Palestin..

Tamer di tembak di kepala di hadapan rumahnya..

Di sebalik kegembiraan untuk menyediakan kek kepada anak-anak, Israel terus mengganas di Dar Al-Balah. Tamer menjadi mangsa seterusnya kekejaman tentera Israel.

Abu Shaar menceritakan detik kekejaman Israel dengan mengatakan “kami hidup di dalam suasana yang penuh dramatik. Terbenamnya matahari memberi tanda tiada seorang pun yang berani keluar rumah kerana tentera Israel pasti akan menembak”

“To go out means to die”

Cerita lengkap di sini.

Promosi Al-Ahkam.Net

Walaupun keadaan sekarang membuatkan saya kurang menyertai forum ke dalam ruang web Al-Ahkam, namun masih lagi berusaha mencari menyiapkan jawapan yang masih saya simpan di dalam direktori. Al-Ahkam adalah antara laman web fekah yang lengkap di tambah pula dengan kewujudan forum yang membolehkan para pensyarah, ustaz, ustazah dan orang awam berkongsi ilmu. Kini, di tambah dengan jabatan baru iaitu Jabatan Hadith yang bakal menyerikan suasana di laman web Al-Ahkam.

Daftarkanlah nama anda di dalam forum Al-Ahkam. Mudah-mudahan anda akan nikmati perbincangan yang ilmiah, InsyaAllah..

Kaitan Pelik dan Kematian..

Benarkah ada petanda jika seseorang itu hendak mati? Setakat ini, di dalam berita-berita tempatan mesti diceritakan tentang tanda-tanda pelik yang di alami oleh bakal si mati. Seolah-olah sesiapa yang akan mati mesti bersifat pelik, aneh dan menghairankan. Dan kata-kata yang selalu di dengar dengari oleh kita ialah :

“Buang tabiat, nak mampus..”

“Pelik betul perangai kau hari ini..”

Perubahan sifat tiada kaitan langsung dengan tanda-tanda kematian seseorang. Malah, tiada siapa pun tahu kematian yang bakal menjelma. Malah, tiada sumber sahih menceritakan tempoh-tempoh tertentu seseorang yang bakal mati.

Saya juga pernah membaca satu artikel tentang petanda mati sebelum tempoh-tempoh tertentu. Artikel itu di katakan di karang oleh Imam alGhazali. Tetapi, jika benar ia artikel dari ulama tersebut, dari sumber manakah ianya diambil? Setakat ini, saya belum menjumpai catatan sumber petanda mati yang kononnya di tulis oleh AlGhazali.

Ini demi menjaga nama baik ulama seperti Imam AlGhazali yang banyak difitnah oleh golongan pelampau dan golongan yang mengutuk secara membabi-buta.

Tudung di Turki..

byrakksu5.jpg

Semalam, Parlimen di Turki bersidang mengenai pemakaian hijab. Siapa yang berhak menang di antara 411 vs 103 ? Tentulah 411. Inilah suara majoriti dalam Parlimen di Turki yang membolehkan anak-anak perempuan berhijab/bertudung.

basortusu1.jpg

Jika tidak sebelum ini mereka memakai basortusu (sila lihat lampiran di atas), iaitu sejenis penutup kepala yang boleh dipakai dengan cara mengikat di bawah dagu.

Suasana di Parlimen Turki ketika 411 menyokong dasar pemakaian tudung. 

Sila baca selanjut di sini.

Solat..

Hari ini, saya sempat menghadiri pertandingan sukan Ping-Pong. Di dalam dewan tersebut, boleh dikatakan 100% muslim. Alhamdulillah, rupa-rupanya komuniti muslim. Sayangnya, tiada makluman pun tentang tempat bersolat. Sekurang-kurangnya penganjur pertandingan tersebut mengingatkan peserta tentang waktu solat asar dan maklumkan kedudukan surau/masjid yang berhampiran. Ini adalah tazkirah (mengingatkan kembali) akan kepentingan solat.

“Masing-masing faham la ustaz..”

“Kubur lain-lain, ustaz”

Mudah-mudahan kita dapat mengingatkan sahabat kita yang terlupa dan sahabat kita juga merupakan orang yang mampu mengingatkan kita sewaktu kita alpa dan leka.

“Saudara boleh bersolat Asar di surau/masjid yang berhampiran dewan kita ini”

Award For Kanoute..

Baru selesai entri mengenai Kanoute menyalurkan dana kepada salah sebuah masjid di Sevilla. Kali ini beliau merangkul Pemain Terbaik Afrika 2007.

Sila baca berita penuh di sini.

Quote yang menarik :

Kanoute refused last season to wear a jersey advertising for an internet gambling site because gambling is forbidden in Islam.

His team had to give him a brand-free jersey until he accepted wearing the sponsored jersey in return for money to an Islamic charity.

Ummi..

Um = Ibu

Ummi = Ibuku..

Lasaufa a’ud Ya Ummi – Ahmad Bu Khotir

(Aku akan pulang wahai ibuku..)

Ismi Ayat Ya Ummi (Namaku Ayat Wahai ibuku (Palestin)..)

Ummi (Ibuku..)  – Haddad Alwi dan Sulis

Previous Older Entries