Qunut Nazilah…

 

Palestin...

Palestin...

Ramai orang dah menulis tentang qunut nazilah, saya rasa cukup saya sertakan link dan anda sendiri yang melayarinya. Oh, kalau ada soal jawab senang kita nak faham. Saya petik dari laman web al-ahkam.

 

1. Bolehkah qunut nazilah dilakukan di dalam solat fardhu dan bagaimana pelaksanaannya?

2. Contoh bacaan yang maathur daripada Rasulullah?

3. Pelbagai versi doa qunut nazilah?

4. Adakah perlu mendapat arahan terlebih dahulu untuk qunut nazilah?

 

Anda hendak lebih lagi? Silakan, jalan mencari ilmu lebih luas lagi…

Video Palestin…

Wah.. dahsyatnya pidatonya..

 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar…

Boikot…

boycott..

boycott..

Banyak perkara yang kita belum tahu tentang boikot. Ada satu laman web khas boikot tentang barangan Israel dan berita-berita terbaru keadaan Palestin.

 

 

Palestin2…

Sahabat karibku, alitantawi ada menulis di ahkam tentang tajuk “Renungan Dikala Umat Ditindas”. Marilah kita sama-sama menghayatinya. .

Murid cerdas...

Murid cerdas...

 

Wah, murid tahun satu edisi 2009 telah tiba. Macam-macam ragam. Ada yang menangis, berlari sakan ke tandas, ber’joging’ diperkarangan sekolah, meluahkan soalan yang terpendam dan sebagainya. Aku memulakan teknik bercerita untuk memikat murid-murid. Kemudian, aku menyatakan bahawa semua soalan murid akan dijawab segera dengan harapan mereka dapat menjadikan ustaz sebagai rakan dan teman mereka kelak. Ada seorang murid, Sofea Umaira namanya bertanya;

 

“Apakah pentingkan manusia beriman kepada Allah dan Rasulnya”

 

Tergumam seketika. Baru 2 hari masuk sekolah bertanya bukan peringkat anak kecil lagi. Sudah ‘advanced’. Aku bisikkan ke telinganya “adik ni punya soalan nanti ustaz jawab, tinggi tu”. Dia senyum. Hehehe

 

Saringan kelas belum dibuat lagi. Oleh itu, murid cerdik berada disekitar puluhan murid-murid yang lain. Aku mengenali dengan cara menganalisa bacaan Iqra. Sofea Umaira sudah Iqra 6. Jadi, tidak hairan pengetahuannya berbeza. Itu pada pandangan aku.

 

Palestin…

Masjidil Aqsa

Masjidil Aqsa

Semalam terlewat memberikan kuliah sebelum jumaat. Kuliah yang bertajuk “Sejarah Palestin” secara ringkas tidak dapat disampaikan kerana terlewat tiba dari masa yang telah ditetapkan.

More