Qari..

qari

Tahniah kepada qari yang memenangi tilawah peringkat antarabangsa. RM2,000 sebulan selama seumur hidup. Perkara sebegini ramai yang menyukainya. Tersenyum lebar qari-qari hebat Malaysia!

Itu sebagai galakan tambahan. Tetapi usaha untuk mempelajari ilmu AlQuran sangatlah dititik beratkan. Takut-takut kita ‘reti’ mengalunkan lagu tetapi kurang faham apa yang sedang disampaikan oleh Allah kepada kita. Kita asyik mengalunkan ‘bayati’ rupa-rupanya dalam ayat tersebut mengandungi ancaman Allah kepada orang yang cakap tak serupa bikin.

Dan banyak lagi, timbalah ilmu AlQuran. Belajarlah mengaji dan jangan lupa rujuk terjemahan dan tafsiran. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati oleh Allah…

Tadabbur…

Telefon bimbit. Ada yang suka kecanggihan videonya, ada yang suka akan kehebatan pixel kameranya, ada yang suka bentuknya yang comel. Tetapi sayangnya setelah dibeli dengan harga yang begitu mahal dan memilikinya, ianya tidak mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya…

Hatif Niqal...

Hatif Niqal...

Seolah-olah pembelian telefon bimbit tadi tidak membawa apa-apa faedah kepada tuannya.

AlQuran. Satu kitab panduan. Memandu ke jalan yang lurus. Kita tahu ianya kitab panduan. Kita tahu kitab tersebut tidak akan ketinggalan zaman kerana ianya wahyu. Kita tahu kitab tersebut adalah kalam ALlah. Tetapi kita sangat malas nak membacanya. Kita sangat malas membeleknya apatah lagi memahami isi kandungannya. Nampaknya kita masih lagi suka cakap tak serupa bikin. Dan kita telah sia-siakan kitab pedoman hidup tersebut.

nuskah alQuran...

nuskah alQuran...

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk memanfaatkan dan menggunakan kitab yang telah engkau turunkan sebagai panduan dan pedoman hidup.Ya ALlah, bantulah kami memahami kalamMu. …”

ALQURAN KITAB PETUNJUK..

Ramai orang yang mengaku bahawa kitab AlQuran adalah kitab petunjuk tetapi betapa ramai yang membacanya? Ini kerana lidah mudah menyebut tetapi tidak hatinya. Mengapa begitu?

AlQuran kitab hidayah..

AlQuran kitab hidayah..

Apakah rasional anda tidak membaca AlQuran setiap hari? Mungkinkah kita…

More

Yaser AsSharqawy…

Youtube antara bahan video yang menjadi tutorial kepada beberapa orang yang ‘reti’ memanfaatkannya. Antara perkara yang baru diberitahu kepada saya oleh pensyarah maktab ialah video Yaser AsSharqawy. Beliau antara orang-orang yang dianugerahkan suara yang sangat merdu.

Cuba dengar-dengarkanlah!

Syeikh Abd Basit dalam kenangan…

AlQuran..

Semalam, berkesempatan lagi mengaji AlQuran di bawah kelolaan ustaz yang memang takhassus di dalam bidang AlQuran. Hari ini, jemaah semakin bertambah. Alhamdulillah..

Adakah anda benar-benar sudah khatam ilmu tajwid AlQuran?

Kalau rasa anda benar-benar tahu, sebutkan contoh izhar mutlaq? bagaimana cara membacanya?

Cuba anda baca perkataan ini :

الدنيا

Anda mesti sudah belajar nun mati bertemu ya adalah idgham. Tetapi ayat di atas di baca dengan izhar.

“Ya tak ya juga, mengapa ya ustaz?”

“Baru nak bertanya, siapa suruh malas belajar ilmu tajwid”

Hehe.. sila anda rujuk sendiri kitab tajwid..