Masalah wordpress

1-
Sedang berusaha menyiapkan sebuah ebook. Cuma, terpaksa membatalkan hasrat ingin menterjemah sebuah karya Syeikh ‘Atiah Salim dalam tajuk tanggungjawab berjiran. Ini kerana kesukaran memahami bahasanya, apatah lagi ingin isi kandungannya terlalu tebal.

Cuba mencari buku yang nipis untuk diterjemahkan menjadi ebook. Sekadar untuk percubaan diedarkan secara percuma di dalam blog ini.

2-
Masalah di wordpress pula tulisannya tidak ‘justify’ iaitu sekata dihujungnya. Sedang mengubahsuai CSS editor untuk mengubah kepada ‘justify’ agar cantik dan menarik.

Biasanya menggunakan fungsi ‘justify’ di word. Cuma, kadangkala boleh berubah saiz tulisannya menjadi tidak sekata dengan entri yang lain.

Lagipun, yang paling mengharukan ialah apabila ingin mengubah CSS editornya, ia meminta bayaran. Masih tidak berbaloi untuk membayar hanya untuk mengubah ‘justify’semata-mata. Lagipun ini bukanlah blog yang hebat seperti blog Zaharudin, SaifulIslam, Zahazan dan sebagainya. Hanya sekadar matlamat asalnya INGIN BELAJAR MENULIS.

apo nak dikato!

3-
Celcom broadband tidak dapat mencapai kelajuan 3.6mbp/s. Itulah hakikatnya. Walaupun alatnya boleh mencecah 7.2mbps kononnya, tetapi Celcom boleh mencecah 3.6mbp/s.

Mungkin ia lebih baik dari broadband yang lain kerana ada plan yang tidak memerlukan kontrak dan kita boleh tamatkan bila-bila masa. Itulah kelebihannya.

Kelajuan? Paling laju selama digunakan mencecah 200 kbp/s bukan mbp/s!

Sedang memikirkan untuk merubah broadband samada WiMax (potong!) atau digi dalam masa terdekat. P1W1max tiada lagi coverage di WP Labuan.

Speedy…

Alhamdulillah dah aktif Celcom Broadband. Apa kata saya test kelajuannya? Jom lihat

speedtest11

Kali pertama testing speed. 111 Kbps?

Lihat kali ketiga. Kali kedua disembunyikan. Memalukan. Hehe

speedtes21

127 kbps..!! Amazing.. Haha

Ini hak saya untuk memberitahu rakan-rakan sekalian. Kawasan saya adalah KAMPUNG BERDEKATAN BANDAR UTAMA. Anda pula dimana?

Oh, cuba speed streamyx pula. Hehe

speedtes3

526 Kbps. Tak perlu cuba lagi. Anda bagaimana?

Ah, alangkah nyamannya masih menggunakan streamyx. Tetapi, aku terbayang bagaimana jika syarikat luar yang hebat-hebat masuk ke Malaysia? Anda dapat bayangkan?

Celcom Broadband…

Beli dengan harga RM499.00. Beli bukan kerana streamyx rosak, tetapi untuk masa akan datang dan mencuba teknologi baru. Katanya, syarikat luar berebut hendak masuk ke negara kita untuk mempromosi barangan portable internet mereka yang dikatakan boleh mencecah capaian gigabyte!

Saya pernah mengembara di Eropah. Ketika itu, pada tahun 2001 saya masuk ke Cyber Café dan capaian internet pada masa itu mencecah 1GB. Terlalu pantas, cadang ingin melayari selama 1 jam untuk urusan emel, tetapi hanya menggunakan 10 minit dan terpinga-pinga merancang kerja seterusnya.

Itu kan tahun 2001. Apakah usaha mereka hanya sampai di situ sahaja? Pasti anda akan dapat rasanya kehebatannya pada tahun ini. Di manakah kedudukan kita? Anda jawab la sendiri.

Yang menarik, sudah dua hari membeli Celcom Broadband yang comel ini tetapi belum lagi aktif-aktif. Hari ini saya bakal menziarahi kaunter Celcom. Hehe…

Gagal!

Aku jarang gagal mencari solusi untuk bab-bab berkaitan komputer. Tetapi inilah antara kegagalan aku iaitu TIDAK MAMPU MEMAMPARKAN SHOUTBOX dari laman shoutmix di blog aku. Setelah puas aku berusaha menjejaki rakan wordpress, akhirnya terjumpa di Sandys bahawa shoutmix pernah membalas emelnya dan menyatakan begini :

Hello,

WordPress does not allow you to insert the codes as a text-widget in the sidebar. Technically, WordPress disable any IFRAME tag from being used in the side-bar thus the shoutbox code that you paste into the template did not appear on your page after you save.

You may insert it as a new page as how we have done in our installation guide.You may view our installation guide regarding the setup to ensure everything works correctly:  http://www.shoutmix.com/main/help.php?view=Guides/wordpress

Let us know if you have any questions.

Regards,
Snecx
ShoutMix

Rupanya, aku masih belum gagal. Aku mesti mencari ikhtiar lain mencari shoutbox dari syarikat lain.

ICT..

Minggu ini aku optimumkan pengetahuan ICT kepada murid-murid untuk belajar subjek Bahasa Arab. Rasanya seperti indahnya kehidupan ini. Maksudnya, seronok apabila murid-murid memberi perhatian penuh kepada skrin LCD di Bilik Tayangan.

1 Cekap beres.

1 Amanah belum berkesempatan hadir di Bilik Tayangan.

1 Ikhlas sudah 2 kali.

Aku perlu tambah lagi bahan seperti nasyid mudah-mudah dalam topik-topik tertentu. Topik atau sibilus minggu lalu, USRATI..

USRATI = Keluargaku

Tetapi, hampir semua murid ingat ibu (ummi) sahaja. Padahal, bapa, adik, abang dan kakak pun ada dalam silibus tersebut. Kemanakah perginya mereka?

Betapa besar pengorbanan seorang ibu..