Masjid Kristal…

Masjid Kristal

“Lama tak Nampak muka, bercuti ka?”soal tuan imam.

“ada disini..” jujur menjawab.

Ada makna soalan si imam bertanyakan perihal jemaahnya.

Jemaah kian surut, saf tak lebih dari dua baris, jemaahnya berusia dan sebagainya dari berita masjid yang biasa kita dengar dan baca. Itu juga tanda akhir zaman.

“rumah saya jauh la tuan imam”

Rumah jauh bukanlah alasan tetapi menjadikan pahala bertambah besar.

Ya, di dalam hadith, pernah diceritakan bahawa Banu Salamah ingin berpindah kediaman berhampiran masjid tetapi ditegur oleh nabi agar mereka kekal tinggal berjauhan dari masjid.

“Eh, kan bagus kalau tinggal berdekatan masjid”

Benar, itu mungkin bagi si ‘pemalas’ ke masjid, tetapi maksud Rasulullah tadi, agar Banu Salamah tahu bahawa jauhnya mereka berjalan ke masjid itu disaksikan oleh Allah, malah pahala pun berganda-ganda. Hadith tadi juga diantara cerita sebab turunnya ayat 12 di dalam Surah Yasin yang menceritakan Allah tidak pernah terlepas dan lalai dari menyaksikan setiap kesan-kesan melakukan ibadah. Ibn Kathir mentafsirkan kesan itu ialah kesan tapak kaki ke rumah Allah seperti hadith mengenai Banu Salamah tadi.

“Bagaimana pula dekat dengan masjid?”

Bagus, kalau selalu ke masjid tetapi jika sudah tinggal berhampiran masjid dan tidak pernah pula menjejakkan kaki ke rumah Allah malah lebih lalai dan leka, nampaknya bukan semakin dekat dengan Allah, tetapi semakin jauh. Na’uzubillahhimin zaalik..

Tinggal dekat dengan masjid bukan bukti keimanan tetapi datang dan memakmurkan rumah Allah jelas itulah diantara bukti keimanan seorang muslim.

Ya Allah, kuatkan hati kami untuk sentiasa hadir dan memakmurkan rumahMu…

Wallahua’lam

9.59 mlm

-idea penulisan dari isi ceramah Riyadussolihin di Masjid AnNur, WP Labuan tentang tajuk BANYAKKAN CABANG-CABANG MELAKUKAN KEBAIKAN.

Advertisements

Menulis lagi…

Terbaca dari sumber berita tadi bahawa Dr. Asri akan berhenti menulis di akhbar utusan. Wah, aku belum pernah lagi umum berhenti menulis tetapi pernah umum berpindah blog sahaja.

Terpulang kepada anda sebagai penulis mahu menulis ataupun tidak. Itu hak individu. Mudah-mudahan tulisan yang pendek dan mudah ini dapat juga memujuk hati-hati manusia yang ganas untuk tunduk menyembah Allah Ta’ala.

Hadirkan diri anda ke masjid!

(يأتي على الناس زمان لا يبقى فيما يبقى من الإسلام إلا اسمه, ولا من القرآن إلا رسمه, مساجدهم عامرة وهي خرابٌ من الهدى, علماؤهم شر من تحت أديم السماء, من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود)

Hadith di atas sangat popular menyatakan akhir zaman. Maknanya :

“Akan datang manusia di akhir zaman, tiadalah Islam kecuali tinggal nama, ALQuran pula hanya tinggal tulisan, masjid tersergam indah tetapi sunyi dari hidayah, ulama mereka sangat jahat, dan dari mulut mereka menaburkan fitnah kemudian kembali kepada diri mereka”.

Walaubagaimanapun, Syeikh Abdul Aziz Ibn Baz menyebut ianya hanya riwayat dari Saidina Ali RA dan tidak diketahui sahihnya. Tetapi yang pastinya maknanya sahih.

Mafhum teks :

1- Islam tinggal nama. Pelaksanaannya tidak ada.

2- AlQuran tinggal tulisan. Tidak dibaca, hanya dipamerkan di premis-premis perniagaan dan rumah sebagai hiasan.

3- Masjid tersergam tetapi tiada jemaah. Orang ramai sembahyang dirumah masing-masing. Lebih malang yang tidak melakukan solat langsung!

4- Sebahagian ulama menyebarkan fitnah dan akhirnya kembali kepada diri mereka.

Adakah anda tidak melaksanakan islam secara total? Adakah anda tidak membaca AlQuran sedangkan beria-ia anda menyatakan ia kitab hidayah? Mengapa anda tidak hadirkan diri ke rumah-rumah Allah sedangkan anda suka sangat mengaku ianya tempat yang mulia dan tenang? Adakah anda terasa hebat lalu suka menyebarkan fitnah?

Mudah-mudahan Allah selamatkan diri kita dan masukkan dalam golongan orang-orang bertaqwa kepadaNya.. Amin..