AT – Upah atau pahala

oleh : Habibul Izzah Ahmad


Faiz sangat jimat berbelanja. Setiap hari duit belanja sekolah yang diberikan kepadanya disimpan ke dalam beg duit miliknya. Sifat jimat ini tidak pula membuatkan Faiz lokek untuk membelanjakannya. Ada sahaja ideanya untuk membelanjakan duit simpanannya sama ada untuk membeli alat tulis ataupun barang permainan. Malahan Faiz turut menggunakan wang simpanan ini untuk dilaburkan kepada adik-adiknya.

More

Advertisements

AT – Adilkah?

Si kecil kini

Meniti lorong suram

Mencari setitik cahaya panduan

Moga terbit neon pedoman

Seharian lalui pilu,

Meratap syahdu dalam bait tangis

Teriak batin bergejolak jiwa

Lara merobek sukma….

indahnya ciptaan Tuhan..

indahnya ciptaan Tuhan..

Si kecil terus meniti gelap malam

Berlari kecil di awan nan kelabu

Namun tak sekali berputus harap

Moga pelangi muncul di akhirnya

Diraih gerimis

di sambut bagaikan pelangi

bahagia seketika walau…

di sedari dunia seakan mendengus…

adilkah dunia?

Mengejek perih..

Si kecil yang mencari kebenaran

Secebis sinar harapan…

Dek sebuah kehancuran

Pembinasaan sepasang tangan bergelar insan

Kau yang menghapuskan

Kau jua yang merosakkan

Erm…patutkah dia ditertawakan?

Sedangkan dia mencari haluan

Sebuah kebenaran

Adilkah?

kau merosakkan

Namun!

org lain mencari pemulihan.

Adilkah?

Qurratul ‘Ain, Kenitra, Morocco…

Artikel Terbuka..

Blog ini membuka peluang anda menulis artikel agama untuk diterbitkan di sini. Tetapi ia hendaklah merupakan karya asli dan bukannya di salin dari mana-mana terbitan. Mesrarakyat akan semak dan memperkemaskan isi tersebut khususnya dari segi istidlal (penggunaan dalil) dan takhrij hadith-hadith yang digunakan.

Ringkasan bagi Artikel Terbuka ditulis AT.

Sesungguhnya ia bertujuan ingin membantu anda berkeyakinan di dalam penulisan. Walaupun ringkas ianya diterima. Buku yang tebal berjilid-jilid itu asalnya berpunca dari penulisan teks yang ringkas.

Oleh itu, selamat menjadi penulis yang baik, benar dan adil.

Sila hantar artikel anda di mesrarakyat@gmail.com