MENIKMATI REZEKI HASIL BEKERJA SENDIRI

Ini antara hasil kerja. Ini pun atas jasa tutorial mak..

Inilah pokok kelapa muda yang menjadi rebutanku selepas bekerja.. tak tinggi pun..rezeki..

“Jimat duit kita, tak payah pergi kedai..” mak menyakat aku..

Inilah antara kerja (membantu emak dan ayah) yang dinikmati olehku beberapa hari yang lalu. Beginilah penatnya seorang yang berusaha mengusahakan sesuatu dengan penat dan menikmati hasilnya. Nikmat.. Ya.. Itulah kenikmatan jika anda makan dari hasil usaha kerja tangan sendiri.

Para petani, peniaga, pengusaha kebun, nelayan dan pendek kata sebarang pekerjaan yang diusahakan dengan tangan sendiri usahlah anda risau. Ini kerana terdapat hadith-hadith yang mana dinukilkan bahawa Rasulullah mengiktiraf dan mengangkat tinggi martabat orang yang bekerja sendiri.

Ibn Hajar ketika menghuraikan hadith bab pekerjaan seorang hasil dari penat lelah usahanya menyatakan ulama’ telah berselisih pendapat antara pekerjaan sendiri yang menduduki carta yang teratas. Imam Bukhari menyusun hadith di dalam bab ini dengan mengutamakan 3 martabat pekerjaan sendiri yang paling mulia. Iaitu :

Hadith 1 : Berniaga

Hadith 2 : Bertani

Hadith 3 : Mengusaha sebarang jenis perindustrian

Malah, Ibnu Hajar tidak lupa menukilkan kata-kata bahawa industri pertanian antara yang menjadi pilihan sebagai salah satu pekerjaan yang mulia kerana seorang petani itu lebih mempertaruhkan sifat tawakkalnya kepada Allah Ta’ala khususnya dan memberi manfaat kepada manusia dan binatang umumnya [Fathul Bari, 6/378]

Mari kita lihat sejenak beberapa hadith kelebihan orang yang bekerja sendiri :

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُمَّالَ أَنْفُسِهِمْ

Maksudnya : ”Bahawasanya sahabat-sahabat Rasulullah itu bekerja sendiri [Sahih Bukhari, Hadith No 1929]

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

Maksudnya : ”Tidaklah seseorang itu makan makanan melainkan lebih baik ia makan dari hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud ‘Alaihissalam menikmati makan hanya dari hasil usahanya sendiri” [Sahih Bukhari, Hadith No 1930]

Hikmah di ceritakan khusus tentang pekerjaan Nabi Daud adalah bagi memberitahu kepada kita bahawa Nabi Daud menikmati rezeki dari hasil usahanya sendiri. Dan ini merupakan pengakuan oleh Rasulullah agar mencontohi gaya hidup Nabi Daud ‘Alaihissalam secara tidak langsung.

Oleh itu, janganlah berasa rendah diri menikmati hasil dari penat lelah anda sendiri kerana profesion pekerjaan anda sekarang adalah mencontohi pekerjaan nabi-nabi terdahulu, Nabi Muhammad Sallahua’alahiwasallam dan para pewaris-pewaris Baginda..

2 Comments (+add yours?)

  1. fieza
    Jun 09, 2008 @ 22:54:32

    alhamdulillah…rezeki Allah…

    Reply

  2. Mohd haikal
    May 27, 2009 @ 09:05:36

    Time kasih post satu artikel bermanfaat utk saya,kekdg bile tekanan bekerja meningkat…artikel-artikel begini buat kita semua ingat rezeki datangnya dari Allah swt bukan dari pekerjaan kita,kehilangan kerja yang kita jawat sekarang bukan pengakhiran hidup kita…malah banyak peluang2 lain menanti,insyaAllah.

    Reply

Leave a comment