Objektif Cerpen Sakinah…

Anak ini diajar untuk mencintai Rasulullah

Anak ini diajar untuk mencintai Rasulullah

Ada yang bertanya apa yang mendorong ustaz mencipta kisah Sakinah. Hari ini, biarlah saya tulis secara ringkas faktor yang mendorong menulis kisah Sakinah. Antaranya ialah;

a) ada murid yang sangat susah, sangat lemah pelajarannya tetapi mencintai gurunya dengan cintanya yang sangat luar biasa. Di sekolah, ada seorang murid yang berada di tahun dua yang dari paras rupanya sangat ceria, gembira dan sering menegurku di sekolah. Setelah diselidik latarbelakangnya, dia amat terseksa hidup sehari-hari malah pernah mengadu kepada seseorang akan laparnya kerana tidak makan nasi beberapa hari. Aku dapat cerita latarbelakangnya dari kawan yang bekerja di Baitulmal. Tetapi, aku sangat takjub wajah dan riak mukanya tidak pernah mencerminkan dia antara murid yang sedang bergelut untuk terus hidup di dunia tidak seperti murid-murid lain. Dan aku yakin, guru lain tidak mengenali murid ini. Pastinya, mereka akan bertanyaku murid mana yang aku maksudkan.

b) Aku jelaskan isu pensel kontot dan kaitan emak pendek umur. Sudah dua tiga orang murid selalu ingin aku mengiyakan isu pensel kontot boleh menyebabkan emak mereka pendek umur. Tetapi, ku jelaskan bahawa ianya tidak membawa apa-apa makna. Malah, semua pensel tiada yang akan panjang, semuanya pasti akan kontot juga. Kadang-kadang murid yang sama bertanya perkara yang sama memandangkan dia memiliki pensel warna yang kontot-kontot!

c) Aku memujuk diriku agar bersabar mendidik murid yang sangat lemah. Lemahnya sangat luar biasa. Jika dianalisa di dalam pelajaran Iqra 1, empat huruf pertama sahaja diingat pada masa tersebut. Dua kali ulang, huruf alif boleh jadi huruf ta.

anak-anak sangat suka diberikan perhatian

anak-anak sangat suka diberikan perhatian

d) Aku pernah merasa sangat nikmat mengajar ketika aku letakkan kasih sayang semasa mengajar. Tetapi, tatkala mengajar dengan cara menghukum anda tidak akan dapat memiliki apa-apa melainkan anda menyesali perbuatan anda sahaja. Kadangkala, anda tidak boleh terkawal menanganinya kerana aku pernah melihat seorang guru yang berpuluh tahun mengajar menumbuk muka muridnya hanya kerana almari di kelas diganggu. Apalah dosanya seorang murid yang hanya kenal bermain-main, nakal dan suka bersosial.

e) Aku ingin mengajar diriku agar tidak ego dengan pendidikan yang anda miliki apatah lagi mengajar murid sekolah rendah yang membuatkan anda perlu merendahkan diri anda seperti taraf kanak-kanak. Ianya amat memudahkan proses pendidikan berjalan dengan lancar dan interaktif.

Ini sahaja antara isi-isi dan objektif yang telah diserapkan didalam sebuah cerpen ringkas yang bernama ”Sakinah dan ketenangan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: