك، فما زالت طعمتي بعد )( البخاري )..

“ketika aku kecil dipangkuan Rasulullah, ketika itu tanganku mula mencapai pinggan, kemudian Rasulullah terus berkata “wahai anak kecil, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan makanan yang hampir pada kamu” sehinggalah cara makan itu aku lakukan sehingga kini” (Riwayat Bukhari)

Itulah kehebatan cintanya Baginda kepada anak-anak kecil. Bagaimana pula dengan kita? Dapatkah kita ajar dan berusaha serapkan ilmu solat mulai umur 7 tahun, dapatkan kita adilkan ciuman kita pada setiap anak-anak?, dapatkah kita lakukan semua itu? Mudah-mudahan Allah mempermudahkan usaha kita semua apabila kita sudah niatkan ‘aku akan lakukan sepertimana yang Baginda telah lakukan…’

AMIN…

Murung…

SOALAN :

Saya seorang remaja yang selalu merasakan masalah dan kecewa. Saya pun tidak tahu puncanya sedangkan  saya sentiasa berdoa di malam hari, berpuasa di kebanyakan hari dan mendirikan solat.

Saya juga menghadiri kelas-kelas agama, membaca buku, menghafal ayat-ayat AlQuran dan mendengar kaset-kaset agama. Namun, saya masih lagi menderita dengan kesedihan dan selalu berasa gelisah, apakah ubat dan penawarnya?

Semoga ALlah memberikan kebaikan kepada kamu semua. 30/09/2004

addu'a

JAWAPAN :

Bismillahirrahmanirrahim,

Kebanyakan manusia menderita dengan kegelisahan dan kesedihan. Sebenarnya terdapat beberapa faktor antaranya ialah BANYAK MELAKUKAN DOSA dan tidak tahan menghadapi ujian dalam hidup. Kita sebagai hamba Allah sepatutnya banyakkan bersabar, meminta pertolongan kepada Allah, selalu optimis dan menghadapinya dengan tenang.

Allah akan menyerikan dan memberkati hidup orang yang hampir kepadaNya. Apa buktinya?

Allah berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (97)

“Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan“. [Surah AnNahl ayat 97]

Bagaimana pula orang-orang yang beriman yang menghadapi kecewa dan gelisah dan selalu menghadapi ujian sedangkan mereka selalu melakukan ketaatan? Jawapannya sangat mudah. INI UJIAN DAN TAKDIR YANG ALLAH BERIKAN KEPADA ORANG BERIMAN.

Mari kita lihat sabda Rasulullah :

“Sungguh ajaib perilaku orang yang beriman. Semua urusannya semuanya dianggapnya baik-baik belaka. Jika mereka ditimpa dengan perkara yang menyenangkan, MEREKA BERSYUKUR dan ketika mereka ditimpa musibah yang berat, MEREKA SABAR, dan itulah KEBAIKAN KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI” [Riwayat Imam Muslim]

Bagaimana jika dia tidak mahu bersabar? Allah menjawab di dalam AlQuran:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ (10)

“…Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka Dengan tidak terkira“.[Surah AzZumar ayat 10]

Tips elak rasa kecewa, murung dan gelisah :

1. Selalu membaca taa’wwuz iaitu A’UZUBILLAHI MINASSYAITONIRRAJIM.

2. Berterusan berdoa kepada Allah.

3. Menyertai kumpulan orang-orang soleh

4. Mengubah bentuk bacaan yang memberi rasa gelisah, bimbang dan sebagainya kepada bacaan yang berguna dan memberi motivasi kepada diri.

5. Tidak menangguhkan penyelesaian masalah sehingga menyebabkan tekanan dan bebanan yang berat apatah lagi persoalan agama.

Olahan dari :

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620996