KBS

Kem Bestari Solat. Ya, bagi pelajar tahun 4 sudah tidak menjadi masalah pergerakan untuk melakukan solat kecuali murid-murid yang tidak solat. Tumpuan kepada bacaan pula. Dan hampir semua bacaan dapat dibaca dengan baik tinggal lagi bacaan qunut. InsyaAllah sedikit demi sedikit bacaan tersebut dapatlah dibaca dengan baik. Murid-murid sekarang semakin bijak dan cepat belajar berbanding sebahagian dari kita dahulu kala.

asSolat

Soalan mesti ada dari murid-murid terutama murid perempuan sebab mereka cepat dewasa.

“Ustaz, makan batal ka?”

“Tak!”

“Aik, ada ustaz kata batal!”

“Siapalah ustaz tu? Ustaz sekolah ni ka?”

“Bukan, tapi ntah la”

“Nanti, bagitahu nama ustaz tu ya”

“OK”

Dengan soalan mengingatkan mereka hukum hakam solat dengan cepat. Tetapi jika berdiam diri main ikut orang sahaja, mungkin akan dapat melakukan bersama-sama tetapi apabila bersendirian menghadapi masalah-masalah. Ataupun boleh keluar fatwa nafsi-nafsi (individu).

“Berapa kali kita wajib solat?”

“5 kali, ustaz”

“Berapa kali pula kamu solat?”

“2 kali, kadang-kadang 3 kali”

“Tak boleh begitu, darjah 4 kalau tak solat boleh kena pukul dah”

“Bapa saya pun tak solat!”

“Kena beritahu, sekarang ni kamu dah lebih pandai dan belajar di sekolah perkara yang betul. Kena lah buat 5 kali ya?”

“Tapi kami belum ‘datang’ lagi, ustaz?”

“Kita kena belajar, nanti sudah tua, sudah datang baru terhegeh-hegeh minta ajar solat. Malu nanti. Jadi, kamu sekarang muda, cantik-cantik lagi kena lah belajar solat, nanti mudah!”

“OK”

Bijak budak bermain kata-kata. Sebagai guru atau ibubapa kita perlu melayan soalan mereka dengan baik. Biar mereka dibantu dan dipandu dengan betul.

“Ustaz, kawan saya bawa… .. “

“Orang yang uzur, berdosa melakukan solat”

Masing-masing berpandangan di antara satu sama lain. Mungkin memikirkan seorang guru lebih cepat mengesan apa yang dirahsiakan.

Nama budak bijak kali ini ialah MASRIYANTI.

Wallahua’lam…

Advertisements

Menulis lagi…

Terbaca dari sumber berita tadi bahawa Dr. Asri akan berhenti menulis di akhbar utusan. Wah, aku belum pernah lagi umum berhenti menulis tetapi pernah umum berpindah blog sahaja.

Terpulang kepada anda sebagai penulis mahu menulis ataupun tidak. Itu hak individu. Mudah-mudahan tulisan yang pendek dan mudah ini dapat juga memujuk hati-hati manusia yang ganas untuk tunduk menyembah Allah Ta’ala.

Hadirkan diri anda ke masjid!

(يأتي على الناس زمان لا يبقى فيما يبقى من الإسلام إلا اسمه, ولا من القرآن إلا رسمه, مساجدهم عامرة وهي خرابٌ من الهدى, علماؤهم شر من تحت أديم السماء, من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود)

Hadith di atas sangat popular menyatakan akhir zaman. Maknanya :

“Akan datang manusia di akhir zaman, tiadalah Islam kecuali tinggal nama, ALQuran pula hanya tinggal tulisan, masjid tersergam indah tetapi sunyi dari hidayah, ulama mereka sangat jahat, dan dari mulut mereka menaburkan fitnah kemudian kembali kepada diri mereka”.

Walaubagaimanapun, Syeikh Abdul Aziz Ibn Baz menyebut ianya hanya riwayat dari Saidina Ali RA dan tidak diketahui sahihnya. Tetapi yang pastinya maknanya sahih.

Mafhum teks :

1- Islam tinggal nama. Pelaksanaannya tidak ada.

2- AlQuran tinggal tulisan. Tidak dibaca, hanya dipamerkan di premis-premis perniagaan dan rumah sebagai hiasan.

3- Masjid tersergam tetapi tiada jemaah. Orang ramai sembahyang dirumah masing-masing. Lebih malang yang tidak melakukan solat langsung!

4- Sebahagian ulama menyebarkan fitnah dan akhirnya kembali kepada diri mereka.

Adakah anda tidak melaksanakan islam secara total? Adakah anda tidak membaca AlQuran sedangkan beria-ia anda menyatakan ia kitab hidayah? Mengapa anda tidak hadirkan diri ke rumah-rumah Allah sedangkan anda suka sangat mengaku ianya tempat yang mulia dan tenang? Adakah anda terasa hebat lalu suka menyebarkan fitnah?

Mudah-mudahan Allah selamatkan diri kita dan masukkan dalam golongan orang-orang bertaqwa kepadaNya.. Amin..

Erat Silaturrahim

“Eh Ahmad, awak kenal lagi saya?”

“Ooo, Nizam, wah, sudah 20 tahun kita tak bersua”

Mereka berpelukan di antara satu sama lain. Betul-betul hangat pertalian silaturrahim yang dijalinkan semula sesudah sekian lama terputus.

“Ahmad, tak kenal makcik ker? Makcik yang menyusukan kamu dahulu” kata seorang makcik yang sedikit lusuh pakaianya.

“Emm, tak kenal la, setahu saya la takde pula mak cerita saya mempunyai  ibu susuan!” bentak Ahmad kasar. Sebenarnya Ahmad malu mengaku itu adalah makciknya.

“Ooo, takpalah, cuma makcik teringat satu hadith yang berbunyi : (Hadith 153 di dalam kitab Riyadussolihin, Bab berbakti kepada kedua ibu bapa) :

Silaturrahim

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al’As dari Nabi Sallahu’alaihiwasallam sabdanya : “Bukanlah dikatakan seseorang itu penghubung silaturrahim hanya kerana dia mengeratkan silaturrahim yang sudah sedia terjalin, tetapi yang dikatakan seorang itu penghubung silaturrahim yang sebenar ialah ia menjalinkan semula silaturrahim yang sudah sekian lama terputus” [Riwayat Imam Bukhari]

Pengajaran :

1. Islam menyeru umatnya menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus

2. Penghubung yang sebenarnya ialah orang yang berjaya mengeratkan kembali silaturrahim yang telah terputus

3. Islam tidak suka pergaduhan dan perpecahan dikalangan umatnya lebih-lebih lagi dikalangan kaum kerabat.

Kuliah : Masjid Layang-Layangan, WP Labuan

Qari..

qari

Tahniah kepada qari yang memenangi tilawah peringkat antarabangsa. RM2,000 sebulan selama seumur hidup. Perkara sebegini ramai yang menyukainya. Tersenyum lebar qari-qari hebat Malaysia!

Itu sebagai galakan tambahan. Tetapi usaha untuk mempelajari ilmu AlQuran sangatlah dititik beratkan. Takut-takut kita ‘reti’ mengalunkan lagu tetapi kurang faham apa yang sedang disampaikan oleh Allah kepada kita. Kita asyik mengalunkan ‘bayati’ rupa-rupanya dalam ayat tersebut mengandungi ancaman Allah kepada orang yang cakap tak serupa bikin.

Dan banyak lagi, timbalah ilmu AlQuran. Belajarlah mengaji dan jangan lupa rujuk terjemahan dan tafsiran. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati oleh Allah…