Bingkisan Ramadhan…

Sedang membaca satu buku yang sangat bagus. Ianya sesuai dibawa kemana-mana sahaja untuk tazkirah Ramadhan. Dikarang oleh guru-guru dan dikumpulkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Selangor.

Seronok membacanya..

Seronok membacanya..

Alhamdulillah, boleh dibaca setiap hari satu. Karangannya dikira bermutu kerana melalui tapisan para panel penulis. Syabas diucapkan kepada usaha BPI Negeri Selangor.

Advertisements

Tazkirah Ramadhan…

Alhamdulillah, hidup terasa sangat tenang dengan kedatangan Ramadhan. Tetapi, objektif yang hendak dicapai di dalam Ramadhan seperti diuji rasa beratnya. Hanya meletakkan satu objektif khusus dalam perkara ibadat. Mudah-mudahan berjaya dicapai.

Masjid di Bukit Kalam pula menyerahkan jadual kuliah :

13 September 2008 – Kuliah Subuh (Hadith 1)

19 September 2008 – Kuliah Subuh (Hadith 2)

27 September 2008 – Kuliah Subuh (Hadith 3)

Manakala, lanjutan hadith seterusnya dijalankan selepas bulan Ramadhan. Buku kuliah yang digunakan masih ”ALWAFI” iaitu salah sebuah karangan huraian oleh Mustafa Bugho dan Mahyuddin Misto kepada 42 hadith karangan Imam Nawawi Rahimahullah.

Kuliah Ramadhan…

Bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya tersendiri...

Bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya tersendiri...

Jadual kuliah sempena Ramadhan sudah ku terima seperti berikut :

5 September 2008 – Ciri-ciri anak soleh

12 September 2008 – Siapakah ahli Sunnah?

19 September 2008 – Banyakkanlah berdoa

26 September 2008 – Ikhlas dalam ibadah

Tempat : MASJID IOFC, KERUPANG, WP LABUAN

Masa : Selepas 4 rakaat Sunat Tarawikh.

Tempoh : 15-20 minit

Syukran atas kepercayaan Ahli Jawatankuasa Masjid untuk memberikan tazkirah di dalam bulan Ramadhan. Usaha kalian sangat besar ganjarannya di sisi Allah demi memeriahkan lagi suasana ibadah di bulan tersebut.