Kuliah Hadith…

Ada jadual baru iaitu Kuliah Hadith. Butir-butirnya seperti berikut :

Kitab Riyadussolihin

Kitab Riyadussolihin

Nama Kitab  : Riyadussolihin (رياض الصالحين)

Pengarang    : Imam Nawawi (w676h)

Tempat          : Masjid AnNur, WP Labuan

Hari                  : Rabu (selepas solat maghrib)

Wallahua’lam

Advertisements

Muliakanlah tetamu…

fal yukrim dhaifahu...

fal yukrim dhaifahu...

Hadith diatas adalah berkenaan dengan anjuran Rasulullah untuk memuliakan tetamu. Lafaz “falyukrim jaarahu” bermaksud perintah memuliakan tetamu. Tetapi adakah ianya perintah wajib atau sunnat?

 

Imam Ahmad dan AlLaith mengatakan ianya wajib sehari semalam. Mereka membawa satu hadith riwayat Ibn Majah “Semalam melayan tetamu hak yang wajib terhadap orang muslim”

 

Pengarang Kitab AlWafi, Dr. Mustafa AlBugha dan Mahyuddin Misto apabila menghuraikan hadith 40 yang disusun oleh Imam Nawawi menyatakan;

“Pendapat jumhur (kata sepakat) menyatakan ianya adalah sunnat dan termasuk didalam bab akhlak-akhlak mulia dan bukanlah wajib. Lafaz “falyukrim” tersebut didalam riwayat lain “Falyuhsin” iaitu berbuat baiklah kamu terhadap tetamu. Oleh itu, ia bukanlah menunjukkan perintah wajib kerana amalan memuliakan dan berbuat ihsan termasuk dalam bab-bab akhlak yang mulia”

 

Glosari Arab :

*Daifun (ضيف)= tetamu

Duyuf (ضيوف)= para tetamu

 

*Kalimah itu sudah pun digunakan didalam Bahasa Melayu iaitu “dif-dif kehormat”. Dif itu adalah berasal dari kalimah “daifun” yang bermaksud tetamu.

 

Wallahua’lam

Puasa 6 Hari di Bulan Syawal..

Ada perkara yang penting dapat ana salinkan di sini dari salah satu web sunnah :

Hadith puasa 6 hari di bulan Syawal

Hadith puasa 6 hari di bulan Syawal

Apakah Puasa Syawal Harus Berurutan dan Dilakukan di Awal Ramadhan ?

Imam Nawawi dalam Syarh Muslim, 8/56 mengatakan,

“Para ulama madzhab Syafi’i mengatakan bahwa paling afdhol (utama) melakukan puasa syawal secara berturut-turut (sehari) setelah shalat ‘Idul Fithri. Namun jika tidak berurutan atau diakhirkan hingga akhir Syawal maka seseorang tetap mendapatkan keutamaan puasa syawal setelah sebelumnya melakukan puasa Ramadhan.”

Oleh karena itu, boleh saja seseorang berpuasa syawal tiga hari setelah Idul Fithri misalnya, baik secara berturut-turut ataupun tidak, karena dalam hal ini ada kelonggaran. Namun, apabila seseorang berpuasa syawal hingga keluar waktu (bulan Syawal) karena bermalas-malasan maka dia tidak akan mendapatkan ganjaran puasa syawal.

Catatan: Apabila seseorang memiliki udzur (halangan) seperti sakit, dalam keadaan nifas, sebagai musafir, sehingga tidak berpuasa enam hari di bulan syawal, maka boleh orang seperti ini meng-qodho’ (mengganti) puasa syawal tersebut di bulan Dzulqo’dah. Hal ini tidaklah mengapa. (Lihat Syarh Riyadhus Sholihin, 3/466)

Sumber asal di sini.

Amalan Sunnah di bulan Syawal…

Saya rasa sudah ramai yang menulis artikel begini. Mungkin elok saya beri url nya sahaja, agar pembaca dapat membaca dengan selesa karangan mereka.

Salam Eidul Fitri kepada semua…

1. Bro aiman ada tuliskan dalam al-ahkam artikel berikut. Sila klik di sini.

2. sahabat, akob ada menulis di sini.

Kita perlu banyakkan membaca. Lagipun perihal Ramadhan dan Syawal ini akan berulang setiap tahun. Adakah kita tidak mengambil peluang mendalaminya? Hanya tunggu tiba masanya barulah kita mengulangkaji semula? Apapun, kita sama-sama manfaatkan masa untuk menimba ilmu. Semoga Allah menambahkan ilmu kita agar kita memperoleh kebaikan di dunia dan juga akhirat.

Wallahua’lam.

Maaf Zahir Batin, Salam eidul fitri…

Salam Eidul Fitri kepada semua...

Salam Eidul Fitri kepada semua...

Hadith Ramadhan…

Pengertian Hadith :

 

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu” [Muttafaqun ‘alaih]

 

Syarah Hadith :

 

Hadith ini merupakan hadith utama kelebihan orang-orang beriman yang berpuasa ramadhan iaitu dosa-dosa terdahulu mereka diampunkan. Dosa-dosa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa selagimana mereka tidak melakukan dosa besar. Ini kerana dosa besar secara khususnya wajib bertaubat kepada Allah Ta’ala. Pengertian ini juga berkesinambungan dengan hadith yang menceritakan tentang “terhapusnya dosa bermula ramadhan ke ramadhan akan datang selagimana bukan merupakan dosa besar”.

 

Manakala, hadith diatas menyebut “dosa-dosa yang terdahulu” sahaja dan bukannya seperti sebahagian riwayat dhoif pada hadith tersebut dengan tambahan “diampunkan juga dosa-dosa yang akan datang”. Pakej istimewa tersebut ternyata hanya milik istimewa para anbiya dan rasul.

 

Dosa-dosa kecil orang-orang yang berpuasa Ramadhan ini dihapuskan oleh Allah dengan syarat :

 

1. DILAKUKAN PENUH KEIMANAN

 

Orang-orang mukmin sifat puasanya adalah dengan penuh keimanan. Yakni mengakui akan kewajipan berpuasa sebagai seorang muslim. Maka dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat tersebut dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala pantang larang puasa. Manakala, Imam Nawawi menyebut yang dimaksudkan dengan dilakukan dengan penuh keimanan iaitu meyakini atas terdapat kelebihan-kelebihan berpuasa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

2. BERPUASA SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH

Manakala, orang yang berpuasa mengharapkan keampunan Allah bermakna mereka tidak mengharapkan pujian dari manusia, atau motif yang lain. Yang mereka tujukan puasa tersebut hanya kerana Allah Ta’la. Mereka yang terlalu mengharapkan rahmat, ganjaran, keampunan, taubat dari Allah antara golongan yang akan diampunkan dosa-dosanya selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan yang telah ditawarkan sekali dalam setahun ini. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita.

Wallahua’lam.

Kuliah Ramadhan…

Bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya tersendiri...

Bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya tersendiri...

Jadual kuliah sempena Ramadhan sudah ku terima seperti berikut :

5 September 2008 – Ciri-ciri anak soleh

12 September 2008 – Siapakah ahli Sunnah?

19 September 2008 – Banyakkanlah berdoa

26 September 2008 – Ikhlas dalam ibadah

Tempat : MASJID IOFC, KERUPANG, WP LABUAN

Masa : Selepas 4 rakaat Sunat Tarawikh.

Tempoh : 15-20 minit

Syukran atas kepercayaan Ahli Jawatankuasa Masjid untuk memberikan tazkirah di dalam bulan Ramadhan. Usaha kalian sangat besar ganjarannya di sisi Allah demi memeriahkan lagi suasana ibadah di bulan tersebut.

Index Pencarian..

Saya menjenguk sebentar index pencarian orang ramai sehinggakan ’ter’singgah blog saya. Biar saya bantu anda semampu yang mungkin :

1- kelebihan haji

Memang saya akan buat entri haji tetapi apabila sampai masanya. Yang ada di dalam blog ini artikel haji yang sudah saya tulis dan dicetak di dalam Berita Harian.

More

Previous Older Entries