SIS atau CSI

Tahun 2010 menjanjikan pembaharuan. Tiada yang lebih baik dari menukar theme blog ini.

Oh, hari ini 26 Januari ada berita mengkhabarkan bahawa buku Sister In Islam diluluskan. Apa dah jadi? Katanya hanya tujuh muka surat melanggar garis panduan JAKIM. Perkataan ‘hanya’ di sana seolah-olah cerita kuih muih dan perkara remeh sahaja apabila berkenaan tentang bahaya terhadap akidah.

Siapa Sister In Islam?

Pemakaian Tudung Menurut SIS

Wallahua’lam

Advertisements

Adab…

Alhamdulillah, kuliah di Masjid Layangan akan diteruskan. InsyaAllah bermula pada hari ini. Update kuliah terkini ada disebelah kanan blog ini.

Masjid Hasan Thani, Casablanca, Morocco

Kuliah di IOFC baru-baru ini menyeronokkan kerana ada soal dan jawab berkenaan masalah tahiyyatul masjid. Alhamdulillah, walaupun masih sedikit jemaah yang menghadiri kuliah, tetapi adanya soal jawab menghidupkan lagi kuliah tersebut.

Smartcoco

Punca rezeki itu 9/10 datangnya dari perniagaan.

S : Eleh, cakap pasal perniagaan. Ko pun makan gaji!

M : Takla 100% makan gaji. Sekurang-kurangnya jadi juga pengedar produk smartcoco. Yang ko cakap banyak, apa pula sumbangan ko pada umat Islam?

S : Err.. err.. smartcoco tu natang ape?

M : Cakap macam pandai je, ko bace sendiri jer kat testimoni smartcoco. Kecek banyok la!

Entah mengapa pula minat dengan produk smartcoco. Antaranya ialah rasanya memang sedap. Dan satu lagi, memang ada gingko biloba, antara bahan yang menyebabkan mengantuk sebab sedang optimumkan fungsi otak.

InsyaAllah, masih mencari murid yang terlalu aktif (hyper) untuk menjadi testimoni seterusnya. Memang banyak calon di kelas-kelas hujung. Apa salahnya mencuba kepada anak murid sendiri.

Emm, saya sudah ada calonnya! Tunggu!

Dret…! SMS berbunyi. “saya nak sekotak lagi”. Pelanggan dari Bukit Kalam memesan buat kali kedua dalam tempoh dua minggu. Alhamdulillah! Tinggal 6 kotak lagi!

Selusuh

Alhamdulillah, setelah bertanya rakan, barulah aku faham selusuh itu ada 2 jenis. Satu, air selusuh. Dua, minyak selusuh. Aku terfikir sebelumnya ianya adalah nama produk yang dijual di Malaysia. Ya, memang sudah ada dijual dengan jenamanya yang pelbagai.

Rupa-rupanya selusuh itu dihasilkan antaranya menerusi bacaan ayat-ayat AlQuran dan dihembuskan kepada air dan minyak tersebut. Cuma, ada tatacaranya seperti yang dijelaskan oleh pakar-pakar pembuat selusuh (boleh cari sendiri di dalam enjin carian).

Walaubagaimanapun, tertarik dengan perbincangan dengan mak, orang yang melahirkanku…

A : Mak, fikirkan apa minyak selusuh ni…

Mak : Kalau dah sihat, tak perlu pun takpa, itu sebagai tambahan aja. Ada cikgu tu, nak dekat masa beranak, dia sendiri bawa kereta, pastu mengaji pula kat rumah kita ini. Tak perlu pun selusuh. AlQuran kalau dah baca setiap hari, insyaAllah lebih mujarab dari selusuh tu…

A : Ooo.. bijak2.

Itulah seorang mak aku yang dilahirkan dalam suasana beragama. Hidup beragama memang best! Air dan minyak itu hanya sebagai option.

Antara surah-surah yang dibaca ialah Luqman, Yusuf dan Maryam. Inilah antara surah-surah terkenal di kalangan ibu-ibu kita. Mungkin ada yang arif 3 surah ini sahaja. Wah, malanglah  jika AlQuran dibaca ketika sempena dan mengharapkan benda-benda tertentu sahaja.

AlQuran itu diturunkan agar ia dibaca semua ayat-ayat dan sebagai petunjuk kepada manusia sekalian alam.

Nak jadi cerita, sempat hafal Surah Luqman dalam masa 2 hari. Dan aku sendiri yang bacakan ayat dan maknanya kepada bakal anakku. Si ayah pun kena faham ayat yang dibaca, bukan main hembus-hembus ja! 🙂

Dan jangan lupa. AlQuran bukannya dibaca berdasarkan sempena dan masa-masa tertentu, tetapi ianya dibaca setiap hari, difahami dan diamalkan!

Mari beramal!

Sketsa :

A : Jadi haramlah guna selusuh?

B : Sapa kata haram?

A : Jadi, yang ustaz tulis pasal selusuh tu?

B : Ko baca ker tulisan aku?

A : Baca..

B : Ada ker saya kata haram?

A : Takde, tapi tak digalakkan

B : Tak digalakkan pun takde. Lain kali baca betul-betul. Saya ajak kita bersama membaca ALQuran setiap hari!

A : Jadi tak haram lah guna selusuh?

B : Yang haramnya buat fitnah kat orang!

A : erkk, maaf ustaz!

2010

Karenah dan telatah murid menjadi perhatian guru di awal tahun. Apatah lagi murid yang baru memasuki darjah Satu. Ada juga beberapa perkara yang perlu diberitahu kepada ibubapa, khususnya berkenaan pemakaian perkara yang terlarang seperti rantai dan tangkal bagi murid lelaki dan sebagainya.

Tangkal...

Ertinya masih ramai ada ibu bapa yang percayakan ‘benda pelik’ untuk menyelamatkan anak mereka. Mungkin kerana kurang pendedahan ataupun terlalu terpengaruh ajaran dari ahli keluarga, jiran atau sahabat akan mujarabnya benda-benda pelik tersebut.

Karenah 2010 :

Murid : Ustaz, nak berak!

Ustaz : OK

Tiba-tiba murid tersebut masuk semula ke dalam kelas. Beberapa minit, dia meminta izin pula.

Murid : Ustaz, nak berak!

Ustaz : Kan tadi dah minta izin, kenapa kamu masuk kelas semula?

Murid : Tadi belum ada ‘rasa’.

Ustaz : Lorrr…Ha, pergi cepat

Peristiwa ini berlaku pada 6 Jan 2010, lebih kurang jam 11.35 pagi.

Hamil…

Antara klip yang paling digemari oleh saya dan isteri. Keagungan Allah Ta’ala mencipta makhluknya. Klip ini asalnya ditonton di dalam facebook, tetapi saya menjumpai dari koleksi tuan punya klip iaitu Evariny. Saksikanlah!

Klip yang perlu ditonton kepada bakal ayah dan ibu.

Orang kata, si ibu akan menangis melihat kepada klip ini. Itu normal kepada seorang ibu yang dikurniakan perasaan kasih sayang oleh Allah kepada anaknya!