Antara tag yang menarik untuk digunakan ialah mengenai facebook akan berakhir. Masalah betul atau tidak, itu bukan perkara yang penting bagi peminat tag dalam blog masing-masing.
Antara faedah facebook ditutup;
-tutup pintu penyebaran fitnah
-tutup akaun ‘dosa-dosa gelap’ kita
-tiada lagi timbul isu tag gambar
-terhapus isu penceraian walaupun peratus kecil
-isi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat
Kadang-kadang kita sudah pun bertukar 360 dari jahat kepada orang yang baik dan berguna, tetapi dengan sebab ada facebook, dosa-dosa lalu diungkit oleh sahabat menyebabkan dosa yang terpadam sekian lama semakin membara dan tidak mustahil berperangai buruk seperti dulu. Orang yang sudah memakai tudung dengan elok sudah terbuka sebab tersebarnya gambar lama. Sepatutnya tidak boleh didedahkan.
Anda bagaimana? Atau anda antara orang yang menangisi pemergian facebook. Mungkin antara yang kecewa apabila ditutup ialah;
-golongan peniaga (yang aktif di facebook)
banyak lagi jalan yang luas bagi seorang peniaga yang berjaya.
-golongan ‘kaki’ chatting
sudah masanya anda berfikir wajarkah anda berchatting dengan suami/isteri sahabat anda. Eloklah mengisi masa chatting dengan membaca buku-buku motivasi untuk diri sendiri dan keluarga
-golongan ‘kaki’ fitnah
eloklah anda perbaiki akhlak anda. Sangat jijik penyebar fitnah dan pencipta cerita ‘panas’. Elok anda daftar blog secara percuma dan mulakan penulisan yang berguna untuk santapan pembaca diseluruh dunia.
-golongan ‘kaki’ tag
eloklah anda ubah sifat sebagai pelaris gambar. Mungkin kerajinan anda tag orang lain agar menghidupkan kisah silam orang ditukar dengan rajin mendapatkan berita-berita terkini yang bermanfaat. Gambar-gambar terdahulu sudah menjadi sejarah. Tak perlu didedahkan lagi gambar-gambar yang tak senonoh dan tidak menutup aurat, kelak dosa didebitkan ke dalam diri anda. Rugi!
Komen & Kritis