Teka-teki…

Di dalam kelas, kadangkala teka teki menceriakan kelas. Tidak disangka-sangka budak yang orang anggap ‘lembab’ sebenarnya mempunyai minda yang cerdas belaka. Dari kelas 2 Ikhlas saya mula iklankan :

“Mari jual teka teki pada ustaz, semua ustaz boleh jawab” ujarku tanda menarik minat murid yang kebosanan menulis dan menjawab soalan bahasa arab di buku kerja.

Hampir semua murid merebut tempat dekat denganku untuk ‘menjual’ teka teki mereka. Mereka yang menjual teka teki ini adalah segolongan murid yang pintar kerana suka berfikir dan minda yang kreatif.

“Sebelum tu, ustaz akan jual teka teki terlebih dahulu” perangkapku.

Semua murid terdiam.

“Soalan paling senang, singa apa yang paling besar!” soalku

“SINGAPURA” jawab Hana.

“Betul, pandai!” puji kepada Hana, salah seorang murid yang sentiasa pertama menyiapkan kerja Bahasa Arab.

“Ok, sila jual kepada ustaz pula” tarik minat murid.

“Teka teki teka tekuk (stail teka teki budak2), kita dapat dengar tapi kita tak dapat sentuh” soal Farish.

(Gulp… alamak, tak pernah dengar pula..)

“Jantung!” jawabku

“Salah!” yakin si Farish (seorang budak yang suka aku datang, baru terbuka buku arabnya) menyalahkan aku.

Akun (mengaku kalah) la ustaz…” pujuknya

“Mana boleh, ustaz mesti fikir..” bodekku.

“Ya kan, Allah tidak suka orang yang putus asa” jawabnya

Tergamam aku si Farish boleh berkata sedemikian rupa. Rupa-rupanya, dia ada minda yang bagus-bagus, dan aku baru tahu muridku bagus dari segi mindanya, walaupun sedikit masalah dalam pembelajaran.

“Oklah..” biarkan tidak terjawab ataupun memang aku bukan tahu!

“Jawapannya SUARA, kita dengar suara kita, tapi tidak dapat dipegang jua, ustaz” jawabnya disambut hilai ketawa di kelas 2 Ikhlas. Sememangnya kelas aku adalah antara paling bising kalau P&P sedang berlangsung.

“Ok, ustaz soal satu soalan sebelum ustaz keluar kelas..” balas semula.

Semua diam.

“Binatang apa yang matanya di kepala, tangannya di kepala, kakinya di kepala, pusatnya di kepala, dan semua la dikepalanya..” soalku.

Ternganga budak 2 Ikhlas.

Qiyaamannn!! (Berdiri) tanda aku keluar kelas.

Aku meninggalkan murid 2 Ikhlas dengan mulut yang ternganga.

Keesokan harinya (Sabtu 21 Ogos 2010), Hana datang dengan gagahnya. Aku tahu jawapannya “KUTU!”

“Ya, kau memang pandai!” pujian lagi untuk galakan kepada murid.

My Hero!

Sebenarnya aku mau mencari kelainan dalam pengajaran agar aku sendiri tidak bosan mengajar. Minggu ini aku buat stail teka teki di akhir kelas 3 Ikhlas, 3 Cekap, 1 Ikhlas dan 2 Ikhlas. Dan banyak juga membaca buku bagaimanakah nak menarik murid untuk minat belajar subjek yang kita ajar, apatah lagi subjek aku ini adalah ELEKTIF. Ertinya, tidak semua orang ambil peduli pelajaran yang aku ajar, tetapi sampai MATI PUN AKU MINAT BAHASA ARAB. Dan aku sering ingat kata orang cerdik pandai motivasi, sebelum masuk kelas YAKIN KAMU ADALAH GURU YANG PALING HEBAT disisi murid-murid..

Alhamdulillah..

Minggu depan apa pula versi ‘tarik minat murid’??

Teka-teki murid 3 Ikhlas, Mohd Iqwan:

Benda apa yang turunnya lambat, naiknya cepat!

Jawapan : (cari sendiri la)

Belajar Bahasa Arab 2

APA YANG KAMU KATAKAN JIKA MELIHAT SESEORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK

Penterjemah : mesrarakyat

Petikan 1:

Unzur Ya Ahmad! Hazar rojulu 3allal kursiyyin mutaharrik..

Lihat, Ahmad! Lelaki ini (duduk) di atas kursi roda…

Petikan 2:

La tukzihi binazorotika ya Abdullah wa qul :

Alhamdulillahillazi 3aafani mimma ibtalaahu bihi, wa faddolani 3ala kathirim mimman kholaqo tafdiila

الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاه به، وفضلني على كثير ممن خلق تفضيلا

Jangan kamu sakitinya dengan pandangan sedemikian rupa dan katakanlah :

الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاه به، وفضلني على كثير ممن خلق تفضيلا

“Maha suci Allah yang memberi nikmat kesihatan kepadaku daripada ujian yang telah Engkau diberikan kepadanya, dan berikanlah kelebihan kepadaku sama seperti orang-orang yang diciptakan dengan pelbagai kelebihan”

Luruskan Saf..

“Luruskan saufff…” Kedengaran imam ingin memulakan solat.

Pelik. Sepanjang pengajian di dalam ilmu agama dan arab, barisan ialah saf. Saf pula berasal dari bahasa arab, kata jamaknya ialah sufuf. Bagaimanakah lahir perkataan “sauf?”

Yang mudahnya, LURUSKAN SAF. Perkara ini nampak kecil tetapi kesilapan dari segi bahasa arab membawa makna tidak seperti yang diharapkan.

Saf = Barisan

Suf = Kain bulu

Suffah = Ahli Suffah

Saya berpendapat sebahagian imam tersilap dengar berdasarkan hadith yang sahih iaitu :

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ , فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

“Luruskan saf/barisan, sesungguhnya lurusnya saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat”

Perkataan yang digunakan ialah SAWWU.. tetapi oleh kerana tersilap dengar, maka sebahagian imam mengatakan SAWWUFFF…

Cadangan saya, eloklah gunakan bahasa melayu kerana anda yakin anda faham apa yang anda tuturkan. Jika anda ingin juga menuturkan bahasa arab, sila semak dengan orang yang berilmu di dalam bahasa arab.

Wallahua’lam..