Mazrul..

Di hujung bulan ini, aku akan ‘memperagakan’ seorang budak yang bernama Mazrul. Dia bukanlah seorang budak yang menjadi pilihan ku ketika Pertandingan Hafazan Pra-Sekolah. Tetapi, oleh kerana pencapaian Sazali menurun, aku beranikan diri melatih budak ini pada awal bulan ini.

Menakjubkan! Dia hafal 7 surah yang akan dipertandingkan. Inilah dia Mazrul.

Khusyu’nya mengalahkan gurunya

More

Anakku Sazali..

Dua hari ini masih gembira kerana Sazali, wakil hafazan pra-sekolah telah menanggalkan rantainya.

“Sazali dah buka rantai ya?” aku menyapanya

“Ya” Sazali menjawab ikhlas sambil mengangguk bersemangat ingin memulakan hafazan setiap masa rehatnya.

ALhamdulillah rantai hitam tersebut telah di tanggalkan. Cikgu pra-sekolah tersebut memang bercadang menasihatkan tetapi hajat tidak kesampaian memandangkan rantai tersebut tidak pernah di pisahkan sejak dari lahir lagi.

Aku tersenyum mengadap wajah Sazali.

Inilah Sazali tanpa rantai hitamnya..