Tuduhan si murtad 1

Lailatul Qadar menjadi penyeri bulan Ramadhan. Beruntunglah kepada orang yang berjaya menghidupkan malam apatah lagi bertepatan dengan malam lailatul qadar. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan bakal bersih dan suci dari segala dosa selepas Ramadhan, insyaAllah…

Macam-macam juga godaan yang datang kepada orang yang berpuasa. Antara yang paling popular ialah resepi 1001 di bazar-bazar, mata yang terdedah dengan aurat yang dipamerkan secara sengaja, hawa nafsu yang jahat yang masih berbaki, perjalanan yang meletihkan, cuaca yang terlalu panas mengundang kehausan yang amat sangat dan sebagainya.

Ada juga yang tidak segan silu memanjangkan (forward) klip-klip video yang meragukan, menggelikan hati, meng’hitam’kan kalbu, menyedihkan jiwa, menggembirakan hati dan sebagainya. Tidak kurang yang mempengaruhi iman dengan bisikan syaitan yang dahsyat seperti klip seorang murtad tentang agama Islam.

Sempat membuat penilaian ringkas serta jawapan kepada tuduhan tersebut di Majid Layangan. Tetapi masa suntuk dan hanya boleh membuat komentar ringkas sahaja. Antara tuduhan si murtad ini ialah:

1. Nabi pun tidak tahu tafsir “ihdinnassirotol mustaqim” sejak dulu

2. Nabi berzina

3. Hajarul Aswad menyerupai kemaluan wanita

4. Licinnya batu-batu lontaran jamrah tanda diterima Tuhan?

5. Dan banyak lagi.

Bagi sesiapa yang mempunyai ilmu yang mantap, sedikitpun tidak terusik jiwanya dengan fitnah begini. Ini kerana lontaran dan fitnah begini hanya boleh mengusik dan mempengaruhi iman-iman yang lemah. Tetapi paling membahayakan apabila klip murtad ini ditonton oleh anak-anak kecil malah turut melayan gelak ketawa si murtad ini tadi. Adakah anda sudah periksa anak-anak anda tentang penyebaran klip ini?

tuduhan semata-mata

Jawapan ringkas akan kita sebutkan satu persatu di blog ini agar jelas dan bersih dari segala syubhat. Mari kita lihat tuduhan yang pertama yang mengatakan bahawa Nabi tidak tahu tafsir ayat dari Surah AlFatihah sejak dari dahulu.

Si murtad mendakwa dari dahulu Nabi hanya membaca “tunjukkan kami jalan yang lurus”, ini membawa maksud nabi pun tidak tahu, jalan yang lurus itu bagaimana bentuknya? apa yang lurusnya?

JAWAPAN : Apabila kita merujuk kepada AlQuran, kita kena bawa sekali sumber perundangan kembarnya iaitu AlHadith. Manakala, kitab-kitab tafsir pun telah mengumpul pendapat-pendapat para sahabat melalui riwayat hadith-hadith yang sahih tentang permasalahan di dalam AlQuran.

Adakah Nabi jahil tentang apa jalan yang lurus. Mari kita rujuk tafsir sejenak :

– Tafsir Ibn Kathir = jalan yang telah jelas lurusnya

– Tafsir AlQurtubi = agama Islam

– Ibn Abbas = jalan yang lurus tidak bengkok iaitu agama Allah (Islam)

– Tafsir AtTobari = jalan ke Syurga (tiada jalan lain melainkan dengan agama Islam)

– Tafsir Zamakhsyari = millatul islam yakni agama Islam

Kesimpulannya, tafsir صراط المستقيم di dalam ayat tersebut merujuk kepada agama Islam. Oleh kerana, si murtad tadi malas mengkaji, maka dia hanya membuat tuduhan melulu sahaja. Tetapi, tuduhan-tuduhan yang diajukan sebenarnya hanya memantapkan lagi iman orang-orang beriman kerana orang-orang mukmin akan terus mendalami AlQuran dengan fahaman yang betul dan benar.

InsyaAllah, kita akan sambung kepada tuduhan dan jawapannya di siri 2.

Advertisements

Ahlan Ya Ramadhan 1431H

Assalamualaikum wbt…

Ahlan Ya Ramadhan, tiada kata lain yang layak bagi Ramadhan yang tiba untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Mudah-mudahan iman kita makin mantap dan teguh. Jangan lebur, lemah dan luluh.

Ramadhan Kareem

Ramadhan itu disebut di dalam kitab Fiqhul Ibadadat ala mazahib asSyafiie sebagai dua :

1. Bulan yang kering dan panas.

2. Bulan penghapus dosa-dosa.

Ini juga adalah ilmu di dalam bulan Ramadhan. Kalau kita rajin membaca, banyaklah kita dapat manfaatnya. Yang penting, jangan lupa sampaikan kepada sahabat dan taulan agar dapat pahala yang banyak dan tidak putus-putus dari Allah Ta’ala.

Mari berpuasa..Hayya nasuum…

Isi Tazkirah Ramadhan…

Sg Buton (berdekatan dengan Bebuloh) WP Labuan

Sg Buton (berdekatan dengan Bebuloh) WP Labuan

23 Sept 2008 – Tazkirah di Masjid Sg. Buton (anjuran Jabatan Penerangan)

ISI-ISI PENTING TAZKIRAH :

kelebihan bulan ramadhan

ganjaran berganda kepada amalan-amalan kebajikan

tuntutlah ilmu – cth : ilmu hukum hakam ramadhan

rebut malam lailatul qadar

berdoa agar ditemukan lagi bulan ramadhan akan datang

Tazkirah Ramadhan…

Ada beberapa tazkirah lagi sebelum menjelang Eidul fitri..

Syeikh Abdul Majid AzZindani

25 Sept 2008

9.00 malam – Kolej Matrikulasi Labuan (selepas Tarawih)

27 Sept 2008

5.30 pagi – Kuliah Subuh di Masjid Bukit Kalam

5.00 petang – Taman Pertanian, Kilan (khusus untuk wanita)

Tajuk Tazkirah…

Ramadhan bulan yang mulia...

Ramadhan bulan yang mulia...

Antara tajuk-tajuk yang terdapat didalam buku tazkirah Bingkisan Ramadhan ialah :

1. Ramadhan yang dinanti-nantikan

2. Dapat hidup dibulan Ramadhan adalah satu rahmat besar

3. Ramadhan kali ini lebih baik dari dahulu

4. Bersahurlah

5. Berpuasalah seperti yang dikehendaki Allah

6. Berbukalah dengan makanan yang halal

7. Ya Allah, bantulah kami beribadat kepada Mu

8. Jangan tinggal puasa

9. Jangan hanya berpuasa tetapi tidak solat

10. Berpuasalah sepenuhnya

11. Sucikan jiwa

12. Merdekakah diri kita daripada syaitan dan nafsu

13. Pintu syurga dibuka

14. Pintu neraka ditutup

15. Adakah sesiapa memohon kepadaKu malam ini

16. Tarawih hanya pada Ramadhan

17. Rebutlah peluang bertarawih

18. Perbanyakkan amalan sunat

19. Banyakkan bersedekah

20. Elakkan maksiat dan perkara sia-sia

21. Ku rasa apa yang kau rasa

22. Mencari malam yang lebih baik daripada seribu bulan

23. Mengisi malam yang lebih baik daripada seribu bulan

24. Lailatul Qadar : Tawaran hebat daripada Allah

25. Ramadhan bulan hidayah alQuran

26. Baca alQuran dan khatamlah

27. Berdoalah agar dapat bertemu lagi Ramadhan

28. Sambutlah aidilfitri sebagai hari ibadat

29. Leburkan dosa ditapak tangan

30. Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita

Inilah tajuk yang terdapat didalam buku tersebut. Anda juga berpeluang mengambil tajuk diatas sebagai tazkirah anda sempena Ramadhan yang mulia.

Mari beramal..

Bingkisan Ramadhan…

Sedang membaca satu buku yang sangat bagus. Ianya sesuai dibawa kemana-mana sahaja untuk tazkirah Ramadhan. Dikarang oleh guru-guru dan dikumpulkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Selangor.

Seronok membacanya..

Seronok membacanya..

Alhamdulillah, boleh dibaca setiap hari satu. Karangannya dikira bermutu kerana melalui tapisan para panel penulis. Syabas diucapkan kepada usaha BPI Negeri Selangor.