Nasyid lagi…

Bagaimana memasukkan klip YouTube di dalam blog? (wordpress & blogger)

WORPRESS :

1- Klik ikon Add Video (dalam Add New Post)

2- Klik From URL, dan Copy alamat web klip youtube (contohnya : http://www.youtube.com/watch?v=KP9p02RzuNc ) yang anda pilih.

3- Klik Insert into Post.

Bagi BLOGGER pula, lihat klip ini :

Nasyid Alhamdulillah

Klip ini dimainkan di dalam sinetron Faiz dan Faizah :

Niat puasa…

Sukar hendak mengajar anak murid niat puasa. Ada satu lagu yang saya gunakan di sekolah. Jom memudahkan anak murid belajar bab puasa!

Mudahkan?

Nasyid Arab…

Terlalu banyak lagu-lagu arab di dalam YouTube. Cuma, anda perlu taip menggunakan bahasa arab. Maka anda dapati terlalu banyak sumber. Saya suka mencari lagu arab kanak-kanak untuk dijadikan bahan pengajaran. Antara kumpulan yang menarik minat saya dari dulu, Firqah Tuyur Jannah ( Kumpulan Burung-burung Syurga). Mungkin suara budak ini terlalu merdu sehingga menarik minat saya masa di sekolah menengah untuk mempelajari arab secara tidak langsung.

 

Antara klipnya :

 

Glosari:

Toyrun ( طير ) = burung

Tuyur ( طيور ) = burung-burung

AlJannah = Syurga

Nasyid Kanak-Kanak..

Dulu, saya pernah dengar budak menyanyi lagu. Itu biasa kan? Tetapi menyanyikan lagu hadith 40 luar biasa. Kanak-kanak cepat mendengar dan meniru. Biarlah tiru benda yang baik. Lagu Xifu & ALgebra tentang hadith 40 membantu kanak-kanak menghafal hadith secara tidak langsung ye.

Cuba dengar dan lihat :

Hadith Niat

Hadith Halal Haram

Tak nak dengar sudah!..