Kursus Haji..

Kelmarin, Kursus Haji Bersiri bermula. Kursus Haji memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Apatah lagi jika penceramah atau pengkursus haji dapat menarik minat para bakal jemaah di dalam menyampaikan bab atau perkara-perkara yang berkaitan fardhu haji.

Walaubagaimanapun, hari ini sekadar berkenalan dengan para pengkursus haji dan meneliti jadual yang telah di rancang agar kursus ini akan berlangsung dengan jayanya.

Sempat menarik minat para bakal jemaah dengan menceritakan pengalaman bertemu dengan 2 perkara :

a) Salah seorang isteri tidak tahu setiap perjalanan ibadat haji ketika berada di Makkah hanya berpunca di halang oleh suaminya dari menghadiri kursus haji di Malaysia.

b) Mengetahui akan adab di Tanah Suci. Walaubagaimanapun, ada yang kurang cerdik dan tidak peka iaitu ada di kalangan jemaah haji yang menarik ibunya dengan menggunakan tali yang diikat pada lehernya ketika tawaf. Akhirnya, ibunya hanya mengikut anaknya bertawaf dengan penuh seksa!

Kesimpulan, para bakal jemaah haji di ingatkan agar sentiasa berkobar-kobar menghadiri kursus haji dan mengaut sebanyak-banyaknya mutiara ilmu di dalam kursus yang telah di rancang.

Sempat memberi tips kepada para bakal jemaah :

a) Kurangkan mengambil tahu cerita-cerita aneh dan pelik ketika di Tanah Suci. Beri tumpuan kursus dan mempelajari semua ilmu ibadat haji bersama pengkursus haji yang di pertanggungjawabkan

b) Buang rasa ego, angkuh, bongkak dan segala sifat mazmumah yang terdapat di dalam diri masing-masing.

2 Comments (+add yours?)

  1. haji rizzal
    Dec 30, 2008 @ 07:06:36

    Salam Muharram

    Ya Syeikh

    Kaifahal?
    Mudah2an khoir Sekeluarga & Keluarga Bakal Mentua!

    T.kasih atas tips2

    Selamat jadi Pengkursus Ibadat Haji 1430H & seterusnya jadi Guru Agama di Tanah Suci khusus utk Jemaah Haji Sabah.

    Tlg doakan ana, isteri & Ibu Mentua istiqomah hadir Kursus Haji Bersiri Thnni & dipilih jadi Tetamu ALLAH tahun 1430H.

    TABAROKALLAH
    Syukran

    Reply

  2. mesrarakyat
    Dec 31, 2008 @ 07:03:23

    insyaAllah… jangan lupa doakan ana juga.. semoga kita bertemu bila2 masa yang akan ditentukan.. hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: