Anugerah Kecemerlangan…

Murid sudah habiskan silibus pembelajaran. Ada yang cemerlang mendapat anugerah. Ada yang sifar ponteng pun mendapat hadiah. Yang cemerlang harap dapat menjadi insan gemilang pada masa akan dating. Bagi yang kurang cemerlang, kebanyakan dari mereka juga akan menjadi orang yang penting selagimana mereka tahu kelebihan mereka. Ada yang akan jadi doktor, usahawan Islam yang berjaya, peguam, guru dan sebagainya.

Insyirah dan Hamizah yang cemerlang. Tahniah!

Insyirah dan Hamizah. Adik beradik yang cemerlang. Tahniah!

Nazrin, 100% subjekku, Bahasa Arab

Nazrin, 100% subjekku, Bahasa Arab

Hamizah, pembaca sejati. Buku aturcara pun jadilah!

Hamizah, pembaca sejati. Buku aturcara pun jadilah!

Saya doakan murid-murid yang mendapat anugerah hari ini mendapat anugerah yang paling besar pada mata masyarakat akan datang. Bukan sekadar cemerlang tetapi berguna dan menjadi aset yang paling bernilai di bumi ini. Selain cemerlang, ketaqwaan kepada Allah menjadi aset paling hebat perlu dimiliki bagi seorang yang bernama Muslim dan ianya tidak dinilai melalui warna kulit, bangsa tetapi sesiapa yang berusaha mendapatkannya, ia pasti memiliki sifat taqwa tersebut.

Semulajadi?

ma ajmala = alangkah cantiknya!

ma ajmala = alangkah cantiknya!

Ahmad memandang langit yang kebiruan. Sangat indah. Sangat menakjubkan. Tiada tiang pada langit. Tidak mungkin tiada penciptanya. Sangat luas. Terletak di atas. Sukar digambarkan bagaimana ia boleh ditinggikan jika tiada pencipta yang meninggikan kedudukan langit tersebut. Dia teringat peristiwa semalam antara dia dan guru Sainsnya. More

ICT..

Minggu ini aku optimumkan pengetahuan ICT kepada murid-murid untuk belajar subjek Bahasa Arab. Rasanya seperti indahnya kehidupan ini. Maksudnya, seronok apabila murid-murid memberi perhatian penuh kepada skrin LCD di Bilik Tayangan.

1 Cekap beres.

1 Amanah belum berkesempatan hadir di Bilik Tayangan.

1 Ikhlas sudah 2 kali.

Aku perlu tambah lagi bahan seperti nasyid mudah-mudah dalam topik-topik tertentu. Topik atau sibilus minggu lalu, USRATI..

USRATI = Keluargaku

Tetapi, hampir semua murid ingat ibu (ummi) sahaja. Padahal, bapa, adik, abang dan kakak pun ada dalam silibus tersebut. Kemanakah perginya mereka?

Betapa besar pengorbanan seorang ibu..

Interaksi..

Blog tidak dapat diselenggara dengan baik. Ini kerana saya offline daripada 24 Mei hingga 11 Jun 2008.

Ceramah pada 30 Mei dan 6 Jun tidak dapat dijalankan.

Lokasi sekarang : IP Kent, Tuaran

Tujuan : Interaksi Pertama

Ganjaran dan Hadiah..

Hari ini tiba hari ganjaran sesiapa yang berjaya mendapat 100 di dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

HB : Ustaz tak guna duit Panitia untuk beli hadiah murid-murid yang cemerlang?

HLB : Saya lakukan ini dapat juga untuk menambah amalan jariah kepada anak-anak murid

HB : Rugi la ustaz kalau kita tak gunakan duit yang di sediakan

HLB : Tak rugi jika berniat membelanjakan harta di jalan Allah

HB : Jadi, ustaz sediakan hadiah la ya setiap bulan bagi pelajar yang mendapat markah yang tinggi?

HLB : Ya..

HB : Wah, habis duit ustaz la..

HLB : Berapa peratus yang saya habiskan dari gaji yang di terima setiap bulan? Terlalu kecil peratusnya..

HB : Ya.. ( diam )

Kalau anda tak rela korbankan sedikit harta untuk anak-anak maju di dalam pelajaran, apa yang mampu lakukan untuk anak murid menggunakan gaji yang anda terima?

Ganjaran murah yang dapat menaikkan semangat anak kecil di sekolah :

a) Coklat Apollo – RM 1.50

b) Biskut coklat – RM 2.50

c) Pemadam (6 keping) – RM 1.00

d) Lain-lain sekitar harga RM 3.00 ke bawah

Hanya dengan berbekalkan hadiah sebentuk coklat Apollo sudah mampu menaikkan semangat budak kecil untuk terus belajar. Adakah harga sekecil itu pun anda sudah memikirkan kekurangan pada wang poket yang anda terima setiap bulan?

Kalau anda ‘berkira-kira’ sangat perbelanjaan di atas, anda belum mencapai kepuasan menjadi seorang guru yang sejati.

Dah dapat hadiah, kata apa anak murid?

na’am, ahsantum..

Tajwid..

Setiap Jumaat, pengajian tajwid di ajar oleh seorang ustaz yang tahassus di dalam bab tajwid Al-Quran. Siapa yang ingin belajar, mereka akan pergi ke saf pertama dengan membawa Al-Quran.

Ustaz : Hari ini kita akan teruskan pembelajaran membaca Surah Al-Buruj.

Murid-murid pun membaca. Itulah keseronokan mempelajari ilmu AlQuran dengan berguru. Kesalahan di perbetulkan dan ilmu Al-Quran pula makin bertambah.

Murid-muridnya hanya 5 orang daripada 30 orang jemaah yang sedang berada di masjid. Ertinya murid dan guru hanya 6 orang. Saya kagum apabila salah seorang murid tersebut adalah salah seorang penceramah di masjid tersebut.

Mengapakah jemaah yang lain hanya duduk di belakang, malah ada yang membuka forum perbincangan sendiri di perkarangan masjid ketika kuliah tajwid di langsungkan?

a) malu

b) tidak ‘reti’ mengaji

c) dah ‘reti’ mengaji

d) balik rumah (berdekatan)

Rugi. Itu sahaja perkataan yang sesuai diberikan kepada jemaah yang tidak mahu mengambil peluang. Jika alasan sudah hebat di dalam ilmu tajwid, saya merasakan penceramah yang menjadi anak murid tersebut lagi hebat, tetapi merendahkan dirinya untuk belajar lagi. Inilah semangat muslim yang di cari..

Menuntut ilmu hingga ke akhir hayat…