Mari Solat…

assolah

assolah

 

 

“Anak kami sudah pandai bersolat” kata seorang ibu yang amat prihatin dengan pendidikan anaknya. Mudah-mudahan ibunya juga pandai bersolat agar menjadi teladan yang baik.

 

“Solat juga dapat merawat penyakit kronik antaranya “mati pucuk”” kataku di sebuah kuliah hasil bacaan kajian beberapa orang doktor di Universiti Malaya.  Beberapa ahli jemaah masjid tersentak dari lamunan. Bagi yang arif, semua perintah Allah itu amat hebat dan luas dengan hikmah-hikmahnya.

 

 Solat Merawat Penyakit Kronik

Wallahua’lam

Advertisements

Kitab Tauhid…

Ghayatul Murid...

Ghayatul Murid...

Masjid AsSyakirin mengundang untuk memulakan kuliah Tauhid.

 

Pada pandangan kamu, apakah kitab yang terbaik? Saya masih memilih bahan. Yang pastinya ianya mudah difahami oleh orang awam. Itulah tujuan sebenar pengajian ilmu lebih-lebih lagi berkenaan bab akidah.

 

“Kamu belum khatam lagi ilmu tauhid. Dimana zat Allah? Kamu masih banyak kena menuntut ilmu di Ijhar (AlAzhar” kata seorang pakcik kepada kami pada tahun 1999 di majlis kenduri. Rasanya dek terlalu tinggi mengaji ilmu tauhid yang bercabang menghasilkan kepeningan yang amat.

 

Emm.. Wallahua’lam

Walimatul ‘Arus…

Hayya bina…

Walimah Mesrarakyat

Walimah Mesrarakyat

Wahdah…

Kesatuan...

Kesatuan...

Jemputan ceramah tentang perpaduan hasil pengajian Sirah AnNabawiyyah

 

Terlalu banyak peristiwa yang menceritakan perpaduan di dalam pelajaran Sirah AnNabawiyyah. Bermula dari kelahiran Rasulullah ke dunia hingga kewafatan baginda.

 

Antara pengajaran yang sangat jelas pada kita di dalam kisah kehidupan baginda ialah;

– Baginda menyatukan ketua kabilah ketika peristiwa meletakkan batu hajarul aswad

– Peristiwa hijrah seperti pembinaan masjid melambangkan perpaduan

– Piagam Madinah adalah lambang perpaduan sesebuah negara

– Solat berjemaah yang dianjurkan melambangkan perpaduan umat Islam

 

Dan semua kisah baginda dijadikan pengajaran dan teladan sesuai dengan istilah “uswatun” yang diberikan kepada Rasulullah. Bagindalah teladan dan role model sebenar.

 

Wallahua’lam