Ada apa dengan ikan

funny...

Baru-baru ini sempat memancing. Bukanlah mahir seperti pengail yang lain.
Cuma suka belajar perkara-perkara yang baru dan bermanfaat.

“Buang masa la memancing!”
“Hobi yang tak menarik!”

Itulah antara kata-kata manusia yang kontra kepada aktiviti ini.Sedangkan ada beberapa manfaat untuk kita sebagai hamba Allah memerhatikan beberapa faedah tentang ikan.

Cuba kita lihat sejenak kekerapan perkataan ikan yang disebut di dalam kitab AlQuran. Ada tiga tempat disebut berkenaan tentang ikan. Di dalam Surah AlKahfi ayat 63, AsSoffat 142 dan AlQalam 48.

Mari kita buka terjemahan AlQuran ketiga-tiga ayat agar kita faham maksud dan cerita firman Allah.

1. Surah Alkahfi ayat 63 :

“Temannya berkata: “Tahukah apa Yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? sebenarnya Aku lupakan hal IKAN itu; dan tiadalah Yang menyebabkan Aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, Dengan cara yang menakjubkan”.

Ianya tentang kisah Nabi Musa AS yang ingin menjejaki Nabi Khidir. Iaitu Nabi Musa AS diwahyukan dapat menjejaki Nabi Khidir AS apabila mendapati ikan yang dibawanya masuk ke dalam lautan.

2. Surah AsSoffat ayat 142

“Setelah itu ia ditelan oleh IKAN besar, sedang ia dalam keadaan tercela (kerana meninggalkan kaumnya)”.

3. Surah AlQalam ayat 48

“Maka Bersabarlah (Wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah Engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh IKAN. (ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut IKAN”.

Dua ayat di atas menceritakan tentang Nabi Yunus AS yang ditelan oleh Ikan Nun (ikan paus).

Dengan glosari perkataan ikan ini sahaja kita sudah dapat menimba ilmu yang luas samada dari segi adab, akhlak, sejarah dan pelbagai ilmu. Betapa luasnya ilmu Allah Ta’ala.

“Bagaimana ustaz boleh cari perkataan ikan dalam bahasa arab sedangkan kami tak jumpa?”

“dalam bahasa arab, ada beberapa perkataan yang bermakna ikan. Orang Malaysia popular dengan kalimah SAMAKUN = سمك , manakala, kalimah yang kedua ialah HUUTUN = حوت , kalimah inilah yang yang ditemui di dalam AlQuran”.

Di dalam kamus AlMu’jam Al’Arabil Muyassar, kalimah ‘huutun’ ada dua makna :
1- ikan kecil atau ikan besar.
2- ikan paus

* Orang Maghribi biasanya menggunakan kalimah ‘huut‘ dan bukannya ‘samak‘ dalam dialek mereka seharian.

Wallahua’lam

Israk Mi’raj

Disatu ketika yang damai;

“Ustaz, esok malam buat ceramah ye”

“Sempena apa?”

“Buat-buat tak tahu pula! Israk Mi’raj la ustaz.”

“Ooooooooooooooooooo”

“Ustaz ceramah sket orang kampung biar ‘reti’ pasal Israk Mi’raj, diorang tu bukan faham sangat, maklumlah nak ke masjid pun malas!”

“Jadi, awak dah faham ler yer banyak pasal Israk Mi’raj? Awak aje la”

“Rasa-rasanya diorang boleh berubah hati ker dengar ceramah saya?”

“Saya gerenti ustaz orang ilmuan, setakat orang kampung, kacang jer bagi ustaz”

“Ooo gitu, kalau saya kata Israk Mi’raj berlaku pada Rabiul Awwal, awak percaya?

“Haa!!, ustaz ni bawa ajaran mana!? Sudah la ustaz!

Dia berlalu pergi dengan merah padam. Belum habis lagi bincang dah tak boleh terima pendapat.

Baru beritahu info sahih, dah buat-buat terkejut dan anggap dia sahaja yang betul. Macammana nak berubah kalau tak sedia menerima pendapat yang sahih?

Bahan bacaan tambahan di sini.

Inilah Masjid Aqsa, kubahnya biru.

Inilah Masjid Aqsa, kubahnya biru.

Jambatan yang dibina oleh Yahudi untuk ke Masjidil Aqsa

Jambatan yang dibina oleh Yahudi untuk ke Masjidil Aqsa

Gambar penuh Masjidil Aqsa

Gambar penuh Masjidil Aqsa

Untuk lihat peta sebenar melalui satelit terus ke Masjidil Aqsa, cuba klik sini.