KBS

Kem Bestari Solat. Ya, bagi pelajar tahun 4 sudah tidak menjadi masalah pergerakan untuk melakukan solat kecuali murid-murid yang tidak solat. Tumpuan kepada bacaan pula. Dan hampir semua bacaan dapat dibaca dengan baik tinggal lagi bacaan qunut. InsyaAllah sedikit demi sedikit bacaan tersebut dapatlah dibaca dengan baik. Murid-murid sekarang semakin bijak dan cepat belajar berbanding sebahagian dari kita dahulu kala.

asSolat

Soalan mesti ada dari murid-murid terutama murid perempuan sebab mereka cepat dewasa.

“Ustaz, makan batal ka?”

“Tak!”

“Aik, ada ustaz kata batal!”

“Siapalah ustaz tu? Ustaz sekolah ni ka?”

“Bukan, tapi ntah la”

“Nanti, bagitahu nama ustaz tu ya”

“OK”

Dengan soalan mengingatkan mereka hukum hakam solat dengan cepat. Tetapi jika berdiam diri main ikut orang sahaja, mungkin akan dapat melakukan bersama-sama tetapi apabila bersendirian menghadapi masalah-masalah. Ataupun boleh keluar fatwa nafsi-nafsi (individu).

“Berapa kali kita wajib solat?”

“5 kali, ustaz”

“Berapa kali pula kamu solat?”

“2 kali, kadang-kadang 3 kali”

“Tak boleh begitu, darjah 4 kalau tak solat boleh kena pukul dah”

“Bapa saya pun tak solat!”

“Kena beritahu, sekarang ni kamu dah lebih pandai dan belajar di sekolah perkara yang betul. Kena lah buat 5 kali ya?”

“Tapi kami belum ‘datang’ lagi, ustaz?”

“Kita kena belajar, nanti sudah tua, sudah datang baru terhegeh-hegeh minta ajar solat. Malu nanti. Jadi, kamu sekarang muda, cantik-cantik lagi kena lah belajar solat, nanti mudah!”

“OK”

Bijak budak bermain kata-kata. Sebagai guru atau ibubapa kita perlu melayan soalan mereka dengan baik. Biar mereka dibantu dan dipandu dengan betul.

“Ustaz, kawan saya bawa… .. “

“Orang yang uzur, berdosa melakukan solat”

Masing-masing berpandangan di antara satu sama lain. Mungkin memikirkan seorang guru lebih cepat mengesan apa yang dirahsiakan.

Nama budak bijak kali ini ialah MASRIYANTI.

Wallahua’lam…

KBS 4

Hari ini KBS (Kem Bestari Solat) yang keempat dilaksanakan di sekolah. Alhamdulillah, murid-murid memang berminat mengenai solat. Faktor utama ialah perlakuan solat itu sendiri. Murid-murid suka melakukan pergerakan.

hafawati seronok bernasyid

hafawati seronok bernasyid

Ada juga yang masih terlalu lemah kerana tiada pendedahan seperti ketiadaan pendidikan agama di sekolah rendah agama mahupun ibubapa mereka tidak melakukannya.

hero kanak-kanak tahun satu SKPD

GANANG, hero kanak-kanak tahun satu SKPD

ummi, najwa dan masyitah berposing sakan

ummi, najwa dan masyitah berposing sakan

Alhamdulillah, makanan yang disediakan pun makin baik setelah lama ditegur dan dikomen.