Smartcoco

Punca rezeki itu 9/10 datangnya dari perniagaan.

S : Eleh, cakap pasal perniagaan. Ko pun makan gaji!

M : Takla 100% makan gaji. Sekurang-kurangnya jadi juga pengedar produk smartcoco. Yang ko cakap banyak, apa pula sumbangan ko pada umat Islam?

S : Err.. err.. smartcoco tu natang ape?

M : Cakap macam pandai je, ko bace sendiri jer kat testimoni smartcoco. Kecek banyok la!

Entah mengapa pula minat dengan produk smartcoco. Antaranya ialah rasanya memang sedap. Dan satu lagi, memang ada gingko biloba, antara bahan yang menyebabkan mengantuk sebab sedang optimumkan fungsi otak.

InsyaAllah, masih mencari murid yang terlalu aktif (hyper) untuk menjadi testimoni seterusnya. Memang banyak calon di kelas-kelas hujung. Apa salahnya mencuba kepada anak murid sendiri.

Emm, saya sudah ada calonnya! Tunggu!

Dret…! SMS berbunyi. “saya nak sekotak lagi”. Pelanggan dari Bukit Kalam memesan buat kali kedua dalam tempoh dua minggu. Alhamdulillah! Tinggal 6 kotak lagi!

Palestin2…

Sahabat karibku, alitantawi ada menulis di ahkam tentang tajuk “Renungan Dikala Umat Ditindas”. Marilah kita sama-sama menghayatinya. .

Murid cerdas...

Murid cerdas...

 

Wah, murid tahun satu edisi 2009 telah tiba. Macam-macam ragam. Ada yang menangis, berlari sakan ke tandas, ber’joging’ diperkarangan sekolah, meluahkan soalan yang terpendam dan sebagainya. Aku memulakan teknik bercerita untuk memikat murid-murid. Kemudian, aku menyatakan bahawa semua soalan murid akan dijawab segera dengan harapan mereka dapat menjadikan ustaz sebagai rakan dan teman mereka kelak. Ada seorang murid, Sofea Umaira namanya bertanya;

 

“Apakah pentingkan manusia beriman kepada Allah dan Rasulnya”

 

Tergumam seketika. Baru 2 hari masuk sekolah bertanya bukan peringkat anak kecil lagi. Sudah ‘advanced’. Aku bisikkan ke telinganya “adik ni punya soalan nanti ustaz jawab, tinggi tu”. Dia senyum. Hehehe

 

Saringan kelas belum dibuat lagi. Oleh itu, murid cerdik berada disekitar puluhan murid-murid yang lain. Aku mengenali dengan cara menganalisa bacaan Iqra. Sofea Umaira sudah Iqra 6. Jadi, tidak hairan pengetahuannya berbeza. Itu pada pandangan aku.