alA’lam..

Biografi Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq atTorifi

Lahir pada 1396 hijrah di bumi Madinah.

Berguru dengan beberapa orang ulama iaitu :

1- SS Abdul Aziz bin Baz – berdamping dengannya bertahun – tahun dan banyak mengambil ilmu darinya

2-Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Uqail

3- Syeikh Mohd Hasan asSyanqiti

4-Syeikh Soleh Ali Syeikh

5- Syeikh Abdul Rahman bin Nasir Baraak

6- Syeikh Muhaddith Abdul Karim alKhudair

7- Syeikh Mohd Abdullah asSomal

8- Syeikh Mohd Hasan alAthyubi

9- dan lain-lain dari masyaikh-masyaikh..

More

alMabrur..

MAKNA SEBENARNYA MABRURNYA HAJI..

Istilah mabrur lebih mashyur dibibir masyarakat dari mengetahui maknanya sebenar. Apakah yang dimaksudkan haji mabrur sebenarnya?

Ibn Kholawaih mentakrifkan alMabrur sebagai alMaqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa) [Fathul Bari, Bab : Kelebihan Haji Yang Diterima 5/155]

Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima didalam bab “Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”.

Ini berdasarkan 2 riwayat utama ialah Abu Hurairah dan Aisyah Radiyallahu’anha iaitu :

1- Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

i

“Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya : Haji yang mabrur (diterima”). [Sahih Bukhari No 1422, Bab Kelebihan Haji Mabrur]

ii-
“Aku dengar Nabi bersabda : sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih dari dosa-dosa)” [Sahih Bukhari No 1424, Bab Kelebihan Haji Mabrur]

2- Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:

“Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda : Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)”. [Sahih Bukhari No 1423, Bab Kelebihan Haji Mabrur]


BAGAIMANA MENCAPAI HAJINYA MABRUR?
More

alFahris2..

Indeks Sahih Muslim ada 40 tajuknya iaitu;

1-Kelebihan Bulan Ramadhan

2-Kewajipan berpuasa kerana melihat anak bulan, dan berbuka (melihat anak bulan syawal-pent) kerana melihatnya. Sekiranya terlindung, maka dicukupkan sebulan dengan kiraan 30 hari

3-Tidak berpuasa sehari atau dua sehari sebelum ramadhan

4-Sebulan (juga) ialah 29 hari

5-Keterangan melihat anak bulan bagi setiap kawasan, dan tidak dihukmkan bagi yang berjauhan

More

alFahris..

Dr Hasan ‘Alami, salah seorang pensyarahku subjek Fikr Islam pernah berkata “Kalau kita tidak kuasai ilmu sesuatu itu sekalipun, biarlah kita tahu isi kandungan buku tersebut sehingga mungkin digelar ulamak fahris (ulama indeks). Dan jikalau kamu hendak mudah menjadi alim sesuatu ilmu, karangkan satu tajuk kemudian buat kajian dan perbandingan diantara buku-buku, insyaAllah, ilmu senang difahami secara menyeluruh” [Nasihat ketika kuliah subjek Fikr Islam, 2002]

Atas dasar itu, apa salahnya kita mengetahui dua indek kitab sahihain iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Mudah-mudahan ada gambaran ringkas lingkungan hadith sahih didalam dua kitab hadith ini yang digelar assohihain.

Oleh kerana kita berada didalam Ramadhan, maka ana bawakan indeks PUASA dari dua kitab didalam bab Ramadhan.

Oleh itu, sesiapa yang belum ada berkesempatan membaca habis keseluruhan isi kandungan hadith-hadith sahih bukhari dan muslim, mari kita selusuri secara mudah tajuk indeksnya dahulu.

More

Ziyadah atThiqah..

Riwayat Muhammad bin Auf didalam hadith doa azan :

Daripada Ali bin ‘Ayyash, dari Syu’aib bin Abi Hamzah, daripada Ibn Munkadir, daripada Jabir Radiyallahu’anh bahawa Nabi pernah bersabda:

من قال حين يسمع النداء: اللهم رب هذه الدعوة التامة, والصلاة القائمة, آتِ محمداً الوسيلة والفضيلة, وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته, إنك لا تخلف الميعاد

Tambahan (إنك لا تخلف الميعاد) datangnya didalam Sunan alBaihaqi dari riwayat Muhammad bin Auf. Beliau menyalahi para huffaz hadith yang lain seperti:-

– Ali bin alMadini
– Ahmad bin Hanbal
– alBukhari dan selainnya dari imam-imam hadith

Yang juga meriwayatkan dari Ali bin ‘Ayyash tetapi tiada tambahan :
(إنك لا تخلف الميعاد)

“Sebahagian para ulama menyatakan inilah bentuk menambah thiqah (ziyadah athiqah), tetapi ianya tidak benar. Yang benarnya, inilah tambahan yang salah (syazzah), atau boleh juga kita katakan ianya mungkar. Ini kerana terdapat juga kebanyakan ulama hadith mengatakan mungkar sekiranya terdapat sebarang tambahan ke dalam hadith-hadith”

[Syarh alMuqizoh, Syeikh Sulaiman bin Nasir Ulwan]

Ahlan Ya Ramadhan..

mubarak1.jpg

alIslam fi Uruba..

Islamic conquest of Europe?

Previous Older Entries