Kenali anak kita…

Perangai anak kita berbeza. Sebagai ibubapa pasti mengharapkan anak-anaknya bersopan santun. Apatah lagi berhadapan dengan orang lain. Adakah kita benar-benar mengenali akhlak sebenar anak kita? Bagaimana cara kita mengenali akhlak yang benar dan akhlak yang direka-reka dihadapan kita?

Jika kita lihat hadith nabi, sudah jelas Baginda memberikan panduan di dalam sebuah hadith :

almisk = kasturi

“Perumpamaan sahabat yang baik dan jahat  ialah seperti pembawa minyak wangi dan si tukang besi. Adapun si pembawa minyak wangi itu, kamu akan dapat wanginya jika dia berikan kepada kamu, ataupun kamu beli darinya ataupun kamu akan terkena baunya yang wangi. Manakala, si tukang besi samada baju kamu berlubang kerana terkena percikan api ataupun bau yang tidak menyenangkan terkena pada kamu”

Hadith di atas menunjukkan bahawa sahabat yang baik akan dapat memberikan kebaikan kepada sahabatnya yang lain. Begitu juga sebaliknya. Jika sahabat kita dari kalangan orang yang suka melakukan kejahatan, kelak orang bersahabat dengannya akan terkena percikan kejahatan sahabatnya. Kesimpulan ringkas, BERKAWAN DENGAN BAIK, KITA MENDAPAT KEBAIKANNYA manakala BERKAWAN DENGAN SI JAHAT, KITA TERKENAL DALAM KELOMPOK SI JAHAT.

Dr. ‘Aid AlQarni pernah mencatat bahawa antara cara kita mengenal akhlak sebenar anak kita ialah melalui mengenali sahabat karibnya. Atau kita sebut sebagai BEST FRIEND. Jika sahabatnya tadi seorang yang suka dengan permainan video, anak kita tidak mustahil adalah penggemar minat yang sama. Begitulah seterusnya, jika sahabat baik anak kita kaki bola, anak kita adalah dalam kelompok kaki bola. Jika anak kita pula bersahabat dengan ulat buku, anak kita bolehlah dikategorikan di dalam kelompok anak-anak yang minat membaca.

Cuba anda selidiki siapakah rakan yang paling rapat dengan anak kita. Kita pasti menemui jawapannya.

note : Saya tulis artikel ringkas ini kerana terlalu bimbangkan moral dan akhlak sebenar anak kita terutama yang masih berada di bangku persekolahan. Artikel ini juga ditujukan kepada ibubapa yang sangat percaya 100 peratus dengan anak-anaknya di rumah seperti malaikat sehingga tidak mempercayai langsung laporan dari guru sekolahnya bahawa anaknya berperangai sebaliknya!

Advertisements

Ujian tanda Allah menyayangiku…

Terbaca satu soalan dari laman islamweb. Sumbernya disini : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=15197

Mari kita terjemahkan :

SOALAN : Saya selalu terkentut sehingga saya terlepas waktu solat kerana berulang-alik ke tempat wudhuk. Sehinggalah datang waktu solat yang lain, yang ada padaku hanya rasa marah disamping berdoa kepada diriku sendiri. Aku juga menangis kerana ketika menunaikan solat pula, aku selalu terkena gangguan was-was samada aku rukuk atau sujud. Berilah aku fatwa dan bagaimana yang perlu ku lakukan?

MUFTI : Sebenarnya banyak sudah soal mengenai kentut ini dijawab. Cuma, kami ingin membawakan disini bagaimana setiap ujian yang Allah berikan itu ketentuan Qadak dan QadarNya. Oleh itu JANGAN MENGELUH dan JANGAN MARAH. Ini disebut di dalam hadith :

“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci” [Riwayat atTirmizi]

Redha terhadap ujian Allah

Ertinya sesiapa yang redha, maka dia beroleh redha dari Allah dan mendapat pahala yang sangat banyak. Dan sebaliknya yang benci dan tak redha, Allah pasti murka dan azabnya sangat pedih.

Kesimpulannya : Kamu teruslah bersabar jika ujian terus menerus menghadapimu, dan jangan sekali-kali menentang ketentuan Allah kerana itu dilarang sama sekali. Ini disebut di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :

“Jangan kamu sekali-kali bercita-cita ingin mati apabila kamu ditimpa bala bencana sehingga kamu sanggup mengatakan “Ya Allah matikan aku”.

Ini kerana itu menunjukkan dia tidak tahan dengan ujian/musibah yang ditentukan oleh Allah kepada kamu. Ini kerana bercita-cita ingin mati menunjukkan tidak redha kepada ketentuan Allah.

Teruskan bersabar dan redha atas ujian Allah, semoga Allah hilangkan rasa was-was insyaAllah.

Wallahua’lam

Gelang lagi…

Gelang

Setiap murid menampilkan cara hidup yang berbeza. Pengaruh terbesar ialah dari ibubapanya sendiri. Saya pula lebih suka mencatat peribadi murid yang lemah untuk analisis dan kajian sendiri. Ada yang lemah bacaan Iqrak hanya kerana ibu bapa tidak membelikan anak tersebut buku tersebut. Alasan kedua ialah emak bapa sibuk. Kedua-dua alasan saya catatkan dan hampir semua murid yang mempunyai alasan ini dalam Iqra 1. Manakala, murid yang maju dengan bacaan Iqrak 2 ke atas masing-masing mempunyai guru yang tersendiri.

Suka juga melihat peribadi murid-murid dari kehidupan mereka masing-masing. Satu masa dahulu, sudah ditegur pensel pendek tiada kaitan dengan nyawa ibu kita pendek. Tetapi, lain murid lain lagi caranya mempercayai perkara yang dianggap benar pada benaknya. Sebagai guru, kita perlu cepat menangani agar tidak sebati dalam fikirannya.

2 Ikhlas. Ya, seorang murid, Hafiz namanya. Saya sangat suka melihat wajahnya kerana dia sentiasa senyum dan bicaranya petah. Hilang tekanan apabila kita tersenyum. Itu psikologinya. Kemudian, terlihat gelang di pergelangan tangannya. Satu debat ringkas akan bermula. Seronok bercerita dengan budak;

“Hafiz, nda malu la lelaki pakai gelang” ujarku

“Emakku yang suruh, ustaz” jawabnya laju.

“Untuk apa tu?” soalan bertalu lagi.

“Usir setan!” sambil tersenyum.

“Kalau kamu baca 3 qul selalu, setan akan lari tercirit-cirit. Kamu pakai gelang ni bikin setan ketawa ja” jawab ku ringkas.

“Hahaha, tercirit-cirit. Betul ka? 3 Qul tu hapa? balas Hafiz

Qul huwallah, Qul a’uzubirrabbil falaq, Qul a’uzubirabbinnas!” jawabku

“Hooho, saya tahu tu” jawabnya.

“Baguslah, nda perlu la gelang tu ha, beritahu mak kamu” dakwah perlu disampaikan walaupun pedas dan pahit.

“Saya buka la ni ya ustaz” Hafiz terus praktik dan tanggalkan gelangnya.

Pada anggapan kita, adakah isu ini kecil? Ada sebahagiannya menganggap remeh dan kecil. Sebahagian pula anggap ini isu tauhid murid. Sebahagian pula anggap ini privasi ibu bapa masing-masing. Bagi saya ini berkait dalam bab akidah. Pada usia awal sebeginilah, murid sangat mudah menerima ilmu dan penjelasan berbanding usia sudah lanjut. Benarlah pepatah arab :

Belajar ilmu di waktu muda seperti mengukir di atas batu

“BELAJAR ILMU DI WAKTU MUDA SEPERTI MENGUKIR DI ATAS BATU, BELAJAR ILMU DI WAKTU TUA SEPERTI MENGUKIR DI ATAS AIR”

Siapa yang rasa hebat mengukir di atas air, silakan!

Dosaku…

Katakanlah : Astaghfirullahal 'azim

“Kenapalah Allah uji aku sebegini?” ujar Ahmad

“Sebab ko banyak dosa la” Abu menjawab

“Buktinya?” Ahmad perlekeh Abu.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah As-Syura: ayat 30)

“Aku rasa aku buat baik je” sambungnya

“Itu lagi berdosa, perasan diri baik, hehe” jawab Abu

“Ermm..” tak terjawab si Ahmad

Itulah antara realiti kehidupan manusia di dunia. Penuh ujian. Penuh dengan musibah dan bala bencana. Semuanya diberikan bersama hikmah-hikmahnya. Antaranya :

1. Pencuci dosa. (Kaffarah)

“Aku ni asyik sakit jer, kenapa Allah tak sembuhkan lagi” Ahmad masih protes.

“Bagus lah kau sakit, sebab dosa-dosa yang kita lakukan tu sedang ‘dicuci’ oleh Allah” senyum Abu pada si Ahmad.

2. Ujian/Musibah/Bala bencana sudah sinonim bagi orang-orang beriman. Itu sebagai proses peningkatan iman. Kena ambil peperiksaan diri dulu untuk membuktikan kita lulus ujian iman atau gagal.

“Wah, ‘fail’ lagi, kena mengulang lagi nih” Ahmad tidak henti-henti protes.

“Ujian yang ALlah beri pun kena ‘repeat’ juga supaya dapat memperbaharui iman kita. Malah, siapa lulus makin tinggi kedudukan disisi ALlah” Abu tak henti-henti menjadi pembimbing Ahmad.

3. Ujian tanda Allah sayang kepada kita.

“Abu, kaulah pembimbing aku. Aku nak tanya apa lagi hikmah nya aku ni diberikan sakit yang memanjang?” Ahmad mengalah

“Allah sayang pada kau Ahmad” Abu setia.

“Tak faham lah” Ahmad menguji Abu

“Kalau kita sayang pada anak kita, kita selalu perhatikan dia. Tetapi kalau ko memang bencikan anak tu, tak tengok dah, malah benci nak tengok dia. Allah lebih daripada itu lagi. Dia uji hambanya yang dikasihi untuk berikan perhatian dan meningkatkan darjat. Manakala, orang-orang kafir dibiarkan dulu hidup berseronok dengan kemewahan dan nikmat dunia tetapi akan di azab di akhirat kelak dengan azab yang pedih” senyuman Abu penuh makna.

“Beruntung aku diuji kan sebenarnya. Dan beruntung aku ada sahabat sepertimu Abu” Ahmad akhirnya akur terhadap penjelasan Abu.